Malaysiakini melaporkan, tiada demontrasi pun yang berlaku di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini. Sebelum ini terdapat ura-ura yang menyatakan satu demontrasi akan diadakan oleh penyokong PAS untuk membantah muzakarah antara PAS dan UMNO.
Menurut Malaysiakini lagi, demontrasi tersebut dibatalkan setelah Majlis Syura Ulamak PAS membuat keputusan untuk menggantikan muzakarah tersebut dengan program ‘bersemuka’ sahaja.
Pada saya, eloklah pihak-pihak yang berhasrat mengadakan demontrasi tersebut membatalkan sahaja niat mereka. Daripada mereka sibuk mengadakan demontrasi anti muzakarah, lebih baik mereka menganjurkan demontrasi membantah kenaikan harga petrol.
Sekarang ni, protes membantah kenaikan harga petrol macam ‘dah mati’ je. Dah berapa banyak tandatangan rakyat yang PROTES dah berjaya kumpulkan? Kalau dah cukup, bila nak adakan ‘acara menghantar petisyen’ tersebut? Ingat sikit! kedudukan ekonomi negara ni dah makin parah.
Berbalik semula ke episod muzakarah ni, saya terbaca dan tertarik dengan pendapat Tay Tian Yan di laman portal My Sin Chew. Beliau telah memberikan 4 sebab kenapa PAS bermuzakarah dengan UMNO.
Saya rasa, elok semua membaca pendapatnya itu dengan klik di sini.
****************************************************************************
Nur Aflah :
Kepada semua pembaca setia blog ini, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana beberapa minggu dari sekarang, saya terpaksa menumpukan perhatian terhadap ‘Projek Wakaf Buku dan Kempen Jom Beli Buku peringkat negeri Melaka. Insya’ Allah, jika ada kelapangan, saya akan menulis lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
1 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Salam Aflah...
ReplyDeleteKomen MySinchew tu ada betulnya... Cuma berkenaan keraguan terhadap kekuatannya dan isu 'dominan' atau tidak PAS dalam PR itu saye rase kurang tepat...
PAS memiliki kerusi negeri paling banyak antara ketiga2 parti 'komponen' PR (kalau bleh disebut komponen). Dan ini pada saya menunjukkan yang PAS lebih mendominasi... Cume, PAS yg terkenal dgn sifat 'murah hati'nya itu yang telah membuatkan HARI INI BEGINI...
Saya masih lebih berminat pada PAS berbanding parti2 yang lain oleh kerana setakat ini, saya ulang SETAKAT INI, PAS masih memegang 'track record' yang baik...
Dan kepada pemimpin serta penyokong PAS... Dont spoil it plizzz... ;)
p/s:Aflah, x menulis pjg2 xpe, jgn senyap dan sunyi terus...Aflah buka le tajuk je ker...pastu kite sesame komen sikit2...amcm? Boring la nanti... kih! kih! kih!