Di saat rakyat di negara ini sedang terhimpit dengan tekanan inflasi yang kian melambung tinggi, kerajaan Terengganu tergamak menghabiskan RM 3.43 juta semata-mata untuk membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor.
Dimanakah letaknya hati perut kerajaan Terengganu yang sanggup menghabiskan wang berjuta-juta ringit itu hanya untuk memudahkan 14 orang sedangkan masih berlambak rakyat Terengganu yang sedang hidup di bawah tahap kemiskinan tegar.
Hati siapa yang tak geram bila membaca laporan pembelian kereta tersebut di laman portal Malaysiakini. Apapun alasan yang diberikan oleh kerajaan Terengganu berkenaan pembelian tersebut, kerajaan pusat perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap kerajaan Terengganu.
Memang benar urusan pembelian tersebut di bawah kuasa kerajaan negeri, tetapi pembelian tersebut ternyata bertentangan dengan aspirasi kerajaan pusat yang menggalakkan rakyat berjimat-cermat di saat negara ini sedang mengalami kegawatan ekonomi. Malah polisi kerajaan selama ini juga telah menetapkan kereta rasmi kerajaan adalah kereta nasional.
Alasan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Said yang berkata kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut kerana kereta Proton Perdana mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh ternyata memalukan seluruh warga PROTON dan rakyat Malaysia amnya.
Bila seorang menteri kerajaan sanggup memperlekehkan kualiti produk kebanggaan negara, takkanlah kerajaan pusat nak mendiamkan sahaja perkara ini. Kerajaan pusat perlu meminta kerajaan negeri menarik balik pembelian tersebut dan seterusnya meminta mereka memohon maaf kepada PROTON dan rakyat Malaysia.
Jika mereka berkeras juga hendak membeli kereta dari Jerman itu, suruh sahaja mereka membayar sendiri harga kereta itu dengan menggunakan wang gaji mereka. Negara ini tidak memerlukan pemimpin yang tak berhati perut seperti mereka.
Kepada kerajaan negeri Terengganu,
BERLAGAKLAH KAMU DENGAN KERETA BARU KAMU !!!!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
21 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Itu org suruh rakyat ubah hidup !! Na ini care dia org ubah hidup !!
ReplyDeleteMemang pandai cakap bikin tak serupa !!
suruh rakyat beli kereta tin milo jenama Proton, dia org pakai mercedez
ReplyDeleteBapa proton pulak pakai BMW
Dr Mahathir - Bapa Hipokrit Malaysia
Salam,
ReplyDeleteThe reasons given by MB Terengganu on the purchase of their new Mercedes is unreasonable. Yes.. I must admit that Perdana's built quality is not that good but why Mercedes...Compressor some more. what's wrong with a C-Class. Hmmm... maybe it's not Class enough.
I like to propose all the Ministers to tone down their spending habit...or spending 'people' money habit. Buy a new Camry or Accord might be more than enough.
Please benchmark Toyota leaders during their humble beginning. To avoid their shop worker from losing their jobs due to their company possible bankruptcy, Toyota managers had offers their salary to be cut in order for Toyota to survive.
That's what a true leader would do. If the old Executive Perdana aren't reliable anymore, go for a Chancellor instead. Please support our own products like other poor Malaysians do.... or forced to do.
The MB has said aloud what we have known all along about Proton cars.
ReplyDeleteBut in this kind of climate, are they not embarrassed to cruise in luxury while taxpayers are told to live frugally?
Bapa Proton itu Tun M ... Pakai Porsche Cayenne lah dan anak dia tu pula Jual Porsche !!
ReplyDeleteProton Perdana memang ada problem selepas 120,000km. Gearbox problem. Tanylah pengguna Perdana dan EON.
ReplyDeleteYes..perdana ada probelm with gear box la (i drive a perdana too) but the principle is this..you are using tax payers money. You ask us to jimat perbelanjaan...tetapi you doing opposite..belanja wang yang bukan you punya! Its money for the state for the state's perbelanjaan for infra la sekolah la...but no..masuk dalam poket MB beli kereta mewah pula.
ReplyDeleteYe tak ye juga, beli la honda ke atau pun toyota dan jimat RM2mil utk state you! No....tamak..sungelap semua pula ini!
Tak masuk akal la... but then bila lah perbuatan mereka ni masuk akal!!
Satu tindakan yang bodoh saya boleh katakan di masa kerajaan BN kehilangan sokongan daripada rakyat.
ReplyDeleteini macam mencurah minyak petrol ke atas api. Maraklah kemarahan rakyat.
http://anakmalaysia81.blogspot.com/
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
ReplyDeleteCik Nur
Tukar perdana V6 kepada e200 compressor merzc .Ini sifat orang dalam Barisan Nasional suka nak menunjuk kepada rakyat Kerajaan Malaysia ingin nak tunjuk kepada dunia luar yang Malaysia ni masih mempunyai banyak duit dan boleh beri subsidi untuk beli kereta Merzc .Kerajaan Malaysia pimpinan Pak Lah boleh beli apa apa saja termasuk boleh beli President Pas , Nasrudin , Mustaffa ali, Hassan Ali Dll yang semangkok dengan president Pas . Tetapi Allah SWT masih perihal Tuan Guru Nik Aziz ,insyakallah tidak akan bekerjasama dengan Barisan Nasional yang bongkak dalam penghidupan harian walaupun suka memperhabiskan wang rakyat.
dear hj jamaluddin,
ReplyDeletejangan lah tuan hj memperlekehkan ulamak ulamak kita dgn perkataan yg tidak baik saperti "semangkok" . Darjat mereka disisi Allah hanya Allah sahaja yang mengetahui. Insaflah...
hj jamaluddin......pergi naik haji pakai duit haram ke?
ReplyDeletesalam..hm..tu la pemimpin kite..suroh rakyat berjimat cermat..dorg xpe mewah pkai duit rakyat pn..bagus2..inilah pemimpin yg 'disanjung' rakyat..huhu..kerajaan negeri p.pinang pn leh batalkn pembelian keta baru utk bjimat..knape tganu xleh?hmm..tindakan yg agak bangang dari kerajaan BN di kala rakyat tgh 'hot' kat krajaan..stupido..
ReplyDeleteplease read ......http://malaysianunplug.blogspot.com/
ReplyDeleteSaya setuju dengan kata2 Mat Said yg keta merz tahan lama berbanding dgn kereta nasional atau keta jepun. Dia betul2 ikut pepatah melayu "kalah membeli menang memakai".
ReplyDeleteSaya dah pakai macam2 jenis keta jepun dan continental, memang jauh beza macam bumi dgn langit. Keta org putih ni jauh lebih selesa.
Takpe lah orang2 beso macam pak menteri dan exco patut pakai keta bagus yg selesa dan selamat kerana tugas mereka yg memang byk bergerak kerana urusan rasmi utk rakyat. Kalau keta jepun nanti badan sakit dan tak bole melaksanakan tugas dgn baik kan rakyat juga yg susah.
Kita nak urgue pun apa yg kita dapat? Lagi pun kerajaan negeri banyak duit dan 3juta tak seberapa kalau dibandingkan dgn pembaziran lain yg berjumlah berbilion2 inggit.
Jadi doakan ajelah supaya mereka ini selamat dan diberikan taufik, hidayah dan innayah oleh Allah azawajallah.
Itulah pemimpin yang dipilih rakyat!! Stupid. I am just wonder what will Abdullah and Najib going to do with him. Untuk orang Terengganu do not make mistake again in next election.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeletePepatah Ketam mengajar anak berjalan amat sesuai buat pemimpin-pemimpin UMNO BN ini, dala kaca TV mereka siarakan Iklan berjimat-cermat secara besar-besaran, sebaliknya mereka sendiri yang tidak mengamalkanya malah seolah memperlekehkanya.
Kadang-kadang nak tergelak dengan orang-orang UMNO BN ini, entah apa yang ada dalam otak mereka.
not the right place,not the right time for pak lah & co..padan muka!
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDelete1. Saya lebih berminat untuk melihat kesan dari segi politik berkenaan keputusan awal Kerajaan Negeri T'ganu ini daripada kesan ekonominya. Saya yakin ramai akan menganalisanya dari segi beban kewangan.
2. Umum mengetahui bahawa polisi Kereta Nasional telah terpakai buat sekian lama sehinggakan sudah diketahui oleh rakyat jelata.
3. Mustahil bagi MB yang baru dilantik ini tidak mengetahui mengenai polisi tersebut. Keputusan MB T'ganu ini bagi pendapat saya, merupakan satu bukti yang jelas betapa lemahnya kepimpinan Pak Lah sehinggakan polisi-polisi Kerajaan yang termaktub sekian lama sudah dipandang remeh oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.
4. Sekiranya Pak Lah merupakan seorang pemimpin yang disegani dan dihormati, saya yakin Kerajaan Negeri T'ganu tidak akan berani membuat cadangan untuk membeli kereta Mercedez dengan menggunakan alasan yang tidak rasional.
5. Apakah pihak istana akan masuk campur seperti isu perlantikan MB T'ganu ?
kenapa ada peribahasa sirih naik jungjung, kepala angin, lebih sudu daripada kuah, dsbnya yang telah tercipta sejak dulu dulu lagi tapi hak sedap sekali bagi ambo WOK LONG JADI RAJA .............FIKIR FIKIRKANLAH
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSaya sebagai anak t'ganu sangat lah malu akan tindakan kerajaan t'ganu untuk membeli kereta Mercedes ni. nampak mcm MB t'ganu baru ni tk ikut p'kembangan semasa. Masa skarang ni sangatlah tk sesuai!!
Apa brand keretapun kalau diselenggara dengan betul dan mengikut jadual pasti kos dan masalah adalah kurang. Tetapi kos penyelengaran RM50000 setahun atau purata RM4166.66 sebulan itu adalah satu kos yang amat tinggi dan tidak manasabah.
ReplyDelete