PERALIHAN KUASA : NAJIB BELUM SELAMAT | Malaysiakini
Analisis
,
Berita Harian
,
Bernama
,
Malaysia Today
,
Najib Razak
,
Pak Lah
,
Peralihan Kuasa
,
Perdana Menteri
,
PM ke 6
,
Politik
,
Putera UMNO
Selepas pertemuan dengan ketua-ketua bahagian Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010.
Memetik laporan Malaysiakini, Pak Lah berkata "Peralihan kuasa bermula dengan apa yang umumkan hari ini. Dalam jangka masa itu, saya akan bertanding jawatan presiden parti dan saya telahpun nyatakannya kepada Datuk Najib (untuk bertanding presiden)”
Secara peribadi, saya menghargai keputusan Pak Lah untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri setelah beliau menerima pelbagai kecaman samada dari dalam dan juga luar parti (UMNO). Bagaimanapun, tempoh peralihan kuasa itu masih lagi lama untuk direalisasikan. Pak Lah masih mempunyai masa 2 tahun lagi. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku kerana dalam percaturan politik, tiada apa yang mustahil. Contohnya, Anwar dulu pun pernah dijanjikan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Mahathir. Malah Anwar pernah memangku jawatan Perdana Menteri selama 3 bulan. Tapi akhirnya Anwar disingkirkan oleh Tun Mahathir jugak.
Mungkin pendekatan Pak Lah tak sama dengan Tun Mahathir tapi Pak Lah sendiri pun pernah memungkiri janji politiknya dalam manifesto PRU 12 dulu. Manifesto tersebut secara jelas menyebut tarif elektrik tidak akan dinaikkan, tapi lepas 100 hari, janji tinggal janji. Malah dalam kes harga minyak pun, sekejap kata bulan Ogos, tup…tup, esok naik 41%!
Persoalan yang timbul sekarang :
1) Kenapa pengumuman peralihan kuasa itu dibuat 2 tahun lebih awal?
2) Adakah pengumuman tersebut dibuat untuk mengelakkan perebutan jawatan Presiden UMNO pada bulan Disember ini?
3) Adakah ini strategi terbaru Pak Lah untuk mengekalkan kerusi presidennya?
4) Adakah Pak Lah sudah tidak mampu membendung desakan dan permintaan daripada ahli-ahli UMNO yang mahu dirinya berundur?
5) Adakah Pak Lah ingin mengelak daripada ditewaskan oleh undi tidak percaya di Dewan Rakyat kelak?
Malam tadi, saya sempat berbual dengan beberapa orang rakan yang ‘berjawatan kecil’ dalam UMNO. Kebanyakkan dari mereka berpendapat, pengumuman Pak Lah itu berkait-rapat dengan pemilihan UMNO Disember ini dan juga krisis yang sedang melanda timbalannya, DS Najib.
Semua orang tahu yang DS Najib sedang diasak dengan kes pembunuhan Altantuya. Kes tersebut sedikit-sebanyak telah menggugat kredibiliti DS Najib. Malah, hasil tinjauan yang saya buat di laman blog ini juga menunjukkan 90% pembaca blog ini percaya yang DS Najib terlibat dalam kes tersebut. Mahu atau tidak mahu, DS Najib terpaksa menghadapi isu ini dan mencari jalan untuk membersihkan namanya sebelum bergelar Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.
Untuk menjadi Perdana Menteri yang berkaliber, DS Najib perlu menyakinkan hati rakyat Malaysia dan juga negara-negara luar yang beliau telah benar-benar bersih daripada segala pertuduhan yang dibuat terhadap beliau. Jika rakyat tidak yakin, tidak mustahil Barisan Nasional akan ditumbangkan oleh Pakatan Rakyat biarpun tanpa pengaruh DS Anwar. Bukan mudah untuk DS Najib mengembalikan keyakinan rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jika diamati keputusan Pak Lah itu, memang wajar Pak Lah memberi sedikit ruang waktu bagi DS Najib berkempen membersihkan namanya.
Dan jangan terlupa, DS Anwar pula sedang bertarung dengan waktu untuk merampas kerusi Perdana Menteri Malaysia. Kini DS Anwar sedang menjelajah ke seluruh negara untuk menarik perhatian rakyat dan sudah tentu nama DS Najib tidak akan terlepas dari isi-isi ceramah beliau. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam tempoh setahun ini.
Fikir-fikirkanlah…
Salam Nur,
ReplyDeletePeralihan kuasa yang sedang rancak diperkatakan adalah agenda politik UMNO sendiri. Apakah UMNO sahaja memiliki hak untuk jawatan PM, DPM dan seterusnya?.
Sistem demokrasi di negara kita tidak mengizinkan RAKYAT untuk membuat pilihan terus bagi melantik calon yang betul-betul 'genuine' untuk jawatan jawatan tersebut. Keinginan rakyat untuk pembaharuan dapat dilihat menerusi tinjauan yang saudari Nur lakukan di blog ini.
Malahan dikalangan pemimpin pemimpin muda UMNO sendiri mahukan pembaharuan kepada pucuk pimpinan tetapi kuasa yang ada pada pucuk pimpinan dapat mengekangkan kemahuan ini.
Selepas PRU12 dulu berlaku pergolakkan yang amat ketara didalam UMNO sendiri. Akibat daripada ini terbongkarlah segala kudis dan pekong ahli-ahli pucuk pimpinan UMNO. Gejala rasuah dan penipuan masih lagi bermaharaja lela di kalangan mereka.
Apakah rakyat masih mahu menjadi mangsa kerakusan ahli-ahli politik ini? Saya rasa tidak, tetapi kita tiada pilihan kerana sistem demokrasi negara ini akan terus menjadi alat untuk menipu rakyat.
Saya sendiri tidak pernah membenci UMNO, tetapi saya amat benci sekali kepada individu individu yang tak bertanggung jawab di dalamnya.
Salam.
Phrase ni selalu disebut oleh orang2 politik terutama didalam umno "siakap, senohong, gelama, ikan duri....cakap bohong lama2 jadi menteri"
ReplyDeleteJadi apa nak heran kalau Paklah menipu dan tak salah kalau dia digelar "Abdullah The Great Liar". Memang menjadi tradisi ahli2 umno..dulu, kini dan selama2nya membohong all the way up.
Paklah ada agenda sendiri, ini pendapat saya, Najib memang akan tersabit dengan kes Altantuya maka vacant lah post DPM. DSAI sudah tentu akan berjaya dalam saman against his illegitimate firing from DPM & MoF posts by Mahadir. Maka Paklah takde pilihan kenalah reinstate DSAI ke post DPM & MoF semula, 2 very senior posts. Wat next is everyone guess.
Matter of fact, behind the scene Paklah and DSAI is working on ultimatum before the smooth handing over of power to DSAI could take place.
Saya mungkin salah tetapi itu jalan keluar yang terbaik kepada masalah yang membelenggu kita sekarang.
Peranan Ezam hampir telah dilupakan tetapi dia bukan calang2 orang. Dia merupakan orang kanan dan paling hampir dengan DSAI semasa DSAI masih didalam umno lagi. Masakan sedikit "salah faham" didalam PKR dia terus berseteru dengan DSAI. Tak logik. Jadi kemasukan dia semula kedlm umno mesti ada misi yang DSAI dan Paklah saja yang tahu, besides Allah SWT.
Jadi sama2 kita berdoa agar Allah SWT menganugerahkan kita dengan bakal pemimpin yang bersih dan benar2 berjiwa rakyat supaya masa depan anak2 kita terjamin.
Saya amat risau akan datangnya hari Najib mengambil alih kuasa. Tentu hancus negara ini!
ReplyDeleteIni lah bodohnya rakyat Malaysia,PM mereka ditentukan oleh seseorang bukan di pilih secara demokrasi oleh seluruh rakyat.Bagaimana Malaysia mahu maju kalau begini berterusan.Apakah Najib yg terbaik?.Tentu sekali tidak,apatah lagi yg membuat pilihan itu adalah Pak Lah.
ReplyDeleteBangkitlah rakyat Malaysia.Kalau mahu menjadi maju,ikut lah amalan negara maju,kalau kita terus berdiam diri,beginila jadi nya org yg bodoh dari kita akan memperkudakan kita.
Jun 2010. Pada masa itu nanti negara kita malaysia tidak dapat diselamatkan lagi.Kos sarahidup terus meningkat,kes rasuah,kes Jenayah makin meningkat. Harga barangan makin meningkat sehinggakan garam pun mungkin mencecah rm5 satu kilo. Ada apa keistimewaan dari najib untuk meneruskan pentadbiran negara yang sudah gawat dari segi semua sudut.
ReplyDeleteM.N.Aiman