NASHA SOKONG KENYATAAN IBRAHIM ALI

Jika sebelum ini saya menghentam Ibrahim Ali  [di sini], tapi nampaknya Nasharuddin menyokong pendapat Ibrahim Ali...


Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.

Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan wakil rakyat Taiping, Nga Kor Ming, yang juga setiausaha DAP Perak, boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham orang ramai.

Nasharudin, yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."

Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.

Kenyataannya itu dilaporkan dipertikaikan oleh seorang lagi ahli parlimen, Datuk Ibrahim Ali, yang menyifatkannya "biadap" dan "dan cuba menyalakan api dalam sekam".

"Dia (Nga) boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.

"Apabila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," Ibrahim dipetik berkata semalam.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Nasharudin bagaimanapun berkata orang bukan Islam berhak "menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi."


Berikut kenyataan penuh timbalan presiden PAS:

Isu yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Taiping, YB Nga Kor Ming dari Pakatan Rakyat mengenai persoalannya terhadap perbelanjaan pembangunan masjid oleh kerajaan persekutuan seharusnya tidak dijadikan isu yang besar oleh pihak DAP.

Sepertimana yang kita maklum, sudah menjadi hak dan tanggungjawab pihak kerajaan untuk membina masjid-masjid dan institusi-institusi agama bagi menyemarakkan syiar Islam di Malaysia sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara kita.

Namun, pihak kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara.

Kita tidak membantah malah menyokong usaha pihak bukan Islam menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi kerana dikhuatiri langkah tersebut akan menyinggung dan menimbulkan perasaan tidak senang hati dikalangan umat Islam Negara kita.

Beliau dan semua pimpinan Pakatan Rakyat adalah dialu-alukan untuk tidak membangkitkan sebarang isu berhubung sentimen agama dan bangsa yang seringkali disalahtafsir oleh sesetengah pihak untuk dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat.

Amatlah diharapkan agar isu-isu yang boleh menyinggung sensitiviti agama dan bangsa serta kepentingan komponen parti Pakatan Rakyat dapat diselesaikan melalui saluran dalaman yang lebih efektif.

Ini bagi mengelakkan sebarang polemik sepertimana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini.

Apa yang penting ialah memberikan fokus sebaik mungkin kepada agenda perjuangan yang telah disepakati dalam membangunkan sebuah negara yang lebih berintegriti, berkebajikan dan beramanah.

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Tiba-tiba hari ini kami terpanggil untuk memberi kenyataan mengenai isu gambar ini yang telah disensasikan oleh pembangkang. Datuk Seri Najib minum arak?

    Apabila kita lihat sekali, tanpa soal selidik kita akan membuat andaian sendiri bahawa memang benar itu adalah arak.

    Bagi mereka yang arif tentang lawatan protokol di peringkat antarabangsa, Negara-Negara ada menyediakan sejenis minuman buah khas buat tetamu yang beragama Islam. Minuman ini adalah sejenis Jus buah-buahan seperti Epal dan Nenas.

    Aik, Anwar Ibrahim tak tahu ke? Bukan dia selalu pergi luar Negara. Diakan ramai 'sahabat' dari luar negara.

    Hmm... Pembangkang fitnah lagi. Kalau setakat hendak menipu orang-orang kampung bolehlah. Jika orang yang profesional dan arif tentang perkara ini, dan kemudian mengiyakan fitnah, sememangnya orang ituterlibat dalam fitnah ini.

    Datuk Seri Najib tidaklah sebodoh itu. Beliau tidak akan melakukan sesuatu yang memalukan Agama, Bangsa dan Negara.

    Yang pembangkang, terus memfitnah. Ditayang gambar ini di seluruh akhbar-akhbar mereka. Tak ada nak siasat dahulu betulkah air yang Datuk Seri Najib minum itu ada kandungan arak ataupun tidak? Bukannya hendak dengar penjelasan Datuk Seri Najib terlebih dahulu mengenai air yang beliau minum pada ketika itu? Tahu-tahu, terus membuat andaian membabi buta.

    Niat murni Datuk Seri Najib ke Selatan Thailand untuk menyelesai dan membela umat Islam di kawasan tersebut telah disalaherti oleh Pembangkang. Pembangkang seolah-olah cemburu dan tidak puas hati dengan pendekatan Datuk Seri Najib yang lebih terbuka dalam isu Selatan Thailand.

    Kepada rakan-rakan blog lain, sila siarkan gambar ini dan beri penerangan di dalam blog anda. Kita tidak boleh biarkan Perdana Menteri kita dicemar dengan fitnah Pembangkang. Ayuh, kita terangkan pada mereka.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.