Hari ini, Mat Taib telah disahkan sebagai calon ketiga yang layak merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dan sekaligus menyaksikan pertandingan 3 penjuru yang sedang dikenali sebagai 3M (Muhyiddin, Mohd Ali dan Mat Taib).
Jika sebelum ini ramai yang menjangkakan Muhyiddin akan menang tanpa bertanding bagi perebutan jawatan tersebut, nampaknya jangkaan itu meleset sama sekali. Trend pencalonan ke atas Muhyiddin dilihat mula berubah sejak Abdullah secara terang-terangan mengutuk Muhyiddin sebagai ‘seorang yang tidak sabar menaiki tahta’.
Melihat kepada senario semasa politik UMNO, tidak mustahil Muhyiddin akan dipinggirkan oleh perwakilan UMNO pada pemilihan Mac 2009 nanti. Bagaimanapun, Muhyiddin bukanlah seorang yang mudah mengalah. Pertarungan sebenar baru sahaja bermula dan ketiga-tiga mereka mempunyai masa yang panjang untuk berkempen.
Melihat kepada jumlah pencalonan yang diterima oleh mereka setakat hari ini, Muhyiddin telah mendapat 85 pencalonan, Mohd Ali (41) dan Mat Taib (37). Jika dihimpunkan pencalonan Mohd Ali dan Mat Taib, jumlahnya adalah 78 pencalonan dan hampir seimbang dengan jumlah pencalonan yang diterima oleh Muhyiddin.
Berdasarkan kepada faktor ini, adalah lebih bijak jika Mohd Ali ataupun Mat Taib berpakat dan salah seorang daripada mereka menarik diri daripada merebut jawatan tersebut. Jika pakatan antara mereka berdua dapat dijayakan, tidak mustahil Muhyiddin akan mendapat tentangan yang hebat sewaktu pemilihan Mac nanti. Bagaimanapun, strategi ini mungkin sudah dapat dibaca oleh Muhyiddin dan tidak mustahil jika Muhyiddin akan berusaha untuk menjalinkan pakatan dengan Mohd Ali ataupun Mat Taib.
Jika difikirkan secara lojik, mustahil akan wujud pakatan antara Muhyiddin dengan Mohd Ali kerana mereka bukannya dari regu yang sama. Muhyiddin dilihat sebagai Pro-Mahathir, manakala Mohd Ali dilihat sebagai Pro-Abdullah. Berkemungkinan besar, Muhyiddin akan cuba mendapatkan sokongan dari Mat Taib kerana Mat Taib tidak berapa disukai oleh kumpulan Pro-Abdullah berdasarkan kepada ‘track record’nya yang buruk selaku Ketua Penerangan UMNO pusat pada PRU ke 12 dahulu dan juga ketika menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.
Abdullah jelas telah memberikan kedudukan yang istimewa kepada Mat Taib sehingga diangkat menjadi Ketua Penerangan UMNO pusat biarpun Mat Taib telah disisihkan dari hirarki UMNO suatu ketika dahulu. Ada juga yang beranggapan bahawa kumpulan Pro-Abdullah sengaja membenarkan Mohd Ali dan Mat Taib mencalonkan diri mereka untuk memecahkan pencalonan yang bakal diperolehi oleh Muhyiddin. Dengan cara ini, tugas berkempen lebih mudah dijalankan kerana Mohd Ali dan Mat Taib hanya perlu menumpukan usaha berkempen kepada bahagian-bahagian yang boleh ‘dimakan’ oleh mereka.
Najib pula dilihat seakan memahami strategi yang sedang diatur oleh Abdullah. Oleh sebab itu, sehingga ke hari ini, Najib masih lagi tidak mahu menunjukkan sikap ‘berat-sebelah’ kepada mana-mana calon untuk memastikan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dapat diterima oleh kumpulan pro-Abdullah dan juga kumpulan pro-Mahathir. Dalam hal ini, Najib dilihat sedang bermain secara ‘play safe’. Apapun, tidak mustahil Najib akan mengumumkan calon pilihannya di saat-saat akhir sebelum pemilihan Mac depan.
Secara peribadi, saya menjangkakan Mat Taib akan mengundurkan dirinya bagi memberi laluan kepada Mohd Ali melawan Muhyiddin secara ‘one by one’. Mat Taib pula akan menggunakan pengaruhnya untuk membantu memenangkan Mohd Ali bagi menyekat kemaraan kumpulan Pro-Mahathir. Dengan cara ini, Muhyiddin terpaksa bekerja keras untuk berkempen di kesemua bahagian yang menyokong Mohd Ali dan Mat Taib.
Manakala pakatan Mohd Ali-Mat Taib (mungkin akan dikenali sebagai Ali-Mat) lebih mudah menembusi bahagian yang menyokong Muhyiddin. Berkemungkinan besar, Muhyiddin akan tewas pada pemilihan Mac nanti kerana sekali beliau melepaskan tumbukan, 2 penumbuk akan membalas tumbukannya.
Nampaknya, orang Melaka kenalah bersedia untuk menerima seorang Ketua Menteri yang baru. Siapalah agaknya?
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
6 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Salam
ReplyDeletesaya baru balik dari kerja walau hari minggu:
Bagi saya pakatan sudah tiada dalam umno.
Perpecahan dalam umno sudah berlanjutan.
Masing-masing curiga antara satu sama lain kerana masing-masing ada kemahuan .
cuma tunggu Pak Najib umumsiapa calunyang sesuai baginya.Ini trent dalam umno.
Orang Melaka hendak lah buat kenduri selamat.
Agak sukar orang melaka hendak kalahkan orang Johor.Sebab orang Johor ini kuat.Kecuali Najib telah umum siapa dia.Keputusan terletak pada Najib.Najib sudah semestinya tidak mahu orang yang lebihpandai drpnya.Nampak nya orang Melaka tentu gembira;
Gembira nya awak.
Tak mengapa mana-mana boleh.
Abdullah mesti lobi Mohd ALI...awaklobi mohd Ali.
(Mat -ALi Jenin )
*Maksud Jenin -Generasi akan datang
Ialah saya sokong awak.......
op.... Sori
ReplyDeletesebagai (Ali-Mat)Jenin.
Cik aflah.. cik aflah...
ReplyDeleteSemangat kenegerian tebal jugak awak nie ek? ataupun nak cari makan? tapi tak perlah, itu hak awak.. Tapi saya harap awak tak lari dari matlamat asal untuk mencari kebenaran walau dari sebelah mana pun.. Berat tanggungjawab penulis nie.. laksanakanlah dengan penuh kebertanggungjawaban. Gunakanlah akal fikiran yang Allah kurnia dan jgn sesekali tinggalkan keimanan..
Wassalam..
Anak Kedah.
Tiga tiga tak minat. Tapi kalu ada orang suroh pilih jugak, rasanya Muhyiddin lebih baik. Banyak yang sudah didengar mengenai sistem pentadbiran Muhyiddin yang lebih terator dan berkesan. Orang nya pun lebih bersih dan approachable.
ReplyDeleteMohd Mat Taib sudah diketahui umum dengan 'Australian' scandal nya dulu. This will not resonate well with voters / rakyat.
Ali Rustam...dont know much about this guy so cant comment.
The Barisan Nasional camp has their own preference who they want to be their Deputy President. Obviously they will choose the person who has better leadership qualities, the person who can get on well with Datok Seri Najib, someone who is scandal free, someone who is smart and can challenge issues of concern head-on, someone who can win back the trust of the rakyat and produce a formula to rejuvenate BN.
Pakatan Rakyat is watching closely.
satu analisa yang baik
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya lebih menjangka pertandingan tiga penjuru akan berlaku, kerana sekurang-kurangnya dua orang daripada mereka sudah banyak "menabur wang".
Mungkinkah dalam pemilihan Timbalan Presiden kali ini wang yang akan jadi penentu, dan bukan kewibawaan calon-calon yang bertanding?