AWAL DIBEBASKAN


Berikutan penahanan seorang pelakon dan pengacara lelaki berusia 28 tahun pada awal pagi tadi, timbul desas-desus mengatakan artis terbabit adalah Awal Ashaari.
Menurut sumber yang berada di tempat kejadian, Awal disahkan antara 21 orang yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini.

Artis itu ditahan kerana enggan menjalani ujian air kencing dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu.

Difahamkan, pelakon Scha Al-Yahya dan Juliana Evans turut berada di pusat hiburan berkenaan. Namun mereka dibebaskan setelah ujian air kencing yang dijalankan didapati negatif.

Bagaimanapun Pengurus Awal, Azlina Merican yang dihubungi berkata, dia amat terkejut dengan berita itu dan menafikan sekeras-kerasnya Awal terbabit dengan kes tersebut.

"Saya terkejut dengan berita itu. Saya pun baru dimaklumkan oleh seorang teman sebentar tadi namun berita ini tidak berasas sama sekali.

"Apa yang saya boleh katakan, artis itu memang bukan Awal," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika dihubungi enggan mengesahkan perkara tersebut namun tidak menafikan bahawa Awal terbabit dalam serbuan itu.

Beberapa orang pemuda termasuk seorang pelakon lelaki yang juga pengacara program hiburan televisyen dibawa keluar oleh anggota polis dari sebuah pusat hiburan haram yang terletak di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi.-Foto BERNAMA.


Usaha untuk menghubungi Awal, Scha dan Juliana bagaimanapun menemui jalan buntu apabila mereka tidak menjawab panggilan.

Selain mereka bertiga, dua lagi artis lelaki, kedua-duanya berumur 40-an, dibebaskan selepas ujian air kencing mereka didapati negatif dadah dalam serbuan.

Terdahulu, Sharifah Hawariah berkata, pusat hiburan yang terletak di tingkat lapan itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak lebih enam bulan lalu pada setiap malam sehingga pukul 6 pagi.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur manakala mereka yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950.

Bagaimanapun, Awal kemudiannya dibebaskan setelah hasil ujian kencing didapati negatif. [Sumber MSTAR]

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.