RAMLANG PORIGI KENA TINDAKAN TATATERTIB?

JAKIM dilaporkan sedang menimbang untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ustaz Ramlang Porigi kerana terlibat dalam kempen Anwar Ibrahim (PKR).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata penjawat awam yang terlibat dengan program kempen pilihan raya adalah bercanggah dengan peraturan kerajaan.

Menjelang tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ustaz Ramlang Porigi telah membuat kejutan dengan menggunakan pentas PKR untuk membersihkan namanya daripada terus dianggap sebagai salah seorang petugas ‘spekulator’.

Beliau juga turut mendedahkan yang beliau ternampak pegawai Khas DS Najib berada bersama Saiful sewaktu majlis sumpah itu ingin dibuat di Masjid Wilayah Persekutuan. Beliau dapat mengecam pegawai khas itu setelah teringat gambar Saiful bersama pegawai itu di hadapan pejabat DS Najib yang berleluasa di internet.

Selain daripada itu, beliau turut memberitahu gelagat Saiful ketika melakukan sumpah itu kelihatan ‘meragukan’ dan sumpah yang dilakukan Saiful itu tidak boleh dianggap sebagai mubahalah yang sah.

Menurutnya, sumpah mubahalah hendaklah dilakukan oleh kedua-dua pihak iaitu yang menuduh dan yang dituduh. Sewaktu ditemuramah oleh media Keadilan, beliau juga mengaku yang dirinya telah bersedia untuk menerima sebarang tindakan dan menyerahkan nasibnya kepada Allah SWT.

Dalam perkembangan yang sama, Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang Jumaat lalu telah memberi amaran kepada umat Islam di negara ini agar tidak sewenang-wenangnya melakukan sumpah kerana perbuatan seperti itu boleh menjejaskan imej agama Islam.

Merujuk kepada sumpah yang dilakukan oleh Saiful, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan :

“Bagi kes jenayah, sumpah hanya dilakukan setelah arahan bersumpah dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Syariah yang mengendalikan kes jenayah tersebut”

Tindakan yang dibuat oleh Saiful adalah bercanggah dengan kaedah Islam kerana kesnya masih dalam siasatan dan Majlis Fatwa Kebangsaan menasihatkan kepada semua umat Islam di negara ini agar tidak mengulangi kesilapan itu lagi di masa-masa yang akan datang.

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu diumumkan oleh DS Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Orang-orang ini, yang merancang dan subahat mereng
    cana ,rancangan jahat itu hendaklah dihukum mengikut Hukum Islam.Jangan biarkan kes ini dibiarkan...........................
    Siapa yang membawa mangsa.? Masuk ke dalam Masjid.KENAPA PERLU BERSUMPAH?Untuk apa ? Kenapa dibiarkan mainan politik kotor ke dalam Masjid ?Termasuk orang media masa yang membuat pengambaran ini dan menyiarkannya untuk tuntunan umum DI KACA TV.KALAU TIDAK ADA DALANG MASAKAN MANGSA,BOLEH MASUK KEDALAM MASJID YANG SUDAH SIAP ADA SIARAN ATAU SIDANG VIDEO.(DENGAN RELA HATI)
    SAYA MENGAKU SAYA ADALAH MANGSANYA.
    MANA PERGINYA MARUAH DIRI.BIASANYA ORANG TIDAK AKAN MENGAKU MEMBUAT SALAH SEHINGGA DIDAPATI BERSALAH . KES INI AGAK LAIN DRP YANG LAIN..LAINLAH KALAU DITANGKAP (TETAPI DENGAN RELA)Peristiwa ini jelas dirancang...dengan tergesa-gesa....
    sehingga nampak kebodohanya.Dalam mahkamah ,lagi nampak terberang-awal-awal lagi..
    (suka sama- suka pulak)jangan buang masa dan duit rakyat.hentilah seniwara ini.Jadi makin huruhara..lagi............nak tunggu pula DNA.......DNA INI PULA
    NAK TAMPAL DEKAT MANA PULAK......BERSAMBUANG LAGI TENTANG DNA........KENA RANCANG LAGI....TIDAK AKAN BERJAYA PUNYA..
    PATUKNYA AWAL-AWAL LAGI MINTAK DNA DENGAN MANGSA TENTU DIA ADA..SIMPAN DALAM SAPU TANGAN PUN BOLEH,PADA SELUAR YANG DI PAKAIPUN BOLEH.LAGI COMFORM....HA HA HA.HA-HA-HA....GOD MUST BE CRAZY?

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.