Selepas entri pertama itu keluar, ramai juga yang bertanya kepada saya berkenaaan ilmu pelaburan emas.
Sejujurnya, saya memang tidak dapat menjawabnya dengan panjang-lebar kerana saya bukanlah pakar dalam bidang pelaburan emas ini.
Tapi, kita agak bernasib baik kerana En. Syukor (pemilik jutawanemas.com) telah sanggup berkongsikan rahsia kejayaannya dengan menerbitkan ebook lengkap tentang emas di negara ini.
Saya fikir, mereka yang sudah biasa dengan pelaburan emas mungkin sudah sangat kenal dengan nama En. Syukor. Bagi yang belum kenal, anda boleh lawati laman webnya [di sini]. Banyak ilmu berkaitan emas yang telah beliau kongsikan bersama pembacanya sebelum ini.
Namun begitu, sejak beliau menerbitkan ebook tersebut, ada artikel lamanya yang sangat bermaklumat telah disembunyikan.
Perkara seperti ini memang biasa dilakukan oleh mana-mana blogger/pemilik laman web yang ingin mengalihkan artikel di blog/web mereka itu ke buku (hard copy) ataupun Ebook untuk dijual. Kalau tak caya, anda boleh baca tulisan Nobisha di sini.
Jadi, sekiranya anda benar-benar berminat untuk mengetahui rahsia menjana keuntungan melalui emas, saya fikir ebook yang dikeluarkan oleh En.Syukor ini adalah buku yang terbaik untuk kita beli, baca, faham dan amalkan langkah-langkah yang telah diajarkan.
Yang paling penting, buku ini bebas dari segala unsur penipuan pelaburan dan kita tidak perlu lagi bersusah-payah untuk melayari pelbagai laman web untuk mendapatkan maklumat berkaitan emas; yang tidak dapat dipastikan betul atau tidak maklumat yang diberikan itu.
Insya’Allah, banyak manfaat yang dapat kita perolehi dari buku ini. Dengan sedikit wang yang kita laburkan itu, saya percaya kita akan bersama-sama dapat memajukan lagi tahap ekonomi kita, keluarga kita dan juga ekonomi sekalian umat Islam. Amin.
"Jika anda berminat dengan artikel yang dimuatkan di blog ini, dapatkannya terus ke peti email anda. Klik je kat sini!"
Orang-orang Barat telah lama melabur didalam emas dan mendapat keuntungan yang banyak serta selamat. Orang Yahudi telah mendahului sejak zaman berzaman. Artikel seperti ini yang membawa kesedaran kepada kita amat saya suka. Nampaknya saya akan menjadi pelanggan ebook En. Shukor, untuk menambah pengetahuan. Mana tahu akan beralih ke portfolio emas pulak nanti.
ReplyDeleteSalam ziarah, semoga anda terus sukses..
ReplyDelete