MISTERI!!!
Siapa Cif Inspektor Azilah bin Hadri?
Setakat ini, tidak banyak butiran peribadi tentangnya yang diketahui umum. Beliau lahir pada 28 Mac 1976 di Sarikei, Sarawak memegang kad pengenalan 760328-13-6051. Ibunya bernama Latiffah Abdullah (55). Anak sulung daripada 12 adik-beradik.
Mendapat pendidikan hingga tahap Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sarikei. Oleh kerana dia berasal dari keluarga miskin, dia terpaksa membawa ibu bapanya yang sudah tua dan tidak bekerja tinggal di Sepang , Selangor berdekatan Balai Polis Sepang, tempat beliau bertugas.
Azilah masih bujang tetapi mempunyai seorang anak angkat lelaki 4 tahun bernama Muhammad Azizul Azilah Hadri. Azizul memanggil Nor Azila sebagai mummy manakala Azilah pula sebagai abah. Azilah sudah bertunang dengan Norazila Baharudin (29). Sebelum ditangkap , Azilah tinggal di mes bujang Bukit Aman.
Yang menariknya, DSP Zainudin memberitahu mahkamah bahawa Azilah bertugas sebagai pengawal pengiring Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Azilah telah memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan tugasnya mengiring PM dan TPM. Malah berasa seronok kerana kerap dapat ke luar negara.
Siapa Koperal Sirul Azhar Umar?
Sirul Azhar dilahirkan pada 1972, telah berkahwin namun telah bercerai secara aman dengan isterinya pada tahun 2004. Rakan karibnya, Sarjan Rosli Ibarahim menyatakan yang anak sulung Sirul, perempuan kini dijaga oleh keluarga angkat Sirul Azhar di Muadzam Pahang. Sementara anak kedua lelaki dijaga oleh ibunya di Changkat Jering.
Tugasan terakhir Sirul Azhar ialah menjadi pegawai keselamatan UTK Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Islamabad, Pakistan. ASP Zulkarnain Samsudin menyatakan pada 6 Nov 2006, Sirul Azhar telah menunjukkan bukit di mana wanita itu diletupkan. Rekod Celcom menunjukkan Azilah berada di Puncak Alam (tempat kejadian) dan telah berkomunikasi dengan Sirul dan Abdul Razak Baginda menggunakan telefon pada pukul 10.43 malam dan 11.16 malam pada 19 Oktober 2007.
Kenapa Azilah dan Sirul sentiasa memakai topeng khas?
Ibrahim Baba menulis, suatu persoalan yang sememangnya bermain di fikiran semua orang yang membaca atau menonton laporan kes pembunuhan Altantuya ialah kenapa wajah Azilah Hadri dan Sirul Azhar tidak pernah disiarkan oleh mana-mana akhbar mahupun mana-mana laporan berita TV.
Apa yang kita dapat lihat hanyalah sekadar dua manusia yang bertopeng lengkap hinggakan tidak dapat langsung kita agak bagaimana rupa wajah kedua-dua supek pembunuhan wanita Mongolia tersebut. Yang menghairankan ialah tidak ada langsung mana-mana akhbar yang berani menyiarkan gambar mereka ini dari mana-mana sumber lain.
Adalah mustahil untuk pihak media tidak dapat mencari gambar-gambar dari arkib mereka atau mencari kenalan kedua-kedua suspek tersebut bagi mendapat gambar-gambar lama mereka. Langsung tidak munasabah ini tidak dapat diusahakan oleh pihak media cetak mahupun media elektronik. Jadi persoalan lain ialah, apa istimewanya kedua-dua mereka ini hingga dilindungi supaya wajah sebenar mereka ini tidak diketahui umum?
Apakah mereka berdua ini memang sebenarnya “kambing hitam” untuk dijatuhkan hukuman bagi menyelematkan suasana yang lebih gempar dari berlaku? Apakah ini tujuan wajah-wajah mereka ini perlu dilindungi dari awal lagi?
************
Isu ini juga telah dibincangkan di beberapa buah blog lain. Namun, perbincangan tersebut gagal mengungkap misteri di sebalik wajah yang bertopeng itu. Sehingga kini, tiada juga foto ahli keluarga mereka ataupun ulasan yang berkaitan tentang diri sebenar Azilah dan Sirul yang saya temui di internet. Tidak seperti foto keluarga Razak Baginda yang selalu disiarkan oleh akhbar dan televisyen.
Esok, akhbar New Strait Times akan menyiarkan analisis mereka tentang isu ini. Mungkin mereka sudah mendapat ‘petunjuk baru’ sepertimana yang diharapkan. Mungkin juga kita terpaksa menunggu peguambela Azilah dan Sirul memanggil penyiasat pensendirian P. Balasubramaniam ataupun Raja Petra untuk merungkai misteri ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
11 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
cacat kot? he he he.....
ReplyDeletebetul juga, aku baru terfikir kenapa asyik menyorok.......heh rase macam ade orang tak sempat nak jadi PM....
salam.
ReplyDeleteInilah yang di sebut balaci
Orang suruhan.
Dia menyerupai Batman.
Pelakon Pak Pacak.
Orang ini macam Belalang kunyit.
Sanggup buat apa sahaja.
Apa watak sekali pun.
Hidup Miskin.
Miskin segala-galanya
Miskin pemikiran.
Semua orang miskin.
Tapi jangan Miskin.
Dalam hidup ini apa kah yang dicari.
Selain drp tugas yang diarahkan oleh orang atasan.Terpaksa dilakukan walau tanpa rela.
Kalau hendak kerja awak mesti lakukan.
Ini arahan.
Kau kerja Mesti ikut arahan.
Itu hakikat undang-undang.
Misteri:
Perkara ini susah kita hendak baca sebab ia nya misteri.
Sudah macam-macam cerita ada yang kata kedua-dua ini pelakon sahaja.
di hayak kesana- kesini.Sebab itu mukanya hanya bertopeng.
Peranan ,kalau watak ini ,ditiadakan bererti mati.
(bayarannya entah Berapa banyak).
Misteri Nusatara.
"Adakah anda pernah alami misteri"
Ini cuma watak-watak dalam lakunan sahaja ianya tidak ada kena mengena dengan orang masih hidup.
Mengapa misteri?
Ianya berhujah didalam kamar.
Ada undang-undang yang jelas.
Ada para-para hakim.
Penguam bela/cara.
Kenapa tidak boleh selesai.
Atau ada Tangan Misteri.
Ini bukan kisah seram macam kisah kekasihku seru.
Sebenarnya ia tertakluk kepada penguasa.
Sebab itu perlu adakan (Peguam Awam)seperti yang dibincangkan-bebas drp arahan-arahan yang ada kepentingan.
Sebab itu ia menjadi misteri.
Selagi tiada bantahan drp rakyat selagi itu pihak penguasa akan permainkan ungang-undang seolah-olah itu menjadi hak muklak mereka.
Bangun
bangun
Bangun
Itu hak kita.
Mari kita bantah tanda protes.
+++++Tapi jangan miskin.
ReplyDeleteSemua orang miskin tapi jangan miskin budi pekerti.
Saya berpendapat, mereka berdua ni tak mau disalah anggap oleh masyarakat. Disebabkan kes masih dibicara, maka mereka menutup muka untuk menjaga byk hati. Sekurang2nya jika mereka mungkin tak disabitkan kesalahan, reputasi mereka tak begitu tercalar di mata masyarakat.
ReplyDeleteTak susah nak mendapatkan foto mereka, dalam rekod PDRM pun ada. Cuma mengapa media gagal utk memperlihatkan wajah mereka?
takut takut itu bukan mereka berdua kot ? apa perlu bertopeng ?:
ReplyDeletejangan takut kan undang undang ada, pasti kebenaran akan terbukti sekiranya kita tidak melakukan kesalahan.
mereka hanya di dakwa....belum sabit kesalahan.. dan mereka pun berhak sebagai individu untuk tidak menonjolkan diri. so bagi kita yang tak arif dalam kes nih baik lah jgn komen bukan bukan ...nanti jadi contempt of court...berat kes plak orang tu masih dlm perbicaraan yang tak sangkut paut buat andaian ... tak pasal pasal ada yang kena pertuduhan lain. apa pun justice will prevail. Seadil adil yang MAHA ADIL ALLAH SAJA YANG YANG AKAN MENGADILI...SEKECIL BIJI SAWI BURUK BAIK MANUSIA AKAN DI ADILI.
ReplyDeleteHai, tanya ajelah pada Bible awak tu, si Malaysiakini tu. Persoalannya kenapakah media berat sebelah Malaysiakini juga berdiam diri. Selalunya Malaysiakini selalu cuba menjadi jaguh kampungan, ataupun jaguh 'racist'. Tuju ajelah persoalan anda kepada Malaysiakini, media yang paling awak percayai dan agung-agungkan tu.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMemang ada keanehan yang boleh dipertanyakan, mengapa mereka berdua seolah-olah diberi keistimewaan untuk memakai "toping khas"?
Assalamualaikum Cik Nur Aflah,
ReplyDeleteAzilah dan Sirul kalu boleh bukan saja muka yang nak ditutop, seluroh badan kalu boleh mereka akan tutop.
Cuba bayangkan apa kah yang berligar ligar dalam kepala mereka. Tentu mereka sekarang ini cemas ,panik, mahu mencari jalan keluar kerana mereka berdua tahu jika sabit kesalahan, mereka akan dikenakan hukoman yang sangat berat, hukom bunoh atau penjara seumor hidup. Cuba bayangkan jika lah mereka ini sentiasa didalam kekufuran dan banyak melakukan dosa, tentu mereka akan takut pada api neraka yang bakal menunggu mereka diakhirat nanti.
Tapi saperti pepatah Inggeris 'you are innocent until proven guilty'
Didalam pemikiran mereka mungkin ada chansa mereka untok melepaskan diri dari jebak maut ini.
Siapa yang membunoh Altantuya hanya Allah yang Maha Mengetahui dan jika Sirul dan Azilah terlibat, mereka juga akan mengetahui bagaimana Altantuya terbunoh. Apa yang kita semua tahu Altantuya tidak berdosa tetapi menemui kematian dalam kedaan yang sunggoh memilukan hati.
Tidak ada sesiapa didalam dunia ini yang sanggup membunoh manusia lain sedemikian rupa melainkan mereka adalah haiwan. Haiwan sendiri sayangkan jenisnya dan jika lah Sirul dan Azilah terlibat maka mereka adalah lebih hina daripada binatang dan haiwan.
Kita semua tahu kedua dua ini adalah innocent until proven guilty; dan secara hypothetical' jikalah mereka ini terlibat, apakah yang mendorong mereka menjadi pembunoh?. Wang ?, takut pada boss, arahan orang atasan?. Your guess is as good as mine.
Ini lah yang mebezakan kita dengan haiwan kerana kita diberikan akal untok menilaikan sesuatu dan menilai implikasi perbuatan kita sendiri. Jika kita seseorang yang baik ugamanya, baik perangainya, baik cara hidup dan dibesarkan dengan disiplin, confident, self- secure; tidak mungkin kita akan terjebak dengan gamitan wang ringgit dan tidak mungkin kita akan mengikut arahan boss kita sendiri jika lah arahan itu merupakan satu kesalahan besar.
Azilah dan Sirul menutop muka mereka kerana mereka takut dan kesal yang amat sangat oleh kerana mereka mempunyai telunjok tetapi telunjok itu telah mencucok mata mereka sendiri. Kedua duanya adalah manusia yang bodoh.
Saya sentiasa terfikir persoalan yang sama setiap kali penjenayah ini dihantar ke mahkamah.Daripada persoalan ini saya buat kesimpulan
ReplyDelete1. Mereka ini memang selalu bersama dengan PM atau sahabat baik orang yang mengarahkan mereka membunuh Altantuya. Polis sudah diberikan sejumlah wang agar menutup identiti mereka.
2. Selepas disabitkan salah dengan dikenakan hukuman gantung, percayakan kamu bahawa yang digantung itu adalah si sirul atau azilah ? bagi saya,saya sangsi yang akan digantung nanti adalah diri mereka. Mungkin "orang kuat" mengambil orang lain yang memang dikenakan hukuman mati sebagai ganti mereka ke tali gantung. bagaimana kita cakap sirul dan azilah sudah digantung sedangkan kita tidak pernah melihat kedua-dua penjenayah ini ? Jangan-jangan yang digantung itu adalah pengedar dadah dari Indonesia.
3. oleh kerana tidak sesiapa tahu siapa sebenarnya sirul dan azilah, mungkin sekarang ini mereka sedang berdiri atau duduk di sebelah anda dengan menggunakan identiti lain dengan kuasa "orang kuat". Maksud saya mereka diberi kad pengenalan dengan nama baru oleh pihak berkuasa.
Aku bukan apa,Kasihan juga kepada mereka berdua ni,sangup buat kerja terkutuk ini sebab boss mereka suruh atau barua suruh.
ReplyDeleteYang masih tinggal lagi tu hati-hatilah biar berhenti kerja cari kerja lain dibumi ALLAH ini boleh cari makan dari buat kerja-kerja yang dilaknat oleh Allah.