NIK AZIZ DAH MENGALAH, HADI AWANG?

Di mata Nik Aziz, Ariffahmi bukan sahaja setakat menantunya. Beliau yakin yang ‘menantunya’ itu layak untuk menjadi CEO di salah sebuah syarikat anak kerajaan negeri yang sudah dipimpinnya selama 19 tahun.

Jika diukur dari sudut kelayakan akademik, memang menantunya itu layak. Namun jika diukur dari sudut persepsi orang awam, kelayakan menantunya itu perlu dipertimbangkan banyak kali.

Sebabnya mudah.

Pertama, masyarakat alaf ini memang menolak keras amalan kronisme. Amalan ini selalunya membuatkan yang layak menjadi tidak layak dan yang tidak layak menjadi layak.

Kedua, apa sahaja yang dilakukan oleh menantunya itu akan memberikan kesan langsung pada kredibiliti Nik Aziz. Apa sahaja yang dilakukan oleh Nik Aziz pula akan memberikan kesan langsung pada kredibiliti PAS. Dan apa sahaja yang dilakukan oleh PAS akan memberikan kesan langsung pada kredibiliti ‘perjuangan Islam’.

Ketiga, atmosfera politik alaf ini sungguh berkait rapat dengan persepsi. Pihak yang berjaya menguruskan persepsi dengan baik akan mendapat undian yang baik juga. Kemelut yang melanda PBMK telah mengakibatkan masyarakat membina persepsi buruk terhadap kepimpinan Nik Aziz.

Tiga sebab di atas sudah cukup untuk membuatkan Nik Aziz perlu mengambil jalan mengalah. Tiada gunanya lagi beliau mempertahankan menantunya itu. Bak kata orang nogori, “biar mati anak, jangan mati adat”. Tindakan Nik Aziz menyuruh menantunya berundur bolehlah dianggap seperti “biar mati anak, jangan mati Islam”.

Bercakap tentang persepsi, pada minggu lalu saya ada membuat ‘online poll’ tentang Presiden PAS. Soalannya, patutkah Haji Hadi (Presiden PAS) letak jawatan?



315 orang telah menyertai undian tersebut dan keputusannya:

1) 184 orang atau 54% undian menyatakan Presiden PAS patut melepaskan jawatannya.

2) 109 orang atau 45% undian menyatakan Presiden PAS patut mengekalkan jawatannya.

Berdasarkan kepada keputusan di atas, saya fikir Presiden PAS sedang berhadapan dengan masalah persepsi. Saya percaya, reputasi beliau sebagai Presiden PAS akan bertambah buruk jika para blogger yang pro-PAS terus berusaha untuk menjahamkan reputasi beliau.

Untuk itu, saya ingin menyeru para blogger yang pro-PAS untuk melihat foto di bawah. Beliau kononnya disebut sebagai bakal calon BN untuk PRK DUN Kota Seputeh. Apakah yang patut anda nyatakan?





Sebelum anda menulis, elok juga kalau anda tonton dulu dokumentari [di sini].
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Budak Kodiang kata, tak dan apa-apa lagi hampa dah kondem Dato Mukhriz. Yang lain-lain tu maksum sangat ka

    ReplyDelete
  2. Salam,
    sdri perlu faham TG Nik Aziz membuat keputusan selepas dinasihati oleh Presiden dan pimpinan utama PAS bukan berpandukan komen-komen blogger.

    Jadi elok kalau Poll tolak presiden tu turun ke kawasan-kawasan sebab kawsan yang pilih beliau.
    ok, mudah je bahasa saya, awak dah faham?

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.