RANGKUMAN PERISTIWA PENTING 2009

Part 1 : Januari 2009

Tirai 2009 dibuka dengan laporan penyampai berita televisyen swasta dan seorang pelakon wanita ditangkap polis ketika seronok berpesta seks sempena sambutan tahun baru di sebuah bilik hotel di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.

Manakala PRK Kuala Terengganu pula menjadi tumpuan rakyat Malaysia pada bulan Januari. Dalam satu kempen Pakatan Rakyat, Anwar telah mencabar rakyat Malaysia supaya meludahnya jika beliau gagal membela nasib rakyat.

"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," katanya dalam satu ceramah di Kuala Terengganu.

Bekas 'orang kuat' Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor mendapat publisiti meluas dari media BN selepas mendedahkan surat bertarikh 8 September 1998 yang ditulis bekas Timbalan Perdana Menteri itu kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tindakan Ezam itu dikecam hebat oleh penyokong Pakatan Rakyat dan juga BN kerana isi kandungan surat itu hanyalah sekadar surat biasa. Ianya langsung tidak menggemparkan ataupun boleh menggugat kredibiliti Anwar.

Akhirnya, PAS berjaya menumpaskan BN dengan majoriti 2,631 undi. Kemenangan PAS ternyata mencetuskan fenomena baru politik negara dan banyak pihak mula yakin dengan kekuatan PR. Lebih-lebih lagi, kerusi yang dimenangi itu pula disandang oleh calon BN.

Mahathir menyifatkan kekalahan BN itu berpunca dari kesilapan Abdullah Badawi kerana meletakkan proksinya sebagai calon. Bagaimanapun, BN berasa sedikit lega kerana 57% atau 4,114 undi kaum Cina telah memihak pada mereka.

Selepas itu, Berita Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim meninggalkan UMNO dan menyertai PKR disambut gembira oleh penyokong Pakatan Rakyat. Ribuan penyokong PR telah hadir ke ceramah Anwar bersama Nasaruddin. Menurut Anwar, ramai lagi pemimpin BN yang akan berhijrah menyokong PR.

Kebencian rakyat terhadap BN semakin membuak-buak bila JAKIM membuat keputusan untuk memecat bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi. Beliau yang diarah menjadi saksi sumpah laknat Saiful Bukhari dipecat kerana berkempen membantu Anwar.

Perkembangan politik dalam negara semakin panas pada bulan Februari.  
Bersambung di  PART 2.


"Jika anda berminat dengan artikel yang dimuatkan di blog ini, dapatkannya terus ke peti email anda. Klik je kat sini!"
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.