JAWAPAN BUAT PARA PEMBACA BLOG INI : Part 1

Salam buat semua pembaca blog ini...

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada Suealeen atas ilmu yang anda sumbangkan di blog ini. I really appreciate it. Moga-moga ilmu yang anda sumbangkan itu dapat memberikan manfaat buat semua pembaca `blog ini.

Untuk penganut kristian yang membaca blog ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kerana anda berminat untuk membaca blog ini.

Saya menerima banyak e-mail dari penganut kristian yang bertanyakan tentang Islam dan untuk berlaku jujur, saya sendiripun sedang dalam proses mempelajari dan mendalami Islam kerana saya berasal dari keluarga Baba Nyonya yang berpegang kepada ajaran Budha. Sejak kecil saya di asuh dengan budaya Melayu Peranakan sehingga keluarga kami sendiri tidak tahu berbahasa Cina. Tetapi, saya berminat dengan Islam setelah saya membaca kisah Sumaiyah, seorang ibu tua yang sanggup berkorban demi menegakkan nama Allah yang satu. Kisahnya telah menyentuh hati dan jiwa saya.

Saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua komen dan e-mail yang dihantar kepada saya. Insya Allah, saya akan membalasnya satu persatu.

Untuk permulaan ini, saya harap kita semua dapat memahami isi kandungan video ini kerana ianya menerangkan Islam dari perspektif Kristian:













Semoga kita sama-sama mendapat ilmu melalui video ini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. assalamualaikum cik nur,
    alhamdulillah saya bertemu nur walau pun tak di luar tapi di sini. syukur padaNya...

    sebenarnya jiwa saya yang teramat kecil ini menggetar bila mencari-cari kebenaran di dalam kebanyakan web. sehingga kini kakitangan masih menggeletar.

    subhanAllah.. amat gembira dengan cerita Yusuf Islam dan juga Yusuf Estes. mungkin boleh kiranya kita bertanyakan juga YB Idham Lim/Ustaz Ravi/Ustaz Ridhuan Tee Abdullah (sekadar menyebut beberapa nama).

    melihat dengan hikmah yang diberikan Tuhan Yang Satu, bacalah dengan mata hati, jangan sekadar analisis guna akal tapi juga dengan al-Quran & Hadith. moga kita tergolong dalam golongan yang terpelihara iman dan Islam hingga ke akhir hayat insyaAllah...

    moga persahabatan berkekalan insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. nur - "...Untuk penganut kristian yang membaca blog ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kerana anda berminat untuk membaca blog ini..."

    xperlulah ucap terima kasih, cik nur. Blog kamu ni sedap dibaca, lagipun sukar nak dicari kaum hawa yang beminat dengan agama dan politik ...:P

    Terimakasih kerana membuka ruang untuk diskusi sebegini...mudah mudahan melalui perbincangan dan pertukaran pendapat, dapatlah merapatkan jurang diantara kita yang berbagai kaum, agama and laterbelakang sosial...

    tak kenal maka tak cinta, ya?

    KaKiaYam

    ReplyDelete
  3. kakiayam,
    bukan nur sorang je minat politik yang of course akan dikaitkan dengan agama... saya pun sama.

    and hey, your malay is quite good huh!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.