NIK AZIZ DITUDUH TERIMA RASUAH KEK

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat terus menerima asakan Umno, kali ini didakwa menerima hadiah kek, seberat 10 kg bernilai lebih RM500, daripada menantunya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ketua pegawai eksekutif PMBK Abdul Ariffahmi Ab Rahman, ketika menjawat ketua pegawai operasi perbadanan itu, meluluskan pembelian enam kek bernilai lebih RM3,000 September lalu kepada enam pihak, kata ketua penerangan Umno negeri.

"Isunya bukan pada harganya tetapi bagaimana (beliau) beli hadiah untuk diri sendiri dan bapa mertua? Tidak bolehkah guna duit poket sendiri?

"(Perkara) ini saya fikir mungkin penyelewengan yang paling kecil berbanding dengan yang lain-lain, macam jerawat kecil yang sudah pecah," kata Datuk Md Alwi Che Ahmad, yang juga ADUN Kok Lanas, kepada Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, satu pihak yang enggan dinamakannya telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

"Perkara ini telah pun dilaporkan kepada mereka daripada seseorang (pemberi maklumat)," kata Md Alwi, sambil menggesa suruhanjaya itu menyiasat perkara berkenaan dengan segera.

Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan daripada Abdul Ariffahmi setakat ini belum berhasil.

Nik Aziz sebelum ini dipertikaikan berhubung pelantikan menantunya itu sebagai peneraju PMBK Oktober tahun lalu sehingga memaksa campur tangan beberapa pemimpin kanan PAS.

Susulan itu, Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan tersebut berkuatkuasa 23 Mac ini.

Pada 13 November lepas, suruhanjaya itu turut dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nik Aziz dan keluarganya mendapat tajaan haji daripada seorang ahli perniagaan yang bernilai ratusan ribu ringgit.

Menteri besar itu bagaimanapu membatalkan hasratnya ke tanah suci selepas media memainkan isu tersebut. [Malaysiakini]






-->




Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Salam..apa dh jd dgn mentaliti melayu abad ini?dh x mengaji ilmu agama lg dh ke smpai melalut-lalut isu kek ne?Tuan guru ne ada amek komisen beli kapal selam ke?Tuan Guru ne ada share dgn saham Genting ke?Ke Tuan Guru ne ada potong perbelanjaan k'jaan negeri dan masukkan dlm akaun isterinya ke?Atau Tuan Guru ne ada akaun rm10juta kt oversea ke?Klu dh xde modal sgt nk burukkan beliau,diam2 je la..Pd yg guna isu kek ni,cuba baca sirah rasullullah..Rasulullah x terima sedekah tp Rasulullah hanya terima hadiah..Krn sedekah itu adalah untuk umat2nya yg memerlukan,sebab itulah Rasulullah hanya menerima hadiah..Pernah seorang hamba ALLAH memberikan sedekah setalam kurma kepada Rasulullah tetapi Rasulullah tegas menolak pemberian sedekah itu..Keesokkannya hamba ALLAH itu menghadiahkan setalam kurma kepada Rasulullah,barulah Rasulullah menjamah kurma itu bersama para sahabat..Itulah akhlak Rasulullah dlm menerima pemberian..Salahkah tuan Guru menerima hadiah kek dari menantunya?Salahkah kita semua menerima hadiah dari ahli keluarga kita?Adakah jiran2 kita akan menyiasat dari mana datangnya duit untuk membeli hadiah itu?Itu namanya biadab,bkn lg bz body..Jgn nk samakan akhlak pemimpin korang dgn akhlak Tuan Guru..knp dlm isu duit PPPRT yg dijaga oleh pemimpin kamu,semua kamu menikus?ke dah amek share sorang sikit?Kek tu ,tuan guru makan sorang2 ke?Bukan jumlah duit yang jd isu,tp hati perut dan hasad tu korang dh jadikan crown dan pakai jd hiasan diatas kepala..Itu je yg aku nampak..

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.