Seorang lelaki Jepun mengahwini karektor dalam permainan video popular, membawanya dan konsol mainannya untuk berbulan madu di luar negara.
Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai nama samaran onlinenya, SAL9000, menemui karektor Nene Anegasaki ketika bermain permainan simulasi ‘Love Plus’.
Mereka berkahwin beberapa minggu lalu dan menyiarkan majlis itu menerusi laman web Youtube.
SAL9000 yang enggan mendedahkan nama sebenarnya kerana bimbang disalahfaham, mengaku menjadi ‘otaku,’ gelaran untuk golongan muda Jepun yang ketagih permainan video, komputer dan alam fantasi.
“Dalam budaya otaku, ada tradisi memanggil karektor dalam permainan video sebagai ‘isteri saya.’
“Memandangkan saya memanggilnya isteri saya, saya berpendapat, lebih baik saja kami berkahwin,” kata SAL9000 ketika diwawancara televisyen Reuters.
Nur Aflah: Harap-harap 'penyakit' ni tak berjangkit kat Malaysia.. Nauzubillah...
"Jika anda berminat dengan artikel yang dimuatkan di blog ini, dapatkannya terus ke peti email anda. Klik je kat sini!"
de jugak org cmni!
ReplyDelete