RAFIDAH EGO, SHAHRIZAT KECEWA DAN PENDAPAT NOBISHA


Pada 9 November 2008, Shahrizat yang sudah layak merebut jawatan Ketua Wanita UMNO telah membuat kenyataan ‘terbuka’ agar proses peralihan kuasa yang dicadangkan oleh Rafidah pada Jun 2009 dipercepatkan kepada Mac 2009.

Manakala semalam, mesyuarat Exco Wanita UMNO telah membuat keputusan untuk mengekalkan pelan peralihan kuasa yang dicadangkan oleh Rafidah iaitu pada Jun 2009. (Video)



Bagaimanapun, Shahrizat dilihat ‘agak kurang senang’ dengan keputusan tersebut. Shahrizat dipetik sebagai berkata “Dalam hubungan ini, adalah amat perlu bagi Tan Sri Rafidah, saya dan Datuk Kamilia Ibrahim untuk berbincang.

“Adalah elok untuk perbincangan ini dibabitkan sama dengan Datuk Kamilia Ibrahim.

“Saya akan membuat keputusan muktamad (selepas ini) setelah berbincang dengan Datuk Kamilia [gambar] dan mengambil kira pandangan semua pihak, amanah daripada Wanita bahagian serta akar umbi.

“Harapan saya sama juga dengan Exco Pergerakan Wanita supaya tidak ada pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua.

“Saya akan minta kepada Tan Sri Rafidah dan anggota Exco Pergerakan Wanita yang lain supaya diadakan rundingan secara damai. Berikanlah sedikit masa kepada kami untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.”

Sebelum ini, beberapa penganalisis politik telah mempertikaikan keputusan Rafidah mengenai pelan peralihan kuasa yang dicadangkannya itu. Semalam, Nobisha yang ditemubual dalam Astro Awani menganggap tindakan yang dibuat oleh Rafidah ini seakan-akan ingin membunuh 2 ekor burung dengan satu ketul batu (video).



Nur Aflah : Lebih baik Rafidah berundur sebelum dirinya ‘dimalukan’ oleh Wanita UMNO. Peluang masih terbuka luas untuk Rafidah menarik kembali keputusan yang telah dibuatnya.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Alahai Kak Pidah...ni la dikatakan Mahathirism :)

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kecuali agaknya kerana sebab-sebab peribadi, saya tidak nampak mengapa Rafidah harus menunggu sehingga bulan Jun 2009 baru mahu melepaskan jawatannya.

    Jika dia mahu melepaskan jawatannya pada bulan Mac 2009 bersama-sama dengan Pak Lah dan juga Hishamudin, itulah yang paling cantik!

    ReplyDelete
  3. Salam Aflah,

    saya rasa orang tua tu dah nyanyuk sebab rasa tiga bulan macam tiga tahun... Saya sedang mengkaji apa yang boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas pemilihan kuasa. Setakat ini, apa yang saya dapat ialah Sharizat akan jadi pemangku ketua wanita untuk tiga tahun seterusnya...apa motif orang tua tu??? hanya Allah dan dia saja yang tahu....

    thx!

    ReplyDelete
  4. Cepat betul keluar dalam YouTube yer .. Anyway, terima kasih. Saya percaya kepada politik hujah. Kita raikan pendapat yang pelbagai.

    ReplyDelete
  5. Hello semua,

    Jawatan tu tinggi harganya.
    Beratusan juta...mestilah direbut dan dipertahankan selama yang boleh,

    Duit, duit, duit.... buat orang gila!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.