IDRIS JUSOH BAKAL TERJERAT? Malaysiakini


Kerajaan Terengganu yang diterajui Ahmad Said sekarang nampaknya makin lantang menyerang kerajaan Pusat.

Selepas berjaya mendapatkan kembali royalti minyak dari kerajaan pusat, Ahmad Said makin ‘menunjukkan belangnya’ apabila tegas mempertahankan keputusannya membeli 14 buah kereta Mercedes Compressor yang berharga RM 3.43 juta.

Biar apapun keputusan kabinet, Ahmad Said takkan berganjak dengan keputusan yang telah dibuatnya. Apatahlagi, kereta yang dibeli itu telahpun digunakan oleh kerajaan Negeri. Semalam Ahmad Said berkata :

“Dah beli, takkan nak jual? Kalau jual, berapa yang dapat… berebutlah orang nak beli kereta tu”.

Tetapi, apa yang menariknya di sebalik kisah pembelian kereta tersebut ialah jumlah kos penyelenggaraan bagi sebuah kereta Proton Perdana semasa pentadbiran Idris Jusoh dulu ialah sebanyak RM175,229.97.

Cerita ini makin mengujakan bila Proton mendedahkan kepada umum, kerajaan Terengganu sebelum ini tidak pernah membuat ‘claim warranty’ kepada Proton sejak kereta Proton Perdana itu dibeli.

Akhirnya, Badan Pencegah Rasuah terasa ada sesuatu ‘yang tak kena’ dan terus menghantar pegawainya untuk menyiasat kes tersebut.

Selepas ini, kita tunggu hasil laporan BPR. Rakyat tentunya ternanti-nanti hasil laporan BPR. Adakah bilis atau jerung yang akan terjerat kali ini.

Nur Aflah : eeee… suspennya :-)
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Terdapat 2 kesan utama dari perkembangan ini :-

    (a) "keangkuhan" MB Trengganu (jika dinilai pada nada beliau pada berita semalam) jelas menunjukkan kepimpinan Pak Lah yang tidak dihormati lagi. Pak Lah sudah hilang taring dan tidak disegani (atau pun tidak pernah disegani) oleh ahli-ahli UMNO lain;

    (b) kos penyelenggaraan kereta Idris Jusoh yang melangkaui RM200,000.00 dalam jangkamasa 4 tahun bakal mengundang kehadiran BPR. Kalau nak diikutkan, jika Perdana tersebut disumbat dengan enjin Mitsubishi Eterna Twin Turbo setiap tahun pun tidak akan mencecah kos sebegitu banyak. Mungkin setiap bulan Idris Jusoh mengarahkan supaya ditukar semua piston ring dan bearing dalam engine V6 tersebut.

    ReplyDelete
  2. dear crower

    (a) not an issue of hormat or not hormat. if benar, why should we be afraid? we hormat our parents. we only "work with" our colleagues. current mb of terengganu is merely a colleague (ok, he's a subordinate). but if your supervisor is wrong, do you keep quiet? so, not an issue with hormat or not hormat. hormat has to be EARNED. not by virtue of being a supervisor or boss. i hormat you, i hormat you for life. i 'takut' sama u, i keep quiet until i get the opportunity to hentam you. this, we call hypocrites.

    (b) anything to do with bn top dogs are corrupt. they are all corrupt. umno, mca, mic, gerakan, all of them. big guns makan big time. small fries makan small time. but they all 'makan'.

    ReplyDelete
  3. 1. Memang nampak-lah kepimpinan Pak Lah sudah semakin lemah. Case macam ini pun tak boleh handle.

    2. Data expenses adalah data yang diambil 2 tahun lalu, artinya data diambil daripada kereta proton ketika Idris Jusoh menjadi MB.

    3. Apakah MB sekarang nak tangkap Idris Jusoh dengan cara pendedahan expenses yang begitu mahal hanya untuk sebuah 1 perdana? kalau kos sampai 2x ganda ... lagi baik beli 2 proton perdana, ta payah repair.

    4. Atau MB sekarang bermain "api", coba nak beli kereta mewah dengan dalih Idris Jusoh ... bahaya oooo kalau main api nanti bisa terbakar!

    ReplyDelete
  4. Well it has become a sad – sad affair for Malaysia … & Malays especially … our PM is so so out of touch … lembik & truly proven asleep most of the time. He must be living in his own “Pak Lah’s World” (ala ‘Wayne’s World’ chronicle … everything is rosy and nice. The common people are bleeding left and right … economy is heading south in a hurry … our inflation has swollen so big so fast … now record high … our PM blur! What have we Malaysian done to deserve him!
    Bro Alb

    ReplyDelete
  5. BPR ! APA LAGI ? SEGERA BERTINDAK ! JANGAN TUNGGU BPR REPORT!!!!!

    ReplyDelete
  6. agree with panglima din. bpr go investigate now now now!!

    ReplyDelete
  7. ade ke patut boleh silap umum kos selenggara..nampak sangat menipunya..tak pasal2 kerani pulak yg disalahnya..
    huh..makang ikang atas pinggang..heh

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.