MENTERI ROTI CANAI ADA IDEA BARU?

Shahrir Samad mungkin akan menggondol anugerah ‘Menteri Paling Putar Belit’ jika kategori itu ada dipertandingkan dalam Anugerah Seri Angkasa tahun hadapan.

Apa tidaknya, sewaktu harga minyak dunia melambung tinggi, Shahrir telah mengumumkan langkah menghadkan subsidi minyak sebanyak 30 sen mengikut harga pasaran dunia bagi setiap liter.

Kalau harga minyak dunia RM 3/liter, maka rakyat perlu membayar RM 2.70/liter dan kerajaan menanggung subsidi sebanyak 30 sen seliter. (Jumlah subsidi yang diterima rakyat hanyalah 10%). Jika harga minyak dunia mencecah RM 5/liter, maka rakyat perlu membayar RM 4.70/liter dan jumlah subsidi yang diterima rakyat hanyalah 6% sahaja.

Biarpun rakyat terpaksa menanggung beban yang lebih apabila subsidi minyak dikurangkan, namun rakyat masih lagi mampu bersabar dan menerima keputusan itu biarpun rakyat terpaksa bersesak dalam perut tren LRT dan juga komuter. Untuk menghiburkan kedukaan di hati rakyat, maka lagu “Demi negara” pun didendangkan oleh kerajaan.

Tapi kini lain pula ceritanya.

Apabila harga minyak dunia kembali menjunam di bawah USD 70/tong dan diberitakan akan berada di bawah USD 60/tong untuk satu tempoh mendatang, kerajaan melalui ‘idea bernas’ Shahrir Samad mahu memperkenalkan polisi baru.

Kali ini, subsidi 30 sen yang sebelum ini dicanangkan sebagai ‘idea yang paling bernas’ untuk menghapuskan mentaliti subsidi di kalangan rakyat tidak lagi sesuai digunakan.

Oleh kerana harga minyak dunia sudah menjunam, kantong Petronas sudah mula kempis dan 41% belanjawan negara terpaksa bergantung pada duit Petronas, maka Shahrir mencadangkan agar ‘harga minima’ untuk seliter minyak diperkenalkan pula.

Menurut idea baru Shahrir ini, kalau harga minyak dunia turun sehingga RM 1.50/liter dan kerajaan telah menetapkan harga minima RM 1.92/liter, maka tiada subsidi yang akan diberikan kepada rakyat. Sebaliknya, rakyat terpaksa membayar harga yang lebih tinggi dari harga pasaran. Ini bermakna, rakyat tanggung beban, kerajaan dapat untung. Memang bernas idea ‘putar-belit’ Shahrir Samad kali ni.

Sekali lagi, alasan yang sama akan digunakan sepertimana yang dilaporkan oleh [Berita Harian] hari ini :

“Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata melalui cara itu, kerajaan mungkin dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi dan seterusnya membolehkan wang tersebut digunakan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.”

Nampak gayanya, rakyat kena tipu lagilah dengan menteri ‘roti canai 10 sen’ ni… Adusss!!!

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. Puan Nur Aflah,

    Idea baru nak buat roti canai? :)

    ReplyDelete
  2. wak sabar,wak sabar ini orang saya,org johor bukan orang melaka.
    kalau sayang abang pergi buat roticanai, minyak buat roti pun naik.
    bang hendak tolong rakyat.Jangan jadi bangsa sudsidi.Jadi perompak tidak apa.Alang-alang buat kerja ini,biar lah ambil kalau tidakkita juga yang susah,hendakambi duit manalagi IMF ,itu idea anwar ,kita fikir lain,kita ada minyak senyonyuh buatguna-guna,bukan dia boleh buat apa-apa.
    Kita beritahu mereka bangsa subsidi itu bangsa pria,kerana meminta-minta.Kita yang ambil ini bukan dikirabangsa sudsidi.
    kemudian dia mainkan lagu melayusubsidi.
    Guna-gunakan bahasa, tapi bukan guna minyak pengasih tapi guna minyak petrol.Mana lebih berkuasa minyak petrol atau pengasih tentunya minyak petrol kerana ia mahal harganya.
    Dia orang tipu kita, supaya guna minyak pengasih.
    Dia gula-gulakan kita semua dgn gula-gula getah.
    Biasanyabudak-budak mejadi mangsa lainpula jadinya,
    penggunadan rakyat malaysia jadi mangsa orang-orang UMNO.
    Dah tidak bermakna org umno sudah jadimangsa perbuatan
    sendiri.
    Baikdia orang sapu, aku sapu dulu.
    Macam lagu korek-korek lubang,gali-gali lubang.timbus-timbus lubang.
    Lubang apa lubang minyak.
    kalau tidakada minyak aku rasa melayu sudah lama bungkus.
    kena tanam dalam telaga /lubang minyak.
    "Minyak tiada kah yang"..........
    Minyak apa ni malam-malam buta,minyak urutlah ,itulah yang abang tahu. Bukan ,hendak bagi duit minyak.Minyak mahallah ...
    Besoklah kita isi minyak kereta,kot-kot besok turun harga minyak lagi, mimpilah aku ini.....

    ReplyDelete
  3. makin lama makin teruk menteri bn sorang ni.....
    napa lah pak lah lantik dia ni?
    yg best nyer rakyat msia masih boleh ber sabar.....
    x sabar nak tunggu PRU-13
    APA LAH NASIB BADAN.......

    ReplyDelete
  4. Salam Aflah,

    Aku nak gelak! Aku nak gelak! Aku nak gelak! tapi tak boleh gelak sebab akhirnya ada juga menteri yang b.....p macam ni di negara aku...Kenapalah makin dahsyat kebodohan mereka ini? Tentu Azli Shukri Orang Kuat UMNO ada jawapan ini...Silakan Azli....


    hehehe!

    thx!

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Masa harga minyak mahal, rakyat kena tanggung dan diminta berkorban untuk negara.

    Sekarang masa harga minyak semakin turun, rakyat nampaknya sekali lagi diminta berkorban untuk negara.

    Adakah rakyat mahu terus diperbodohkan?

    ReplyDelete
  6. Kita ni bukankah bangsa subsidi. Minyak kena subsidi, air Selangor dapat subsidi, minda punminda subsidi.

    Sdri Aflah, kamu marah Shahrir tarik subsidi, secara otomatik menjadikan kamu ni juga pejuang subsidi.

    Kalau asik mengharapkan subsidi, bila nak maju.

    Pirah... orang PKR semuanya mengharapkan subsidi, tetapi tidak mengaku. Baling batu simpan tangan.

    ReplyDelete
  7. Cik Puan Nur Aflah, assalamualaikum,

    Sejak 50 tahun lalu, lebih lebih lagi sejak 22 tahun yang lalu, rakyat telah di perbodohkan. Semua dokumen dokument PETRONAS, berapa banyak minyak dikeluarkan, berapa banyak wang dihasilkan, berapa banyak tong minyak di-export; untong-rugi, in short royalty minyak was not made public. Petronas kata, dengor kabar jer, they have made it public but many said not as detailed as required. The printed document only elaborated on things Petronas wants the people to see. The more confidential issues were not published. They are covering their own back.

    Petroleum adalah sumber pendapatan negara yang besar. RPK telah buat pendedahan sedikit masa dahulu, how much we are making money out of this oil industry. It is astronomical - billions.

    Somebody know that they can use Petronas money to compensate the short-falls of failed government projects and some of their white elephants here and there. This is simple economy and as a layman, me and you know that. If the government take more profit, the rakyat will get less. Like-wise if the government take less profit, the rakyat will benefit more - l am referring to DSAI speech a while back.

    A majority of ordinary Malaysian will not complain, if the oil price is X then X it is. But those who are aware and those who could see the whole picture will say...we have all been taken for a ride. Not once but many a times.

    That is why people are so fed-up of BN. They screw you left,right and centre and many dont realise it.

    ReplyDelete
  8. Nur Aflah..
    Petroleum adalah sumber pendapatan negara yang besar. RPK telah buat pendedahan sedikit masa dahulu, how much we are making money out of this oil industry. It is astronomical - billions - Dari tulisan Jacques.

    Saya seperti orang2 lain bukannya pakar ekonomi...

    Hasil keuntungan drp petronas itulah yang digunakan untuk membangunkan negara.

    Kalau kita berkorban utuk negarapun apasalahnya kerana negara ini kita kan yang punya!!!

    Saya tiada fakta untuk diperdebatkan pasal angkka-angka petronas cuma saya lebih suka melihat keselesaan di negara kita berbanding dengan kehidupan di negara lain.

    Keselesaan tersebut hasil daripada banyak faktor.Antaranya hasil daripada perniagaan petronas..

    Sehingga kini tidak ada orang Malaysia mati kerana tak cukup makanan tapi ramai yang mati kerana TERLEBIH MAKAN...

    Lalu fakta-fakta atau angka-angka tersebut sebenarnya agak sukar untuk ditukarkan ataupun digantikan dengan kemakmuran yang telah dinikmati selama lebih 51 tahun.

    Lagipun angka-angka tersebut bersifat teori dan apabila dipratikkan belum tentu dapat menghasilkan keselesaan yang telah kita usahakan hingga kini.

    Adakah saya berfikiran primitif dan negatif bila berhujah sedemikan?

    Terpulanglah...keghairahan yang melampau terhadap sesuatu yang baru biasanya akan mengakibatkan kerugian yang terpaksa ditanggung berdekad-dekad lamanya.Awaslah...jangan kerana keghairahan tersebut kita korbankan segalanya termasuk lah Agama dan Bangsa.

    Renung-renungkanlah...
    Kg Dewan Beta,KB,Kel

    ReplyDelete
  9. Menteri roti canai ni kenalah berkongsi dengan rakyat jelata macam mana pengiraan purata harga minyak di kira. Saya selalu keliru dengan kenyataannya mengenai harga purata yang diwar-warkan.
    Tak kan semua di negara kita ni buta metamatik.
    Boleh jadikan pengiraan purata ni soalan untuk Matematik Moden SPM tahun ni.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.