RANGKUMAN PERISTIWA PENTING 2009 (2)

Part 2 : Februari 2009

Berita kehilangan 2 EXCO PKR di Perak mendapat liputan yang meluas daripada media dan juga blog. Pelbagai pihak mula membuat spekulasi mengenai berita kehilangan itu. Mat Saman Kati melalui blognya Perak Ekspress memberitahu;

“Mereka hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu di mana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada dalam tangan pemimpin Umno.

Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ ke dalam Umno ataupun dihantar ke penjara atas tuduhan rasuah.”

Dengan segera, Speaker DUN Perak mengeluarkan arahan supaya Osman dan Jamaluddin menghubunginya. Berita Kerajaan PR di Perak akan tumbang sudah merebak. Tidak lama selepas itu, Speaker mengumumkan kedua-dua Exco itu sudah meletakkan jawatan dan pilihanraya kecil perlu diadakan.

Najib tiba-tiba mengadakan sidang media untuk mengumumkan; 2 Adun PKR, 1 Adun DAP dan termasuk juga Adun Bota sudah hilang kepercayaan pada PR. Mereka kini menjadi penyokong BN dan Najib akan mengadap Raja Perak untuk memaklumkan perkara itu.

Situasi di Perak bertambah tegang. Nizar juga memohon untuk mengadap Raja Perak. Beliau ingin meminta perkenan Raja supaya membubarkan DUN Perak. Namun permohonannya ditolak dan beliau di arahkan supaya meletak jawatan.

Maka tumbanglah kerajaan PR di Perak dan Zambri dilantik menjadi MB yang baru bagi menggantikan Nizar.

Keputusan Raja Perak mendapat tentangan dari penyokong PR. Demontrasi jalanan telah diadakan untuk membantah tindakan Raja Perak. SPR juga turut dipersalahkan kerana menolak permohonan Speaker DUN Perak dan sehingga kini, krisis politik di Perak masih lagi dibincangkan di mahkamah.

Isu gambar ‘separa bogel’ Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong turut menjadi berita hangat di bulan Februari. Bekas MB Selangor, Khir Toyo menuntut Eli melepaskan jawatannya atas dasar etika. Namun wanita MCA dan PAS tidak bersetuju dengan saranan itu. Berita panas Eli mulai reda setelah beliau mengambil keputusan untuk bercuti buat sementara waktu.

Kerajaan PR Selangor pula terus mendedahkan penyelewengan yang dibuat Khir Toyo. Kali ini ianya berkaitan hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.

Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Di Dewan Rakyat pula, Karpal menggunakan perkataan celaka terhadap Pemuda Umno kerana beliau mendakwa pergerakan itu telah menghantar peluru kepadanya. Bagaimanapun, beliau menarik balik perkataan "celaka" itu setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ekoran dari insiden itu, sekumpulan anggota Pemuda Umno telah mengepungnya di bangunan Parlimen dan menimbulkan kekecohan.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh hari ini berkata, tahap keselamatan di Parlimen akan diperketatkan berikutan insiden pergaduhan itu.

"Apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen," kata Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.

Bersambung di PART 3

"Jika anda berminat dengan artikel yang dimuatkan di blog ini, dapatkannya terus ke peti email anda. Klik je kat sini!"
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.