Kerajaan wajar menurunkan harga minyak petrol ke paras RM1.62 seliter berikutan trend penurunan harga minyak dunia semasa yang kini berada pada paras AS$64.10 setong.
Harga itu berdasarkan jangkaan Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar ketika diminta mengulas kewajaran paras harga petrol semasa jika mengikut pasaran minyak global terkini.
Namun kata Abdul Rahim, beliau yakin kerajaan mampu untuk menurunkan harga minyak pada paras yang lebih rendah..
Menurut beliau, ia tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana ketika harga minyak petrol dijual pada harga RM1.92 seliter sebelum ini, harga minyak di pasaran dunia adalah sekitar AS$78 setong.
“Jika diikutkan, kerajaan mampu turunkan harga petrol lebih rendah daripada RM1.92 seliter kerana harga minyak di pasaran dunia dijangka turun lagi,’’ katanya.
Nur Aflah : Tunggu apa lagi wahai Pak Menteri?
BERITA SAMPINGAN : STESYEN MINYAK MINI KEHABISAN MINYAK!
Sebanyak 130 stesen minyak mini di Kedah dan Perak tidak beroperasi sejak Jumaat lalu apabila terputus bekalan bahan api itu, sekali gus menyukarkan pengguna di kawasan luar bandar.
Tinjauan di sekitar Pendang, kelmarin, mendapati hampir semua stesen minyak mini meletakkan notis kehabisan minyak atau menutup premis berikutan terputus bekalan, manakala sebahagian lagi bekalan hampir habis.
Pengarah Urusan Konsortium Ikatan Pengedar Terus Bumiputera (KIPTB) Kawasan Utara, Halim Ibrahim, berkata masalah itu dipercayai berpunca sejak tugas pengurusan di kawasan ini diambil alih oleh ibu pejabat syarikat berkenaan di ibu negara, Khamis lalu.
"Sejak konsortium di ibu pejabat mengambil alih, peniaga stesen minyak mini tidak mendapat bekalan walaupun mereka sudah membuat bayaran.
"Sebelum ini, ketika kerja pengedaran bekalan dilakukan KIPTM Kawasan Utara, masalah ini tidak pernah berlaku.
"Saya terpaksa memulangkan semula bayaran tempahan yang sudah dikutip, apabila bayaran itu tidak dapat disalurkan ke ibu pejabat selepas akaun KIPTM Kawasan Utara tidak lagi berfungsi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Halim mendakwa, pihak KIPTM di ibu pejabat juga tidak merujuk kepadanya sebelum mengambil alih tugas pengurusan berkenaan.
Sementara itu, seorang pengusaha stesen minyak mini di Kampung Tok Set, Pendang, Charen a/l Tong, 38, berkata beliau sudah membuat pembayaran sebanyak RM11,892 pada 27 Oktober lalu untuk mendapatkan bekalan sebanyak 5,460 liter minyak petrol.
“Sepatutnya saya menerima bekalan pada 29 Oktober, tetapi sehingga kini tiada bekalan dihantar.
"Ketiadaan bekalan ini bukan saja menyebabkan saya terpaksa menutup kedai, malah pengguna di kawasan pedalaman juga menghadapi kesukaran kerana mereka terpaksa pergi jauh ke bandar untuk mengisi minyak," katanya.
Charen berkata, jika masalah itu berlarutan mereka akan semakin sukar kerana terpaksa menanggung gaji pekerja, sedangkan stesen minyak tidak dapat beroperasi.
Seorang lagi pengusaha stesen minyak mini di Sungai Tiang, Nasri Osman, 43, berkata beliau terpaksa menutup premisnya sejak Jumaat lalu selepas kehabisan minyak.
"Saya difahamkan bekalan akan pulih dalam tempoh dua atau tiga hari lagi, itu pun belum dapat dipastikan," katanya.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Mohd Salleh Maamor ketika dihubungi berkata, beliau ada menerima beberapa aduan daripada pengusaha stesen minyak mini itu sejak Jumaat lalu.
"Saya sudah maklumkan ke ibu pejabat KPDNHEP dan satu perbincangan akan diadakan bagi mengatasi masalah itu," katanya.
Sumber : Berita Harian
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
3 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
sepatutnya.....
ReplyDeletekjaan bn ni x perlu tergopah gapah menaik kan harga minyak sblm ni....
kan sekarang ni dah menyusah kan rakyat jelata.....
harga roti canai turun seposen pon nak heboh2 kat tv....
akai x ada ka?
lu pikir lah sendiri.......
Saya setuju pandang datuk Shahril.
ReplyDeleteSaya minta semua penjual roti berpersatuan.(di Wajibkan)
Bukan hanya persatuan India Muslim,yang dapat dipantau dan boleh menurun kan harga jualan masing-masing.(walau 10 sen)
Syarikat besar-besar dan semua penjual-penjual sayur.Pasar-pasar ikan.
Adakan persatuan,tujuan untuk selaraskan harga.
Seperti minyak petrol harga yang boleh dipantau.
Buat syarat siapa yang hendak berniaga.
Sebab orang kita ini hendak untung lebih.Hendak kayapun cepat.
Syarikat pengeluar buat lapuran tahunan tentang running cost.
Kenapa harga barang itu dinaikankan.
Syarikat pengangkutan ,memang harga tyer naik tapi bukan hari-hari tukar tyer.En.Noh kena tahu,minyak kerjaan bagi susidi,barang tukar ganti bukan hari-hari hendak tukar.Logik dia hendak naik sebab ekonomi naik.(Memang kena Naik).
Minyak petrol kata pakar akan selaras pada harga Rm 1.95
kalau 1.62 sen mana untungnya kerjaan ,kalau eko.jatuh hendak suntik apa lagi.
Siapa pula hendak mainkan harga minyak ini.
Ada orang minyak hendak usik gadis-gadis (formula One).kerana kelihatan cantik>
Main sorok-soroklah itu.
Siapa hendak cari untung mula-mula kedah selepas ini dari Johor hingga kesabah serawak.
Usik-usik Gadis cantik ini suruh dia mandi dengan minyak.
Apa lagi semua nya naik minyak.Sebab Harga minyak Naik.Macam harga perempuan sudah naik macam harga minyak.
Sabar wak sabar, saber.
Wak ni boleh sabar tak..........
Nanti harga minyak akan turun lagi.......rm 1.62 sen.......???
Salam Aflah,
ReplyDeletesaya rasa tak payahlah nak desak kerajaan turunkan harga minyak tu sebab ada baiknya kita desak kerajaan yang turun takhta, lagi mudah kalau sapa2 yang pegang kuasa lepas ni tolong turunkan harga minyak itu atau kalau tak mau juga bagi rakyat naik minyak saja...selesai...
Boleh saya cadangkan macam ni???
thx!