UMNO NAK ‘BERGURU’ DENGAN PAS?
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam berakhir tanpa sebarang sidang media. Tentu ramai wartawan yang hampa kerana tidak dapat mendengar sendiri rumusan mesyuarat semalam daripada mulut presiden UMNO sendiri. Agaknya Pak Lah dah tahu soalan apa yang akan ditanya oleh wartawan.
Nasib baik Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Mohd Taib faham akan tugasnya sebagai ‘orang yang menerangkan’. Menurut beliau, UMNO akan terus berbincang dengan PAS khususnya untuk memahami soal akidah, iman dan juga perkara-perkara asas dalam agama Islam.
Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Muhammad Mohd Taib semalam, bolehlah kita katakan, pertemuan antara UMNO dan PAS selepas ini tidak lagi akan menyentuh soal penyatuan parti ataupun perkongsian kuasa. Bagaimanapun, dalam istilah ‘kamus politik’, sukar untuk kita mempercayainya bulat-bulat.
Mungkin UMNO ingin berguru dengan PAS. Mana tidaknya, selepas 50 tahun, PAS semakin melebarkan pengaruhnya dan imej UMNO pula dilihat semakin terhakis dari mata rakyat Malaysia amnya dan umat Melayu khususnya. Apapun, kita tunggu dan lihat strategi yang akan digunakan oleh kedua-dua parti ini.
Keputusan PAS untuk tidak meneruskan muzakarah dengan UMNO tentu mempunyai sebab-musababnya yang tersendiri. Individu-individu yang ditugaskan bertemu dengan pemimpin UMNO tentunya telah menerangkan secara terperinci butiran muzakarah tersebut kepada Majlis Syura.
Yang pastinya, Majlis Syura telah mengambil keputusan untuk menghentikan muzakarah tersebut dan UMNO tentunya telah sedar, PAS bukan lagi sebuah parti kecil. Kini PAS sudah menjadi pemain utama dalam arena politik Malaysia.
Iklim politik Malaysia sudah berubah. Peranan dan tanggungjawab PAS kian besar. PAS perlu membuktikan kewibawaannya di 3 buah negeri yang sedang diperintahnya. Jika gagal, tidak mustahil rakyat Malaysia akan menolak PAS pada PRU ke 13. Rakyat Malaysia sedang menilai, sejauhmana kemampuan PAS untuk mentadbir negeri-negeri di bawah kekuasaannya.
Memang benar, imej dan dasar ‘islam’ PAS sudahpun dikenali oleh rakyat. Tetapi, rakyat Malaysia yang berbilang kaum mahu mengetahui lebih dari itu. Rakyat mahu melihat karisma dan keunikan PAS dalam soal pentadbiran dan pengurusan, pembangunan sosio-ekonomi, hubungan antara Islam dan bukan Islam, toleransi, amalan politik dan banyak lagi.
PAS harus bebas dari isu retorik, hipokrasi, kontroversi mahupun spekulasi. Imej PAS perlu diperkasakan lagi sebagai sebuah parti yang mampu memimpin rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Jika mereka berjaya menonjolkan imej ini, tidak mustahil PAS boleh menjadi peneraju utama dalam pemerintahan di negara ini.
Salam, harap paparkan untuk tatapan umum tulisan di bawah, terima kasih.
ReplyDelete--------------
Beberapa Pimpinan PAS akan membawa BENCANA!!!
NOTA KEPADA PEMIMPIN PAS DAN MAJLIS SYURA
Saya hanya orang bawahan mengikuti perkembangan PAS dan menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan ULAMAK PAS. Pandangan saya ini mungkin merangkumi sebahagian besar ahli akar umbi PAS dan orang atas pagar. Saya harap nota saya menjadi peringatan kepada kepimpinan PAS. Apakah kepimpinan dan syura PAS pernah menyelami pandangan dan persepsi akar umbi yang telah lama bersusah payah dan berkorban di mana ramai di antara kami selalu bersikap sepi dan tidak menyusahkan kepimpinan dengan kedudukan dan jawatan bila PAS menubuh kerajaan. Masih ramai ahli akar umbi menderita berbagai-bagai hatta ada yang masih bersusah payah berniaga di tepi jalan dan dihambat pihak majlis dan DBKL. Ketahuilah masih ramai guru teraniaya, pegawai kerajaan dan pensyarah universiti ramai tidak dinaikkan pangkat, pegawai kerajaan sementara diberhenti kerja dan tindakan berpilih kerajaan UMNO BN terhadap pekerja kontrak kerajaan dan pelajar di universiti di dalam dan luar negeri yang belum pun reda dengan penarikan biasiswa dan kemudahan tempat tinggal di asrama. Tambahan kenaikan harga minyak dan barang lagi teruklah kami. Walau apa pun, semua itu kami anggap sebagai lumrah perjuangan ini yang penuh onak dan duri yang mesti diharumgi sebagai jalan rintis ke syurga. Apalah sangat dibandingkan dengan pengorbanan kita berbanding mereka-mereka yang berjuang pelusuk dunia lain seperti di Palestin dll. Janganlah hendaknya PAS akan terjerat dan tertipu dengan mainan UMNO BN yang sangat licik.
Terbongkar kini ada pertemuan untuk buat “muzakarah”/”perbincangan” dengan UMNO. Pada saya ini bukan “muzakarah”/”perbincangan” tetapi adalah “Deal” di mana kumpulan tertentu akan mendapat habuan berselindung di sebalik kepentingan Melayu dan Islam. Nah! Bila Dato’ Seri Abdullah Badawi buat kenyataan ada tiga pertemuan walaupun sebelum ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Sdra Mahfuz dan lain-lain kepimpinan, terkedu dibuatnya pemimpin PAS sehingga terpaksa Sdra Husam membuat kenyataan PM bertujuan pecahbelahkan PAS. Pada saya bukan saja dikalangan PAS, pengundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina dan India kini sudah merasa sangsi dengan perjuangan politik PAS. Apakah wajar kepimpinan tinggi PAS dan Majlis Syura menipu akar umbi??? Apakah PAS mampu berbuat “Damage Control”??? Kawan-kawan dalam PR iaitu DAP terutamanya pasti teruja dan sangsi dengan perbuatan ini.
Kaedah pertemuan ini saling tak tumpah seperti pertemuan Al-Marhum Ustaz Fadhil dan pimpinan ketika itu di Seri Perdana. Hasilnya perbincangan direkodkan dalam kaset dan menjadi senjata meranapkan PAS sehingga PAS hanya memenangi SATU kerusi parlimen. Bezanya tindakan Ustaz Fadhil ketika itu adalah atas dasar KEPENTINGAN dan MASLAHAT yang boleh dipercayai. Tahukah kita bagaimana Ustaz Fadhil dan gengnya menangani isu KIDU Kedah dengan berjumpa semua pihak dari pejabat tanah, Menteri Besar, Sultan Kedah, hatta berjumpa Anwar (TPM ketika itu) sendiri tetapi tidak pun sampai buat “Deal” terhadap kedudukan PAS dengan UMNO. Ingat peristiwa Memali, beliau “diminta” redakan isu Memali dan ketika itu semua dalam PAS tertumpu kepada keadaan TGHH di Rusila, takut-takut jadi Memali ke-2. Mungkin ada juga yang ingat bila ditanya kepada Ustaz Fadhil di manakah sumber dana PAS, lantas beliau menjawab, (lebih kurang bunyinya seingat saya) “DANA PAS ada di dalam kocek dan tangan orang PAS”. Tanyalah Bro. Anwar Ibrahim dan Kamaruddin Jaafar ketika itu masih berada dalam UMNO di mana isi perbincangan di Seri Perdana tersebut yang direkodkan dalam kaset dikaji oleh IKD tetapi Dr. Mahathir lebih jauh langkahnya mendedahkan isi perbincangan kepada parti bukan Melayu dalam BN (seperti MCA, Gerakan, MIC dll) sehingga PAS hampir langsung tidak mendapat sokongan kaum Cina dan India. CCC idea Nakhaie menjadi sasaran kekalahan teruk PAS, Nakhaie teruk dihentam di muktamar sehingga merajuknya beliau melarikan diri memasuki UMNO dengan jemputan Tun Ghafar Baba bersama yang bersimpati seperti Fuad Zarkashi, Che Johan Che Pa dll. Nakhaie dapat habuan jawatan YADIM sampai ke pencen…atau mungkin sampai akhir hayat. PAS jangan hilang fokus dan terkeluar dari matlamat DAKWAH. Setiap tindakan dan strategi harus DIDORONG DAN TERDORONG oleh matlamat DAKWAH. Janganlah perkiraan kerana KEDUDUKAN DAN KUASA dan isu kepentingan KEBENDAAN seperti projek kelapa sawit di Teregganu dll sehingga perlu sangat “Deal” dengan UMNO menjadi DORONGAN. Jangan buat projek kalau tak tahu dan melabur tak tentu arah. Cukuplah sejarah KoHilal, KOSIS dan duit-duit yang hilang dengan pelaburan-pelaburan yang telah lalu. Biarlah dana itu dari kocek orang PAS and dari tangan orang PAS sendiri kerana implikasinya tidak dapat digunakan menekan PAS.
Kenyataan PM amat strategik dan sudah pasti kini PAS menggelabar. Kaum bukan Melayu (Cina dan India dll.) pasti sangat sangsi kini. Lebih PENTING lagi ahli PAS di bawah dan Melayu atas pagar juga akan sangsi dan terkeliru. Lihatlah apa jadi pada Ikhwanul Muslimin Sudan sehingga kini tidak mendapat kepercayaan RAKYAT kerana tindakan Hassan Turabi secara senyap membuat perjanjian dengan John Garang sehingga isu tersebut digunakan Umar Bashier untuk meranapkan Ikhwan dan Hassan Turabi yang sehingga kini tidak berdaya kembali bangun kerana sokongan massa tergugat dan terkeliru. Lihatlah juga apa terjadi pada PPP di Indonesia sehingga kini tidak mampu terserlah seperti di bawah pimpinan Pak Natsir kerana kualiti kepimpinan John Naro berkongsi kuasa dan seterusnya berlunak dengan regim Suharto dan sibuk dengan bisnes dan projek sehingga massa memandang tidak ada bezanya PPP dengan GOLKAR. Kemudian lahir parti Islam yang berbagai-bagai di Indonesia selepas kejatuhan Suharto. Kini lahirlah PKS menawan hati rakyat Indonesia kerana USRAH dan DAKWAH nya melalui program kebajikan melalui PENGORBANAN masa, tenaga dan wang ringgit pendokongnya yang walau kecil menjadi “KING MAKER” dalam persada politik Indonesia. PAS mesti menjadi “KEY PLAYER” atau paling tidak “KING MAKER” kerana dengan demikian PAS akan sentiasa dapat dilihat istiqamah dengan dasar dan polisinya menyampai DAKWAH ISLAM dan mahu melaksanakan ISLAM. Sahabat saya dari Indonesia pernah berbicara, politik menggunakan Islam lebih mudah dari yang politik berlandaskan Islam. “Deal”nya bisa terjadi melalui proksi di mana adanya. Tidak perlu hadir baik di dalam negeri atau di London kerana Dollar$ dan ongkosnya sudah tersimpan di London, Singapura mahu pun di Dubai. Itu politik di Indonesia, katanya. Apa sama di Malaysia?
Jawatan adalah antara tawar menawar di antara kedua UMNO PAS nanti. Lazimnya UMNO pasti mahukan PM dan TPM beri kepada PAS serta lain-lain jawatan. TGHH adalah orangnya bagi TPM tetapi mana mungkin kalau beliau akan disakit jantung dan membuka ruang kepada Timbalan Presiden PAS. Ingatlah misi UMNO terlalu licik setiap sudut dan berbagai dan mereka kenal siapa itu siapa dan PROFILING mereka lengkap.
Saya memohon kepimpinan PAS berwaspada dan perhatikan POWER BROKER di kalangan PAS dan di luar PAS. Antara lain:
1. Kalangan NGO terutama NGO “Melayu/Islam” – mereka mendapat peruntukan kerajaan apakah percuma saja!!! Mesti ada pulangan kembali kepada kerajaan (UMNO/BN).
2. Kalangan ahli dan kepimpinan PAS yang semakin tidak relevan – mereka mempunyai masalah peribadi baik kewangan, projek atau masih mahu berada dalam “limelight” atau “mainstream” politik Malaysia.
3. Kalangan bekas Pegawai Kanan Kerajaan yang telah bersara, mengimpikan jawatan selepas pencen yang tidak dapat menduduki jawatan Pengarah syarikat-syarikat GLC dan kerajaan negeri.
4. Kalangan pemimpin PAS yang pernah merasa memegang kuasa negeri dan menjadi pengarah dalam syarikat milik kerajaan negeri. Menjadi Pengerusi dalam syarikat kerajaan negeri dan Exco negeri telah memberi keselesaan dan habuan yang hilang kini.
5. Kalangan pemimpin PAS yang memiliki masalah peribadi baik kewangan,sejarah hitam atau skandal yang memaksa mereka berperanan menjerat PAS.
6. Kalangan ex-UMNO dalam PAS. Memanglah kena berbaik sangka tetapi tidak salah berwaspada/hazar.
Matlamat terakhir kalangan mereka di atas, lazimnya adalah habuan jawatan, projek atau dibebaskan dari tindakan undang-undang atau diaibkan semata-mata.
Saranan TGNA adalah tepat buat ketika ini dengan suasana politik yang ada. Pergilah berjumpa secara peribadi dan sampaikan Islam. Pernah satu ketika TGNA ditempelak dengan kenyataan di media oleh seorang kepimpinan PAS bahawa (lebih kurang bunyinya) “I am only answerable to PAS President and its council”. Kalau sesiapa pernah berada di kalangan orang UMNO dan pemimpin mereka maka sukar bagi kita orang PAS mempercayai mereka (orang UMNO). Tanyalah Dato’ Seri Anwar dan Kamaruddin Jaafar.
Ingat tak ketika UMNO kuat, mereka tergamak melakukan apa saja contohnya seperti Memali. Mereka cekap merencana sehingga boleh terkeliru kita dibuatnya dan hanya Allah sahajalah yang menyelamatkan pihak yang benar. Apakah masih boleh bertahan mereka-mereka yang BENAR BENAR IKHLAS DENGAN ISLAM dalam PAS sebelum berlaku seperti kesilapan Ikhwan Sudan dan lahir seorang seperti John Naro yang boleh membantutkan arah tuju perjuangan PAS sebagaimana musnahnya arah tuju perjuangan PPP di Indonesia. Mungkin kejayaan parti Islam AKP di Turki pimpinan Erdogan boleh dijadikan contoh di mana kejayaan mereka adalah sokongan majoriti yang mengambil proses yang panjang dengan Parti Refah diharamkan dan PM Erbakan digulingkan tentera. Erdogan juga pernah didakwa untuk disekat kepimpinannya. Akhir kata saya memohon maaf sekiranya ada tersilap kata dan terlanjur bahasa. Orang bawah seperti saya bukan pandai menulis tetapi saya gagahkan kerana resah dengan keadaan PAS sekarang ini. Ingatlah jalan ke syurga itu penuh onak dan duri.
Akar Umbi PAS
Salam untuk semua.
ReplyDeleteSaya yakin dan percaya kepada kepimpinan ulamak yang sedang memimpin PAS sekarang.
Apakah kerana kepentingan Islam kita tidak boleh mendekatkan diri dengan musoh??. Dalam perang politik demokrasi 'musoh hari ini adalah kawan hari esok' barulah kita menang.
TETAPI kalau 'kawan hari ini, musoh hari esok' kita kalah.
DAN kalau kita 'bunuh musoh hari ini' kita juga akan kalah. Kerana kita pasti tidak dapat undi darinya.
BERBEZA dengan perang konvesnal, membunuh musuh itu adalah kemenangan.
Wah..panjang bebenor komennya Anonymous (akar umbi pas!)
ReplyDeleteSori,gua tak baca abis pun komen lu,ada yg gua setuju ada jugak yg tak!Ntah,gua dah cakap..gua baca tak abis!
Gua tak register mana2 parti politik!Tp bab sokong menyokong ni,'benda' tu ada dlm diri.Ini soal dalaman..bg gua tak perlu nak cakap..."Oi..gua org PAS/UMNO/PKR!".Tp..bab Melayu/Islam,diri sendiri yg kena decide!Apa pasal nak serah kat parti politik?!Sbb diorang ada kuasa?Aiyo...
Soal bermuzakarah!Utk soal isu Melayu/Islam?Yang gua pelik lg heran,kenapa soal tu dimonopoli oleh parti2 politik?Honestly gua tak setuju if gua pnya 'ke-melayu-an'/'ke-islam-an' "di-wakili" oleh puak2 politik ni!Pelik tp benar,kebergantungan kita terhadap parti2 poltik mmg menggila!Cuma..problemo-nya,ada ke entiti yg boleh decide secara mutlak pasal Melayu/Islam?Raja2 bleh kot?!Ntah..
Patutnya,kalau nak pertahankan Melayu/Islam dari dulu2 lg...sblm nak laung "MERDEKA... MERDEKA.. MERDEKA" tu.Masa nk bikin perlembagaan tu.Ni perlembagaan pun boleh dicabar!Hak Melayu/Islam boleh dicabar menggunakan Law!
Lagi soal bermuzakarah!PAS kata dulu dah kena 'main-belakang',dah tu nak sembang apa lagi?Nak runding,"Ok..kalau kita (PAS) join UMNO,berapa kerusi kita dapat?Apa jawatan untuk kita?" Come on la...Self defend tu takde ke?PAS baik pertahan Kelantan je la.Sana pun Ok gua tgk!
Udah ler..tulis panjang2 sapa nak baca?!Pulak tu,kita melalak..sapa nak dengar?!
Kita yg duk menulis ni,utk lepas geram je!At least lg baik dari duk membarah,boleh la juga lepas geram...
p/s;Sori, Tuan Punya Blog...Emo skit!
Ops..Tuan Punya Blog!
ReplyDeleteWalaupun gua suka baca tulisan panjang2 mcm tulisan Syed Hussin, Tp,malangnya..pada 4.06pm td,gua dah ter-add lu punya link kat blog gua..
Adalah lebih afdal lu pun add gua punya LINK!
Haha
oi UMNO bagus ko berguru dengan saya !! Tanpa saya siapalah kau...
ReplyDeleteYang Benar,
chedet
Salam Aflah...
ReplyDeletePanjangnye komen kat atas tu, dan memeningkan. Of course, dalam panjang2 tu ade yang 'manis' dan ade yang 'pahit'... Tapi, malangnye, x semua org bace...
Hmm, ok, berbalik pada artikel Aflah, "PAS kini adalah pemain utama politik Malaysia"...? Wow! Satu kenyataan yang berani dan mendebarkan... xde orang nak komen pasal tu ker? hehehe...
Yang kedua...
'Anon' yg pertama tu asyik becakap pasal dia tu ahli PAS 'akar umbi'... Did he/she/it think that kalau Majlis Syura PAS dah bersidang, dan telah membuat keputusan berlandaskan nas2 serta dalil2 dan hujjah yang tertentu, pandangan ahli akar umbi (konon) tu akan dipertimbangkan? The answer is NO! Thats why the council called "MAJLIS SYURA ULAMAK"... bkn senang2 nak layak jd ahli tue...
p/s:Aflah, i think u should comment on this too...hehehe! And...thanx...sangat byk terhutang budi ngan awak ;)
nah tengok, umno dah berjaya menghuru harakan emosi akar umbi pakatan rakyat. apa PAS nak bincang lagi ngan setan dan iblis ? Persetankan mereka!!
ReplyDeleteSallam
ReplyDeleteAda 3 badud dalam Pas yang perlu disingkir:
1.Hadi 2.Mustapha 3.Nasaruddin
Pemimpin pergi dan pemimpin datang. Dato Asri mati sebagai ahli umno dan 3 badud boleh mengikutnya.
Tahniah buat Tuan Guru.
chedet
salam nur,
ReplyDeletewa rasa u ni mole umno. xde topic yang panas, semuanya hambar belaka.