Tiga lagi disyaki terbabit IS ditangkap


Kuala Lumpur: Dua lelaki dan seorang wanita tempatan yang disyaki terbabit dalam kumpulan militan Islamic State (IS) ditahan Bahagian Counter Terrorisme Cawangan Khas dalam operasi khas yang diadakan di Johor, Perak dan Kuala Lumpur sejak 28 Februari hingga 2 Mac.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia 22 dan 39 tahun itu masing-masing memainkan peranan untuk merekrut serta menyalur dan juga anggota kanan kumpulan militan itu.

Menurutnya, suspek wanita yang berasal dari Johor dan seorang suri rumah itu disyaki merancang untuk menyertai kumpulan pengganas berkenaan selain bertanggungjawab menghasut seorang gadis tempatan untuk menyertai IS.

"Suspek kedua, seorang lelaki tempatan berasal dari Perak adalah seorang peniaga yang terbabit dalam menyumbang dana kepada rakyat Malaysia yang ingin menyertai kumpulan IS di Syria.

"Suspek ketiga yang berasal dari Perak adalah seorang kakitangan kerajaan yang membantu mendaftarkan akaun Facebook bagi kegunaan beberapa rakyat Malaysia dan anggota kanan kumpulan IS di Syria," katanya dalam kenyataan, hari ini.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34466#sthash.IrBJeFDW.dpuf
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.