NIK AZIZ BAKAL PM MALAYSIA KE 7
Pakatan Rakyat
,
PAS
,
Ulasan
1) Jika Pakatan Rakyat diluluskan pendaftarannya oleh ROS (Pendaftar Pertubuhan), maka Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat yang pertama.
2) Jika Anwar Ibrahim terlepas dari sabitan kes liwat terbarunya, maka beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU ke 13 nanti, maka Anwar akan dilantik sebagai PM ke 7 Malaysia.
3) Jika Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan meliwat dan Pakatan Rakyat menang dalam PRU ke 13, maka jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7 akan ditentukan semula oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.
4) Oleh kerana Tuan Guru Nik Aziz telah berjaya memerintah Kelantan untuk sekian lamanya, maka beliau adalah calon yang paling layak dari segi pengalaman dan kredibiliti untuk menjadi PM Malaysia ke 7.
5) Tentu sahaja perlantikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai PM ke 7 kelak akan dipertikaikan sesetengah pihak. Namun jika dinilai dari segi kemampuannya mengekalkan Kerajaan PAS di Kelantan, ternyata beliau memiliki “Faktor X” untuk mengekalkan Kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat pusat pula.
6) Bagaimanapun, perlantikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat yang pertama juga boleh membunuh kredibilti PAS jika Pakatan Rakyat gagal dalam PRU ke 13. Tuan Guru Nik Aziz dan PAS mungkin akan dijadikan kambing hitam atas kekalahan itu.
7) Pakatan Rakyat sedang bertarung dengan idealogi “1Malaysia” Najib yang dilihat seiras perjuangan DAP dan PKR. Jika pengundi bukan Melayu tertarik dengan idealogi Najib, maka tidak mustahil undi bukan Melayu akan kembali memihak pada Barisan Nasional.
8) Jika keadaan itu berlaku, maka PKR dan DAP akan mengalami kekalahan besar pada PRU ke 13 dan PAS mungkin hanya akan berjaya membentuk kerajaan di Kelantan dan juga Kedah.
9) Jadi, kekuatan Pakatan Rakyat kini dan pada PRU ke 13 nanti bergantung pada kemampuan PAS. Oleh sebab itu, Barisan Nasional kini sedang berusaha untuk memusnahkan imej PAS di mata pengundi Melayu dan bukan Melayu. Maka tidak hairanlah jika sekarang ini kepimpinan PAS sering diserang oleh jentera BN. Mereka sedang berusaha untuk melemahkan PAS.
10) Jika kempen memburukkan kepimpinan PAS berjaya, maka BN akan mendapat kemenangan besar pada PRU ke 13 nanti kerana PKR dan DAP sudah tidak lagi bertaring seperti PRU ke 12 dahulu.
11) Halangan terbesar BN untuk melakar kejayaan pada PRU ke 13 nanti hanyalah berkaitan dengan isu kepimpinan MCA dan juga MIC. Jika mereka mahu menarik semula sokongan pengundi bukan Melayu, maka MCA dan MIC perlu diperkukuhkan dahulu.
12) Menyelesaikan kemelut dalaman MCA dan MIC bukanlah satu tugas mudah. UMNO terpaksa melakukannya secara halus kerana jika tersilap langkah, MCA dan MIC boleh menjadi ‘biawak hidup’ kepada Barisan Nasional.
13) Misalnya, Krisis PKFZ mampu menjadi domino kepada kejatuhan Barisan Nasional. Ianya akan menjadi seperti lagu “bangau oh bangau” kerana banyak pemimpin utama BN (terutamanya MCA) yang boleh disabitkan dengan penyelewengan itu.
14) MIC pula sudah bertukar menjadi syarikat “pemilikan tunggal”. Ianya kini berurusan dengan Pendaftar Syarikat dan bukannya dengan Pendaftar Pertubuhan. 1Malaysia dah tahu apa yang tidak kena dengan MIC.
15) Mujurlah Najib mempunyai Tun Mahathir yang sangat arif dengan jalanraya politik Malaysia. Semua lorong politik sudah diteroka Tun Mahathir termasuklah “JALAN BLOG”. Sepatah yang keluar dari mulut Tun Mahathir, beratus-ratus patah perkataan yang akan disebut oleh media perdana dan alternatif. Begitulah hebatnya penasihat Najib.
16) Bagaimanapun, sehebat manapun Tun Mahathir, beliau masih gagal menggugat kedudukan dan pengaruh Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan. Tun mungkin berjaya memusnahkan nama besar seperti Musa Hitam, Allahyarham Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi, tapi Tun tidak mampu memusnahkan Nik Aziz.
17) Jika BN mempunyai Tun Mahathir, Pakatan Rakyat pula mempunyai Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Persoalannya kini, sanggupkah pemimpin utama Pakatan Rakyat mendengar nasihat Nik Aziz?
Kalau nik aziz atau anwar ibrahim jadi pm ke -7, maka pm ke-8 ialah cina DAP la ngok oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nak ke macam niiiiiiiiiiiiiiii????????????????
ReplyDeletecuba renung sikit cara strategi kaum DAP ni ,,,mempergunakan melayu islam melalui tangga ghaib (bukan tangan ghaib), maka melayu yang seronok berada di tampuk jawatankuasa pr seronok mengadu dombakan sahaja kerana apa? kerana jika muslihat ini tercapai, maka depa depa ni pun akan dilantik menganggotai kabinet,exco juga. tapi berapa lama cina DAP ni akan beri peluang kepada melayu? Dalam tak diam cina dap akan pinda perlembagaan, tarik kuota bumiputra, yang paling syok sekali ialah undi tidak percaya kepada PM melayu. maka masa itu timbalan yang ada ialah mesti cina. Bila undi tak percaya terhadap pm melayu, secara otomatik PM cina akan naik. masa tu, agung dah tak relevan dah ,kerana perlembagaan dah dipinda... so sapa yang melopong????????????? anak cucu cicit kita laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. maka bila kita semua mampos, maka berasap lah kubur kerana di sumpah oleh anak cucu kita yang marahkan tindakan "keduniaan" dalam berpolitik..
wassalam
salam is....
ReplyDeletesaya jawab persoalan kamu..!!!!!
1.sekarang pun raja xrelevan dah sebab umno dulu,sekarang dan selamanya.....
2.semua salah org melayu yg sokong umno... xleh salahkn cina, dorg paham politik dan bijak pilih parti.. umno yg salah semuanye.
3.umno patut dikuburkn jika mahu raja relevan kembali....
4.mari sama2 sokong PAS(PR) wahai org melayu.
amboi IS....lembutnya bahase....sedarlah u bercakap dengan perempuan takkan sekasar itu..kalau iyepun nak tegakkanhujjah rasanya tak perlu sampai ke tahap itu...terpulang...NURAFLAH sekadar memberikan pandangannya jadi kalau saudara rasa tak kena, berilah pandangan rasional anda...baru ADIL namanya...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDelete1. PAS mungkin tersilap kerana terlalu bermurah hati dengan memberikan beberapa kerusi parlimen yang majoritinya melayu (lebih 70 %) kepada PKR. Bukan mengadu-domba tetapi jika PAS mahu terus relevan dan menggantikan UMNO, fikirkanlah pembahagian kerusi ini lebih mendalam..
2. Bolehkah seorang yang tidak bertanding di peringkat Parlimen menjadi PM? Saya rasa, Zaid Ibrahim terlalu bijak dalam hal ini. Dia mungkin percaya yang Nik Aziz akan bersara pada PRU akan datang. Jadi, pemilihan Nik Aziz sekadar satu gimik kerana yang pastinya jika PR berjaya membentuk, Anwar Ibrahim akan bergelar PM.
3. Jika Is kata yang orang Cina akan meminda perlembagaan, mana mungkin? Sebagai contoh, buat masa ini, wakil rakyat Melayu Islam di parlimen ialah UMNO 79, PAS 23 PKR 20 dan Bebas 1. Total Melayu 123. Untuk pinda perlembagaan perlu 2/3 ahli dewan. gak mustahil lah.. Tak tahulah kalau MP melayu ni agak sengal.
Apa2 pun, Takbir!!
salam mek weiii
ReplyDeletemek jange taksub sangat dengan pok nik ajis ni, betol la dia bagus tapi dia pun ada kelemahan jugok, dia buke nabi, dia pun ada buat salah jugok. yg tu no. 2, no. 1 dia kure cerdik dalam hal2 politik, dia betol telajak, tu yg kita bimbe, sebab tu kelate buke dia control, ir aripahmi ngan husam control, kalu gi peringkat tinggi lagi, kita bimbe dia kena bodo pulok kepada anwar berahi ngan limkit ciaaang mek weiii.
mek masak apa mek weii, abe lapar ni. mek gi la masuk dapor nun.