KES LIWAT ANWAR BERGEMA KEMBALI
Gambar pengadu (baju biru) bersama rakannya di pejabat TPM
Satu laporan polis telah dibuat terhadap Anwar Ibrahim oleh pembantu peribadinya sendiri yang berusia 23 tahun. Dia mendakwa yang dirinya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Persoalannya kini, kenapa kes liwat ini bergema kembali? Benarkah ada konspirasi terbaru untuk menyimpan semula Anwar Ibrahim ke dalam kandang Sg. Buloh? Jika benar, siapa pula yang menjadi perancangnya kali ini?
Atau, adakah ini strategi terbaru pakatan Abdullah-Anwar (sepertimana yang digembar-gemburkan oleh beberapa bloggers) untuk membangkitkan rasa marah rakyat terhadap kerajaan setelah rakyat dilihat hanya 'senyap dan sunyi' setelah harga petrol dinaikkan. Mungkin juga ini strategi terbaru Abdullah-Anwar untuk memastikan Anwar ke puncak kuasa sebelum 16 september ini.
Namun begitu, sekiranya tuduhan liwat ini benar, maka tidak mustahil politik Anwar bakal terkubur untuk selamanya. Bukan saja dirinya yang akan terkubur, malah partinya Keadilan juga akan terkubur bersamanya.
Akan tetapi, jika tuduhan itu tidak benar ataupun 'meragukan' pihak rakyat, ianya pasti akan mengundang demontrasi besar-besaran sepertimana yang berlaku sewaktu Anwar dipecat dari UMNO dahulu. Tidak mustahil, kerajaan BN akan ditumbangkan oleh kuasa rakyat kali ini.
Apapun, masih terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap tuduhan liwat tersebut. Anwar sendiri belum bersemuka dengan media untuk menjelaskan tuduhan tersebut. Setakat ini, beliau hanya mengeluarkan kenyataan media melalui wakilnya sahaja.
assalamualaikum..alhamdulillah semoga info yang diberikan bermanfaat.amin.
ReplyDeletejangan melihat apa yang dihadapan tapi lihat disebalik hadapan.fikir sebelum buat..fikir sebelum cakap.apa fungsi kita?sebagai rakyat?sebagai apa saja.. apa fungsi kita?peranan? sy secara peribadi merasa "muak" dengan senario politik.lebih baik kita memikirkan apa nak makan esok..bentuk macam mana generasi kita nanti dari sebok memikirkan politik.sekadar pengetahuan tidak lebih dari itu..