NIK AZIZ 'REJECT' NASHARUDDIN?

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah mencetuskan ‘kehangatan’ dalam PAS dua bulan lalu dengan meminta agar diadakan muktamar agung khas bagi menyingkirkan pemimpin-pemimpin bermasalah hari ini melontar pendirian baru.

Kata Nik Aziz, PAS Kelantan akan mengkaji sama ada akan terus menerima calon yang bukan anak negeri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti di negeri itu.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata bahawa dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar.

“Tetapi jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan, kita boleh mencalonkan pemimpin anak negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi, yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Antara pemimpin luar yang kini menjadi Ahli Parlimen di Kelantan ialah Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang bertanding di Bachok, Naib Presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Bendahari Dr Hatta Ramli (Kuala Krai). Nasharudin berasal dari Negeri Sembilan, Salahuddin pula dari Johor manakala Hatta adalah dari Perak.

Mengenai keputusan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir melepaskan jawatan, Nik Abdul Aziz berkata: “Ikut dialah, itu masalah peribadi.”

Semalam, Rosli mengumumkan peletakan jawatan dalam parti kerana tidak mahu namanya dikaitkan dengan Pas ekoran masalah peribadi selepas beliau diperintah oleh Mahkamah Syariah di sini tinggal berasingan sementara dengan isteri keduanya setelah tersebar berita mengenai kesahihan pernikahan mereka.

Rosli adalah juga orang yang meminta menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman supaya segera meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata : “Berapa kali nak ulang benda tu. (Orang) nak kata apapun, katalah. Cukuplah, (kita) dah tutup fail.”

“Mari datuk mana sekalipun, saya kena dengar keputusan daripada (PAS) pusat,” katanya. [Bernama]

Nur Aflah merasakan berita ini memberikan modal terpijak kepada media pro-BN untuk terus mengasak PAS Kelantan.


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Nash dah boleh cari syarikat rakaman lain untuk terus merakamkan lagu rock keras nya......kerana syarikat yg ada sekarang hanya mahu dia merakamkan lagu irama malaysia dan nasyid saja....

    Apa????.....oooo..korang cerita pasal Nasharuddin ?????.... hahahahah...mati mati aku ingat korang cerita pasal penyanyi rock retro si Nash tu......

    kool bro.........

    ReplyDelete
  2. Kalau Nash suka nyanyi lagu rock,. suka dia lah. Jangan babitkan orang lain ikut nyanyi lagu rock juga. Kita stay dengan nasyid dan irama Malaysia O kay.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.