CONDOLEZZA RICE TETAP PERTAHANKAN ANWAR | Malaysiakini


Agensi Berita Reuters hari ini melaporkan,

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condolezza Rice tetap dengan pendiriannya dan akan terus menyuarakan pandangan negaranya terhadap kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar Ibrahim.

Sejam sebelum pertemuannya dengan Menteri Luar Malaysia di Singapura sempena Sidang ASEAN yang sedang berlangsung sekarang, Rice dipetik sebagai berkata :

“Kami (Amerika Syarikat) akan terus bersuara tentang isu hak asasi manusia, isu politik, tetapi kami berbuat demikian atas dasar menghormati Malaysia.”

Bila ditanya tentang amaran kerajaan Malaysia kepada kerajaan asing agar tidak mencampuri urusan kes liwat tersebut, Rice berkata :

“Saya tidak nampak komen-komen yang dibuat oleh Amerika Syarikat sebagai mencampuri urusan kes liwat tersebut”

Rice sekali lagi menegaskan, Amerika Syarikat mahu kes liwat Anwar Ibrahim diadili secara telus serta mengikut peruntukan undang-undang.

Sementara itu, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berpengkalan di Amerika Syarikat mempertikaikan kredibiliti pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim selepas Anwar Ibrahim mendakwa wujudnya konspirasi pihak atasan berhubung kes tersebut.

Untuk membaca berita penuh, sila klik di sini.

Tag : Berita
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Salam Aflah...

    Maaf, beberapa ari ni tak berapa sihat...

    Berkenaan Condoleeza Rice ni, saya cuma rasa...
    - mereka ada hak untuk beri pandangan
    - tapi pandangan tu MESTILAH tidak dijadikan PENENTU UKUR tentang apa pun yang berlaku dalam negara kita ini
    - kita cuma perlu meningkatkan KEPEKAAN kita bermula tika dan saat ini!

    dan Aflah, saya tunggu komen Aflah tentang posting terbaru saya... thanx ;)

    ReplyDelete
  2. Amerika ni dia polis dunia,apa-apa yang dia kelih tak elok ,dia tegur la.Apa salahnya.
    Kalau nak melenting kenalah konsisten,tak boleh lah kali ini kes Anwar kita marah depa.Kes-kes lain dulu kita diam kelu saja. Ikut saja kehendak Amerika.Macam mana.Jangan pilih bulu la.

    ReplyDelete
  3. salam......adesss,bagusnyer makminah nie nak back-up ANWAR...
    kenap[a isu memali dia senyap??
    kenapa dia xtulung???
    orang PAS sudah lupa ker MEMALI?
    xpun xkan kuasa mengkaburkan mata2x ahli PAS???

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.