BILA ISU KECIL DIPERBESARKAN | Malaysiakini


Entah apa sebabnya, insiden Carburetor Dung di himpunan PROTES ahad lalu masih lagi sibuk diperkatakan oleh pelbagai pihak. Lebih malang lagi apabila isu ini telah berjaya menenggelamkan misi utama perhimpunan tersebut diadakan.

Pada saya, mereka yang bersalah dalam insiden tersebut telahpun meminta maaf secara terbuka. Pihak penganjur sendiri telah mengakui kelemahan mereka dalam menguruskan format baru demontrasi di Malaysia. Tentunya pihak penganjur telah dapat mempelajari sesuatu daripada insiden tersebut.

Sewajarnya semua pihak yang menyokong PROTES tersebut telah dapat memaafkan mereka dan berharap insiden tersebut tidak akan berulang lagi di masa-masa yang akan datang.

Jangan sesekali kita biarkan insiden tersebut melemahkan semangat kita untuk terus berjuang menuntut pihak kerajaan menurunkan harga minyak dan mengkaji semula pakej subsidi minyak agar semua pihak (rakyat miskin, peniaga, pelabur luar, petani, nelayan, pekerja ladang dan sebagainya) tidak terus terbeban sepertimana yang sedang dialami sekarang.

Semalam, tanpa berselindung lagi, Puan Gabenor Bank Negara telahpun menyatakan kadar inflasi negara kita sudah mencecah 6% berikutan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak. Lebih malang lagi, beliau turut menjangkakan kadar pertumbuhan ekonomi negara untuk tahun ini lebih rendah daripada kadar inflasi negara dan akhirnya ekonomi negara ini akan mengalami stagflasi.

Stagflasi boleh membawa kesan buruk untuk ekonomi negara seperti :

1) Pertambahan kadar pengangguran
2) Aktiviti ekonomi menjadi lembab
3) Matawang negara menjadi lemah
4) Produktiviti menurun
5) Defisit belanjawan negara bertambah


Kita sememangnya mengakui yang salah satu sebab kadar inflasi meningkat secara mendadak di seluruh dunia sekarang adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak mentah dunia. Bagaimanapun, 30% harga minyak dunia sekarang adalah disebabkan oleh permainan spekulasi. Ini bermakna, harga minyak dunia bukan berada pada nilai sebenar. Keadaan bertambah buruk apabila urusan jual-beli minyak dunia menggunakan Dolar Amerika yang sedang berada di bawah nilai sebenar.

Ramai pihak yang menentang keputusan kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak adalah disebabkan oleh :

1) Kesan langsung kenaikan tersebut terhadap kadar inflasi negara.
Jika pada Mei 2008 kadar inflasi negara berada pada tahap 3.8%, pada bulan Jun pula, kadar inflasi terus meningkat hampir sekali ganda kepada 6.2%. Di sini kita dapat melihat betapa besar kesannya kenaikan kadar inflasi negara disebabkan oleh keputusan kerajaan itu. Ternyata rebet tunai RM 625 daripada pihak kerajaan itu tidak dapat membantu mengurangkan peningkatan kadar inflasi negara.

2) Kos perbelanjaan mengurus kerajaan bertambahBiarpun kerajaan dapat menjimatkan sejumlah wang dengan memotong subsidi minyak, namun penjimatan tersebut tiada nilainya kerana peningkatan kos yang disebabkan oleh peningkatan inflasi akan menyebabkan perbelanjaan kerajaan bertambah. Contohnya, kerajaan sendiri terpaksa memerlukan peruntukan tambahan sebanyak 30 billion untuk menjayakan RMK9 kerana peningkatan kos.

3) Kadar kemiskinan bertambahJika pada tahun 2007, kerajaan boleh berbangga dengan kejayaan menurunkan kadar kemiskinan sehingga 2%, namun kesan kenaikan kadar inflasi akan menyebabkan lebih ramai warga Malaysia yang menjadi miskin tegar atau miskin relatif. Penduduk kawasan bandar yang akan terjejas teruk kerana kos sara hidup di bandar memang tinggi. Bukan mudah untuk kerajaan menangani kes kemiskinan bandar berbanding kes kemiskinan di luar bandar.

Bersambung …
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Assalamualaikum,

    1. Isu Carburator Dung harus dilupakan. Semua pihak telah menyatakan alasan masing-masing. Justeru ianya tidak perlu dipanjangkan.

    2. Isu ekonomi negara memag wajar dijadikan perkara pokok. Bukannya isu liwat, bukannya isu pembunuhan Altantuya. Kedua-dua ini sedang melalui proses keadilannya yang tersendiri.

    3. Rakyat, Kerajaan, para NGO serta ahli politik dari pelbagai ideologi harus memainkan peranan masing-masing untuk memastikan bahawa keadaan ekonomi negara tidak terjerumus lebih teruk dari keadaan sekarang.

    ReplyDelete
  2. Kadar inflasi sebenar jauh lebih tinggi dari apa yg di umum oleh Dr.Zeti,ini adalah kerana Dr.Mahathir telah memanupulasi cara pengiraan nya semasa krisis ekonomi 1997 dulu,bagi membenarkan kadar faedah tidak di naikan,utk menyelamatkan kroni beliau.Pengurusan ekonomi negara sepatutnya mengunakan teori ekonomi Kynes & Smith,tetapi Malaysia telah mengunakan teori dr perubatan.Sebab itu inflasi tidak terkawal.

    Mahahtir sebenarnya adalah pemusnah sebenar ekonomi Malaysia.Beliau memakai prinsi perubatannya iaitu,demi menghalang sakit,pembedahan misti di lakukan dan di sesuikannya dlm pengurusan ekonomi Malaysia, dgn kaedah demi mencapai cita-cita meganya,belanjalah berapa saja tanpa membuat cost benafits analysis dan buat lah apa saja walau bercangah dgn teori ekonomi.

    Kerana kadar faedah yg rendah,inflasi meningkat,dan rakyat pula berlumba-lumba berhutang.Dgn kos sara hidup yg tinggi sekarang,banyak hutang yg tidak dapat di langsaikan lagi,dan tunggu lah,hutang-hutang ini akan membebankan bank dan akhirnya membawa malapetaka sekali lagi kepada sisitem kewangan negara.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa anda perlu baca buku baru Joseph Stiglitz "Making Globalization Work (2007) supaya anda akan terbuka minda untuk menerima dasar dan strategi ekonomi Dr.Mahathir. Kalau bekas Presiden Tabung Matawang Antarabangsa (IMF), yang juga penasihat Ekonomi Presiden Clinton dan Bekas Naib Presiden Bank Dunia, itu mengakui dan mengiktiraf tindakan Dr.Mahathir, saya rasa, kalau sekadar ahli ekonomi kampung tak perlu mepertikaikan kebijaksanaan Dr.Mahathir dalam menangani ekonomi negara. Malahan, sekiranya Dr.Mahathir di lantik sebagai Presiden Bank Dunia dan IMF, dunia keseluruhnya akan menjadi lebih sejahtera, negara miskin mampu bersaing dengan negara kaya dan sama-sama menikmati kekayaan dunia. Bacalah, dan buka minda kita...jangan menyalak tak tentu hala. Dr.Mahathir might have his weaknesses, but he is a Thinker and a brilliant Economist.

    ReplyDelete
  4. DR.M, Thinker and brilliant economist?.Jadi apsal selepas 22 tahun pemerentahan beliau mengapa Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding S'pore dan HK,Malaysia jadi salah sebuah negara banyak yg hutang,sedangkan Malaysia mempunyai sumber semula jadi yg cukup tinggi,berbanding dua negara tersebut.Salah siapa,atau Mahathir terlalu pandai ekonomi pelungkup?.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.