Minta maaf sebab menganggu dan mencuri masa ustaz. Saya tertarik profile ustaz di dalam blog peribadi ustaz (http://kadikluang.blogspot.com/). Mudah-mudahan ustaz dapat memberi panduan kepada saya untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara yang terbaik yang mungkin boleh dilakukan.
Saya sekarang mengalami masalah rumah tangga seperti dibawah:
Untuk maklumah ustaz, saya berkahwin dengan isteri saya seorang janda anak satu. Perkenalan dan perkahwinan saya dengan isteri saya ni menyebabkan saya berpisah dengan kekasih saya. Namun selepas saya berkahwin dengan isteri saya, saya masih lagi terus berhubung dengan bekas kekasih saya melalui sms, tapi jarang-jarang ber sms. Isteri saya tahu akan hal ini, dah sering kami bergaduh disebabkan hal ini.
Saya seorang yang sukar untuk marah, so setiap kali bergaduh, isteri saya yang marah saya dengan kata-kata kesat dan kasar. Tapi saya hanya mendiamkan diri sebab saya tak nak keadaan menjadi lebih parah. Saya dengan isteri saya hanya berjumpa pada hari minggu sahaja sebab saya bekerja di KL, manakala isteri saya bekerja swasta di sebuah negeri lain.
Masuk bulan kedua perkahwinan, pergaduhan isu sama berlaku lagi apabila isteri saya terbaca mesej yang dihantar oleh bekas kekasih saya di dalam hp saya. Hanya mesej bertanya kabar sahaja dan tidak lebih dari itu. Namun marahnya sehingga mengeluarkan kata-kata kasar kepada saya. Untuk pengetahuan ustaz, isteri saya suka melayari laman internet.
Di dalam laman tersebut, ramai peminat-peminat dia yang terdiri dari golongan lelaki. Pernah satu hari, bill celcom dia mencecah ratusan ringgit kerana bergayut dengan seorang jejaka. Bila saya minta penjelesan dia, dia tak cakap apa-apa, dia kata dia call kawan. Bila saya selidik, rupanya dia telah call seorang kenalan cyber. Saya hanya marah dia melalui sms (mesej) kerana saya sukar untuk melepaskan marah dengan percakapan dan perbuatan. Kemudian dia berjanji tidak akan ulangi kesilapan tersebut dan berjanji akan menutup (delete) akaun laman yang dia miliki.
Masuk bulan keenam penghujung, isteri saya membuka laman blog sendiri dan beliau telah memberi email serta password blog dia kepada saya untuk diubah dan dikemaskini. Dari situ saya terbuka email yahoo. Dalam email yahoo saya dapat tengok mesej-mesej dihantar. Dalam hati saya, isteri saya masih ada laman web tersebut walaupun dia dah berjanji untuk menutupnya. Saya dapat membuka akaun 'sembang'nya, dari situ terbongkar segala rahsia nya.
Rupa-rupanya di belakang saya dia telah curang kepada saya. Rupa-rupanya di dalam laman tersebut dia sedang bermain kata bermain sayang dan bermain cinta dengan seorang jejaka bernama Badrol. Terkejut saya membaca mesej-mesej di antara mereka berdua. Mesej yang dihantar boleh dikategorikan mesej suami isteri. (Dilampirkan imej mesej yang dinyatakan untuk rujukan ustaz).
Selepas isteri saya kantoi dengan mesej tersebut, saya sekali lagi marahkan beliau melalui mesej (sms). Dalam mesej (sms) saya marahnya dengan penuh mendalam dan kasar. Kemudian saya bukan satu akaun sembang dan menghantar mesej kepada Badrol iaitu skandal isteri saya.
Si Badrol memberitahu bahawa dia tidak tahupun yang dia couple dengan isteri orang sebab isteri sayang rahsiakan statusnya sebagai isteri saya. Bahkan si Badrol memberitahu saya yang dia dah bercadang untuk berkahwin dengan isteri saya pada hujung tahun ini.
Namun disebabkan dia baru tahu yang aweknya adalah isteri saya, maka dia pun mengalah dan dia kata dia tidak bersalah dalam hal ini sebab dia tak tau aweknya isteri orang. Dalam masa yang sama isteri saya, menangis teresak-esak meminta maaf di atas kesalahan tersebut. Dia berjanji tidak akan ulangi kesilapan tersebut dan akan menutup akaun sembang tersebut. Dia pujuk dan merayu pada saya hampir tiga hari. Akhirnya saya seakan memaafkannya.
Selepas itu, sekali lagi saya cuba melayari laman web sembang si Badrol, terkejut saya apabila saya lihat ada gambar isteri saya bersama Badrol di dalam laman tersebut. Lagi terkejut apabila gambar tersebut mereka ambil bersama pada di sebuah pusat peranginan terkenal. Memang mengejutkan saya, rupa-rupanya isteri saya telah pergi ke situ berdua-duan dengan si Badrol. Bahkan di dalam gambar tersebut, isteri saya dengan selambanya memeluk si Badrol.
Ustaz bayangkan betapa sukarnya untuk seorang suami seperti saya menghadapi situasi seperti ini.
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.