BILA PENGANALISIS TERLUPA



Kerajaan itu dari rakyat dan untuk rakyat.

Bila meneliti ungkapan di atas, seakan-akan ada frasa yang tertinggal. Mungkin ungkapan yang sesuai ialah:

Kerajaan itu dari rakyat dan untuk rakyat dengan keizinan Allah SWT.

Maksudnya, mana-mana kerajaan yang berkuasa di muka bumi ini adalah atas keizinan Allah SWT. Jika Allah tidak merestui, tiada kerajaan pun boleh berkuasa di muka bumi ini.

Justeru itu, bila kita membuat analisis tentang mana-mana kerajaan di muka bumi ini, kita tidak boleh mengabaikan aspek keizinan Allah SWT. Analisis kita seharusnya lebih menjurus kepada hikmah disebalik keizinan yang diberikan oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Renungkanlah, kenapa Allah menghancurkan kerajaan Firaun, kerajaan Rom, kerajaan Hitler, kerajaan Musollini, kerajaan Saddam dan banyak lagi seperti yang tercatat dalam sejarah peradaban manusia.

Fikirkanlah pula, kenapa Allah mengizinkan manusia seperti George Bush dan Ehud Olmert boleh memiliki kerajaan yang berkuasa di dunia ini.

Tentu ada sebab dan hikmah disebalik keizinan itu.

Di negara ini pula, PRU 12 telah berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional. Bila membaca analisis yang dibuat, sebilangan besar menyatakan, itu disebabkan oleh kuasa rakyat.

Ada yang langsung tidak menyebut tentang keizinan dan kuasa Tuhan. Kenapa dan mengapa? Adakah mereka lupa atau mereka rasa, ianya tidak penting untuk difikirkan?

Sehebat mana pun kempen yang berlangsung sewaktu PRU 12 dulu, ‘siapakah’ yang sebenarnya telah menggerakkan hati pengundi untuk memilih calon dan parti tertentu?

‘Siapakah’ yang telah menggerakkan hati pengundi bukan Islam untuk memilih calon Islam dan ‘siapakah’ yang telah menggerakkan hati pengundi Islam untuk memilih calon yang bukan Islam?

Manifesto, analisis, kempen, mahupun wang bukanlah kuasa mutlak yang akan menentukan keputusan rakyat. Ketentuan tersebut tidak lain dan tidak bukan, datangnya daripada Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang. Sebagai hambanya, kita kena menggunakan ‘akal’ untuk berfikir agar kerajaan yang wujud di muka bumi ini adalah kerajaan yang mendapat mandat dari Allah SWT dan bukannya kerajaan yang mendapat mandat rakyat semata-mata.

“Sesungguhnya
telah Kami binasakan beberapa umat sebelum kamu, tatkala mereka aniaya, dan
telah datang beberapa rasul kepada mereka dengan (membawa) keterangan, tetapi
mereka tiada hendak beriman. Begitulah Kami balasi kaum yang berdosa. Kemudian
Kami angkat kamu menjadi khalifah (pengganti mereka) di muka bumi sesudah mereka,
supaya Kami lihat bagaimana kamu bekerja”


 Surah Yunus : 13 -
14



Fikir-fikirkanlah…
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. Wamakaru WamakaraLlah... WaLlahu Khairul Makirin...

    ReplyDelete
  2. Salam
    SUBHANALLAH... suatu artikel yang saya kira begitu sempurna dalam menerangkan segala yang terjadi di muka bumi ini, sesungguhnya tiada apa yang terjadi tanpa izin ALLAH S.W.T , hatta kita bernafas sekarang ni pun dengan IzinNYA...

    Keep it up, NurAflah, SUBHANALLAH.. sesungguhnya anda amat bertuah dikalangan berjuta-juta umat kerana mendapat HIDAYAH ALLAH S.W.T.

    ReplyDelete
  3. ya...benar sekali tu puan nur. kekadang atau mungkin selalu juga mereka yg memanggil diri mereka sbg kerajaan tu terlupa bahawa mereka juga dulunya rakyat, masih juga rakyat dan sekarang 'bermajikankan' rakyat. menjalankan tugasan (dengan kuasa dan pangkat)pula bersandarkan pada keizinan Allah...yeela, selagi mereka tu hidup tidakkah itu bermakna Allah masih mengizinkan?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    1. Setiap insan di dunia ini dilahirkan untuk membuat ibadah kepada Allah S.W.T tanpa mengira darjat.

    2. Sekiranya amanah yang diberikan olehNya disalahgunakan, maka dengan izinNya, kepimpinan itu boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

    ReplyDelete
  5. aflah..

    anda memang sangat bertuah kerana mendapat hidayah dari ALLAH S.W.T..

    tapi pak-pak menteri yang konon-kononnya islam itu sangat tak mensyukuri sebab dilahirkan sebagai orang islam..sanggup membelakangkan hukum allah semata-mata kerana harta..ape2 pun..cayalah aflah!

    ReplyDelete
  6. Maha Suci Allah dan segala kebenaran dlm firmanNya.Moga2 kita semua dilindungi dr malapetaka dan sentiasa dlm rahmatNya.

    ReplyDelete
  7. mudah mudahan apa yang dikata dan difikir oleh nur aflah akan terfikir oleh kita semua

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.