DEB PUNCA PEMIMPIN NEGARA INI TIDAK BERSIH | Malaysiakini

Sebentar tadi, saya sempat menonton ulangan program ‘HUJAH’ di laman web TV9. Program yang dipengerusikan oleh Dr. Mohammad Agus Yusoff itu membincangkan tajuk “Mencari Pemimpin Bersih”.

Saya tertarik dengan pandangan Prof. Ahmad Atory Hussein dari UUM yang menyatakan, negara ini sedang mengalami krisis kepimpinan kerana ramai pemimpin di negara ini yang tidak bersih. Namun begitu, sukar untuk beliau membuktikan dakwaan itu.

Menurut Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein, antara punca utama yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah disebabkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB). Beliau berpendapat, DEB telah menyebabkan ramai pihak yang memasuki bidang politik kerana ingin merebut peluang-peluang ekonomi yang terhidang dalam DEB.

Pendapat tersebut turut disokong oleh Prof. Madya Dr. Shaharudin Baharudin dari UiTM. Beliau berpendapat, politik wang muncul sejak tahun 80an lagi kerana sejak DEB diperkenalkan, pemimpin-pemimpin politik mula menggunakan wang untuk memenangi pertandingan dalam parti.

Malah beliau turut mempertikaikan, kenapa pemimpin-pemimpin yang sudah dibuktikan tidak bersih seperti telah dijatuhkan hukuman, masih dibenarkan lagi bertanding dalam pemilihan parti?

Untuk mengikuti perbincangan menarik ini, sila klik di sini.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Assalamualaikum,

    1. Jika dilihat dari sudut tujuan DEB itu, memang is merupakan satu polisi yang sepatutnya boleh dimanfaatkan oleh kaum Bumiputra.

    2. Tetapi dari sudut perlaksanaan memamg tidak dapat dinafikan, ianya telah menyimpang jauh dari tujuan asal. Oleh yang demikian, hanya segelintir kaum Bumiputra yang benar-benar mendapat manfaat dari DEB ini. Itu pun di kalangan mereka yang mempunyai "hubungan" dengan orang-orang yang berkenaan.

    3. Saya setuju jika dikatakan bahawa DEB merupakan salah satu punca kepada kegiatan rasuah. Saya setuju jika dikatakan bahawa DEB merupakan "umpan" kepada pembabitan individu di dalam dunia politik.

    4. Saya lebih bersetuju jika dikatakan bahawa kejahilan tentang Islam merupakan punca UTAMA mengapa lahirnya pemimpin yang tidak bersih serta korup. Sekiranya seseorang pemimpin itu memegang Islam sebegai teras, beliau tidak akan hanyut dengan cabaran dan godaan duit serta maksiat. Oleh yang demikian, pada pandangan saya, pemahaman serta penghayatan Islam itu harus ditekankan pada peringkat muda lagi.

    5. Untuk menyalahkan DEB semata-mata adalah tidak wajar. Sebagaimana yang saya telah katakan tadi, tujuan DEB memang murni, cuma perlaksanaannya sahaja yang telah menyebabkan ia menyimpang jauh dari sasaran. Tidak perlu bagi kita untuk melenyapkan DEB secara total, namun ianya boleh digantung buat sementara waktu untuk dirombak semula agar sesuai dengan kehendak masa kini.

    ReplyDelete
  2. I did addressed in you blog what does DEB really contributed to Malaysian.

    DEB Train and Force means to Malay/Bumi and Non Malay !!


    DEB have done more damaged to malay than non malay. DEB has become ATM machine of UMNO gangs.

    ReplyDelete
  3. Mimpi seorang Pi Em
    www.dperantauan.com

    ReplyDelete
  4. Justifications to Answers on Jeyklls and Hydes Question 17.
    Justifikasi kepada Jawapan atas Soalan 17 Jeykll dan Hyde.

    17. The next PM of Malaysia will follow R.A.H.M.A.N theory. (Fact).
    17. Perdana Menteri Malaysia yang berikutnya akan mengikuti teori R.A.H.M.A.N (Fakta).

    Quatrain 17

    In the month of summer games
    When leaders are chosen and thrown away
    Man starts to think again
    Power, Gold and Glory to gain

    Problems to glory are but hindrances
    To be solve is such a simple game
    Sleeping partner is to be cast away
    Expendable are those as such before

    ReplyDelete
  5. Di mana link Malaysiakini yang berbicara tentang ni? Atau hanya mencari publisiti murahan melalui Mkini in Blogs?

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.