JAWAPAN UNTUK ‘Anonymous’.

Saya ingin menjawab komen daripada seseorang yang masih lagi terus tidak mahu memberitahu namanya dan lebih suka bergelar ‘Anonymous’.

Komen dari beliau ialah :

wa dah cakap.... blog lu ni punca org fitnah2.. org maki2... klu betul lu nak berdakwah... cari jalan lain yg lebih bermakna... wa ni x pandai sgt cik aflah oi... kita memang ada kebebasan bersuara tp lu kena cr jln yg membuatkan lu x disoal di akhirat kelak atas apa yg lu wat skrg...lu nampak remeh je. wat artikel, pas2 publish..tp lu x tau yg benda 2 x betul...pas2 org ramai discuss sambil fitnah2.. yg berdosa lu coz lu menjadi punca or "mastermind".... nampak kasar ckit ni.. tp wa nasihat je... yg x letak nama dlm comment 2 bkn nak lepas2 atau sorokkan tangan.. tp lebih kepada sembunyi identiti.. lu jgn risau aflah.. wa sentiasa cacth up apa yg lu tulis supaya lu tau apa maksud fitnah, gosip, n kebenaran.....

Jawapan saya :

1) Sehingga kini, selepas saya memintanya menyenaraikan fitnah yang saya bawa, insan yang menulis itu masih lagi tidak dapat membuktikan mana satu tulisan saya yang berbentuk fitnah.

2) Memang benar tulisan saya agak keras bila menentang perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Misalnya bila saya menulis tentang Harian Metro kata penulis blog harus dipersalahkan. Sebagai umat Islam, kita perlu menentang kebathilan samada dengan tangan, mulut ataupun hati dan saya memilih untuk menggunakan tangan dengan cara menaip (menulis).

3) Jika anda dipihak yang benar, kenapa anda perlu menyembunyikan identiti anda? Apa yang ada takutkan? Sepatutnya anda harus berani menyatakan identiti anda jika anda di pihak yang benar.

4) Saya tidak mahu menapis sebarang komen yang keluar di blog ini atau menghalang sesiapapun dari menghantar komen mereka di blog ini kerana saya sentiasa beranggapan, pembaca blog ini sudah cukup matang untuk menilai mana satu yang benar dan mana satu yang salah. Tanggungjawab kita hanyalah menyampaikan kebenaran dan soal ianya diterima atau tidak, itu bukan masalah kita.

5) Pada saya, sesiapapun tanpa mengira latarbelakang bangsanya, pendidikannya, politiknya dan kerjayanya harus berani menyatakan kebenaran berpandukan kepada kemampuannya. Bukankah kita dituntut oleh Nabi SAW agar belajar sehingga akhir hayat kita dan sudah tentu, dalam proses itu, kita akan melakukan salah dan silap. Seharusnya kita semua bersama-sama belajar dan sama-sama mengingatkan antara satu sama lain.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. anonymous....
    1)bkn setakat fitnah je yg lu bawa..tp lu PENCETUS fitnah di kalangan pelawat2 blog lu....2 yg wa maksudkan..(wa dah cakap.... blog lu ni "punca org fitnah2".. org maki2... klu betul lu nak berdakwah... cari jalan lain yg lebih bermakna... wa ni x pandai sgt cik aflah oi... kita memang ada kebebasan ).........FAHAM? lu kena tanggung syg....

    2)wa sokong lu untuk menegakkan kebenaran... tp apa yg lu wat kena ada "fakta" dan fakta 2 x termasuk dlm kelompok gosip atau fitnah.. banyak lg cara lain yg boleh lu wat utk lu berdakwah..berlandaskan hadis n AlQuran...klu betul2 lu nak berdakwah... lu kena pecahkan antara agama n politik... 2 baru perjuangan suci.. wa xnak org mcm lu gunakan agama utk politik. Agama 2 suci n politik 2 kotor... FAHAM?

    3)Soal identiti x jd masalah sayang oi... Lu kena pikir apa yg wa tulis... bukan peribadi gua... mcm wa..wa xde nak soal peribadi lu. cuma wa nak tgk apa yg lu sampaikan..... ada bercanggah atau x? FAHAM?

    4)"Tanggungjawab kita hanyalah menyampaikan kebenaran dan soal ianya diterima atau tidak, itu bukan masalah kita."
    ni ayat lu....
    wa bls...
    wa x nampak sume yg lu sampaikan ada kebenaran..cthnya ttg saiful.. lu ckp surat 2 dari dia..ada bukti? selepas lu dedahkan surat 2 (yg x tau ada kebenaranya)lu nak lepas tgn?bukan masalah lu? selepas pembaca comment maki2 n mencipta fitnah..... wa bkn sokong saiful.. tp wa tgu keputusan mahkamah. 2lebih adil...betul? FAHAM?

    5) Pada wa...memang sume ada hak utk bersuara.. sampaikan KEBENARAN...tp ingat hadis ni..JGN KAMU BERKATA-KATA TENTANG ORG LAIN WALAUPUN PERKARA ITU ADALAH BENAR DAN BAIK......
    kita ni ada batasnya...
    jgn main hembus..
    sori atas segalanya...
    ni pesan lu aflah"Seharusnya kita semua bersama-sama belajar dan sama-sama mengingatkan antara satu sama lain"...
    wa terlibat sama dgn sume ni.. wa blaja n ingtkan lu... tp terserah pada lu utk lu terima INGATAN dr wa ni...


    * org yg plg melampau adalh org yg menjawab "SUKA HATI LAH, KUBUR LAIN-LAIN" apabila di nasihati....

    ReplyDelete
  2. Nur Aflah,

    teruskan usaha anda.
    negara kita malaysia memang memerlukan blog macam ni kerana boleh membangkitkan mereka yang sedang nenyak tidur dan mereka yang baru nak tertidur.

    Dalam kehidupan kita didunia ini sebenarnya kita tak boleh lari dari fitnah, dan kadang kadang fitnah itu bukan semata mata fitnah bahkan ada betulnya juga.Jika kita dapat menangani fitnah/kritikan maka tanda-tandanya kita mula keluar dari sangkar kotak yang selalu membelenggu otak hingga kita tidak boleh berfikir jauh. Gosip yang membina itu lebih mulia dari buat gosip jaga tepikain orang. Wahai teman teman keluarlah dari kotak dan pandanglah dunia yang luas ini dengan minda yang terbuka!!!!.

    M.N.Aiman.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.