“Kenapa kau tak tulis pasal kes bakar gereja?” tanya kawan saya ketika kami sedang berbincang hal perniagaan.
“Penting ke cerita tu?” balas saya.
“Kes panas apa! Semua orang sibuk cerita benda tu..” jawab kawan saya.
“Kau rasa siapa yang bakar gereja tu?” tanya saya lagi.
“Aku rasa ni mesti kerja budak upahan..”
“Apasal pulak?”
“Aku rasa aje.. tapi tak tahulah betul ke tidak..”
“So, kau rasa ada pihak yang upah orang suruh bakar gereja tu?”
“Member aku kata, budak-budak UMNO yang buat benda ni..”
“Member kau tu ada bukti ke?”
“Mana aku tahu. Tapi dah ramai cakap macam tu?”
“Mana boleh main suka-suka tuduh tanpa bukti. Dosa kan..?”
“Dia orang agak-agak aje.. bukan tuduh,”
“Tetap berdosa jugak..”
“Habis tu, kau tak ambik port lah kes ni?”
“Bukan tak ambik port.. tapi biarlah dulu..”
“Kenapa pulak?”
“Terlalu banyak kemungkinan dan banyak pihak boleh dikaitkan dengan insiden ni. Better kita lihat je games ni.. ”
“Maksud kau, kebenaran tetap memihak pada pihak yang benar lah?”
“Tahu takpe..”
-->
Salam,
ReplyDeletehurmmm aku rase bukan pas yang bakar.. coz tok guru tidak berapa panas dgn isu ini..! aku agak ini kerja budak jalanan yang tidak tahu hukum hakam dan sejarah..!
DAH SEMESTINYA - UMNO yang serang gereja2 tu...kerana amno kan jahat.
ReplyDeleteDAH KONFIRM – Yang baling kapak besi ke kereta KICKDEFELLA tu orang UMNO. Sebab kapak besi tu rupa macam keris. Lambang keris ada kat bendera UMNO. Jadi sahlah tu ni keje orang UMNO. Orang Pas tak buat keje macam ni, habis kuat pun baring atas jalan dan ketuk cermin kereta Raja Muda Perak sampai retak saja. Tak pecah pun macam orang UMNO buat kat Kickdefella ni.
DAH SAH – Yang Dato Nizar kereta Camry terbalik baru2 ni pun kerja orang UMNO. Sebab berlaku dekat Bangunan UMNO. Bila orang UMNO nampak Nizar masih pakai Camry, orang2 UMNO semua sakit hati lalu suruh Nizar pecut keretanya laju2 hingga terbalik. Orang Pas tak buat kerja macam ni. Tak percaya? Tanyalah orang Pas.