MCA DAH JADI DAP?

Biro Perundangan MCA hari ini mengecam PAS kerana menolak pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atas alasan beliau bukan Melayu.

Biro itu juga menganggap kenyatan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpamakan pelantikan itu sebagai memandang rendah kemampuan orang Melayu untuk menguruskan syarikat seperti PKNS, sebagai tidak bertanggungjawab kerana ia jelas bercanggah dengan semangat Barisan Nasional (BN).

Berikutan itu, dalam satu kenyataan hari ini, biro tersebut menuntut Datuk Dr Hassan Ali dari PAS dan Dr Mohd Khir dari Umno memohon maaf kerana membuat kenyataan yang didakwanya tidak bertanggungjawab untuk menyemai perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.

Jika gagal berdemikian, biro tersebut mendesak pihak berkuasa berkenaan supaya mengambil tindakan segera terhadap mereka. Kenyataan itu mendakwa, tindakan mereka itu jelas melanggar Pasal 8 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan bahawa tidak harus ada diskriminasi terhadap rakyat atas alasan agama, kaum, keturunan, tempat kelahiran atau jantina untuk dilantik menjawat atau berkhidmat di bawah pihak berkuasa awam.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu juga melanggar Seksyen 3 (1)(e) Akta Hasutan 1948 kerana membangkitkan permusuhan antara kaum. Biro tersebut menegaskan bahawa sebarang pelantikan ke jawatan dalam sektor awam dan swasta, hendaklah berasaskan kepada merit dan kemampuan semata-mata.

Sumber : Malaysiakini

Nur Aflah : Inilah akibatnya jika semua parti politik mahu menjadi wira bagi kaum masing-masing. Sampai bila sentimen perkauman perlu dimainkan di negara ini? Jangan biarkan rakyat jelak dengan permainan politik yang 'bodoh’ ini!

Rakyat mahu melihat hasil kerja kamu membela nasib rakyat kebanyakan dan bukannya mahu menonton aksi kamu keluar-masuk balai polis, memetik undang-undang tertentu untuk menegakkan hujah kamu atau berbalas tuduhan dan saman-menyaman.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


video
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. tak salah mca tak salah dap....root asal nyer bangsa cina ahli perniagaan yang berjaya...dah terbukti... kalau ramai lagi di lantik lagi bagus...malaysia lebih maju...betul tak dalam perniagaan...tengok bandar bandar siapa owner semua kedai encik oiii...kilang kilang kecik besar...

    mereka tak berkatuk katuk yang merugikan bangsa mereka...lain lah melayu...tengok lah dalam nih....iiiii teruk kutuk katuk sampai sesama letih...

    kesian!!!!!!!!!...mcm dlm ceriter

    ReplyDelete
  2. SALAM:
    KAUM ITU SENDIRI PERLU BERUBAH BUKAN KAUM LAIN.KENAPA KAUM CINA DAPAT MEMBANTU SAMA YANG LAIN.
    APAKAH KITA TIDAK DAPAT MENGIKUT AJARAN AGAMA KITA SENDIRI.

    PERBUATAN YANG JAHAT PERLU KITA KUTUK.APA KITA HENDAK SOKONG ATAU HENDAK BERI NASIHAT(SEPERTI MENCURAH AIR DIDAUN KELADI) NO WAY..........,

    KITA BUKAN BANGSA PERKAUMAN,JELAS..
    KITA BOLEH JADI TUAN.ADAKAH KAUM CINA HENDAK IKUT?
    KITA PULA IKUT DIA.
    KITA BERI PELUANG KPD SINGPORE.
    KERANA DEPA HENDAK JADI TUAN.
    KALAU KITA PERGI KEKILANG DIA ORANG TIDAK LAYAN KECUALI PENGURUS ADALAH MELAYU(SYARAT).
    PERBEZAAN GAJI JAUH MELAYU ,CEPUT SAHAJA.
    ADA SATU MASA TEMUDUGA PERLU TAHU BAHASA CINA.SIAPAKATA KITA PERKAUMAN.MELAYU BAIK HATI KPD ORANG CINA.
    PAS SEDAR TIDAK INGIN BERI PELUANG KEPADa bangsa CINA.KERANA TAHU PERANGAI ORANG CINA TERHadap bangsa melayu,sedar lah sikit.siapa yang lebih perkauman.
    Tetapi:
    kita orang melayu kadangkala berkorban...................
    Biro tersebut menegaskan bahawa sebarang pelantikan ke jawatan dalam sektor awam dan swasta, hendaklah berasaskan kepada merit dan kemampuan semata-mata.pasal 8 (2) Perlembagaan Persekutuan.
    kita orang melayu berpegang kepada janji.
    oleh kerana hendak buat onar.....
    ada unsur politik maka jadi lah isu.
    UTUSAN MALAYSIA PUN KELIRUKAN KENYATAAN,LAGA-LAGAKAN,KADANGKALA HENDAK SEMBUNYI ISUYANG LAIN.BILA HENDAK BERGADUH MAKA KERJAAN JADI HERO KITA KENA TIPU LAGI.
    TIORINYA SAMA............

    HENDAK LAGAKAN PAS DENGAN PKR.
    SIAPA YANG UNTUNG/MCA/UMNO.

    BUKAN KUTUK MELAYU.
    PERBUATAN YANG SALAH TETAP SALAH.
    HUKUMNYA BERDOSA,,,,,,,,,,,,,,,,
    LU TAHU DOSA TU APA?
    JANGAN MAIN-MAIN,LU MAIN-MAIN
    TIDAK SAYA BETUL-BETUL.
    LU 3 HARI GUA GANTUNG.
    KAU ORANG NAMPAK ATAU BUAT TIDAK NAMPAK.LU MAIN-MAIN.ORANG CINA DULU KERJA KAndar tahi.jamban dulu jenis bergerak. sampai Boon siew dah beli separuh drp langkawi hasil usahanya.
    sampai sekarng kita main-main.
    lu main-main sampai kena liwat.
    suka sangat main-main,orang melayu diperbodohkan oleh bangsa sendiri
    lu tidak sedar ker..atau lu pun bodoh sama,macam kerdai.
    UMNO DULU KINI DAN SELAMA-LAMANYA.

    PERIBAHASA KITA HARI INI

    BUTA HURUF

    ORANG YANG TIDAK BUTA MATA TAPI BUTA HATI.

    ReplyDelete
  3. he he tahniah pd anda ....dalam meningkatkan usaha dalam katuk mengatuk dan kutuk mengutuk...saja nak tengok mentaliti anda teruskan usaha anda yang mulia dalam kerja katuk kutuk sesama bangsa melayu korang... aku suka tengok. yang pandai suruh bangsa berubah tu yang kuat mengatuk...eh best la h bro mus terus usaha anda...

    ReplyDelete
  4. Melayu bukan tidak boleh berjaya... Sebenarnya, melayu ditekan oleh mereka yg menguasai ekonomi M'sia. Kalau kita semua menyokong product Melayu-Islam.. agaknya apa terjadi kepada mereka2 yg bangga berkata menguasai ekonomi m'sia.? pasti bungkus... masalah.. org melayu masih membeli brg di kedai Ah Chong.. walhal skrg kita sudah ada pilihan.. cakap byk pun tak guna.. lu fikirlah sendiri...

    http://hpa-product.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Beberapa persoalan yang perlu saya mengutarakan di sini:

    1) Adakah perlantikan tersebut dibuat atas KEBOLEHANNYA, atau KAUM, BANGSAnya?

    2) Sekiranay beliau kurang upaya, tukar sajalah. Kalau beliau lebih layak, lantik sajalah. Adakah ini berkaitan dengan perkauman semata-mata? Siapa yang mengapi-apikan isu ini? jawapannya jelas sekali......

    3) Malaysia ku UNIK bukan kerana ianya penuh dengan unsur KEMELAYUAN SAHAJA (kalau nak, pergi kat Indon), Malaysia ku UNIK bukan kerana ianya ada unsur KECINAAN (kalau nak, pi kat China sahaja), Malaysia Ku UNIK bukan adanya unsur KEHINDUAN (kalau nak, pi kat India sajalah)...... Malaysia Ku UNIK, kerana ia telah mencantumkan keistimewaan ketiga-tiga unsur tersebut menjadi Satu! Di dunia ini , hanya Malaysia ku yang UNIK, yang Istimewa..... tetapi apabila saya baca komen-komen di atas, saya berasa begitu kecewa!

    Saya setuju dengan komen BLOG OWNER....."komen yang ingin anda berikan itu tidak akan melanggar mana-mana batas syarak kerana setiap perbuatan kita, pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak."

    Siapa yang mengapi-apikan / memjana permusuhan antara hamba TUHAN / menkianati semasa manusia ..... akan dipersoal pada akhirat nanti!

    Biarlah kita sama-sama mengurangkan jurang antara kaum, biarlah kita sama-sama menghentikan perangai caci mencaci , biarlah kita sama-sama memikir sebelum kita mengeluarkan komen yang hanya datang keburukan dan bukan kebaikkan itu.... demi Malaysia ku yang tercinta.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.