Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yakin, persepsi bahawa PAS ditunggangi DAP disebarkan oleh Umno adalah berdasarkan kegagalan para wakil rakyat mereka berdepan dengan dua pemimpin DAP Perak sebelum ini.
Menurut beliau, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Koo Meng bukan calang-calang orang untuk dihadapi oleh para Adun Umno ketika kedua-duanya adalah Adun pembangkang dalam Dun Perak sebelum ini.
"Berdasarkan pengalaman Adun mereka menghadapi kedua-duanya, Umno beranggapan Adun PAS dalam kerajaan negeri Perak sebelum ini akan 'dijual' oleh kedua-duanya," kata Nizar.
Padahal, katanya, kerjasama yang dibentuk antara PAS, DAP dan PKR dalam kerajaan negeri Perak sebelum ini adalah atas dasar yang hak dan yang benar.
"Mereka ingat, apabila saya jadi MB, kedua-dua mereka (Ngeh dan Nga) tunggangi sayalah," kata Nizar kepada kakitangan Harakah dan Harakahdaily dalam satu majlis tazkirah dan makan tengahari tadi.
Menurutnya, Datuk Ngeh adalah pengerusi jawatankuasa disiplin Majlis Peguam manakala Nga Koo Meng pula adalah Ketua Pemuda DAP ketika itu.
"Mereka ini bukan calang-calang orang. Ketika mereka (Umno) ada 40 orang dalam Dun pun tak boleh lawan dua orang ini, jadi mereka ingat PAS dan Nizar ini menjadi alat dan kuda tungganngan DAPlah. Saya ni boneka merekalah. Ini persepsi yang mereka sebarkan yang tidak betul sebenarnya," kata Nizar.
Menurut Nizar, pendekatan yang beliau ambil ketika diamanahkan sebagai Menteri Besar Perak adalah bertindak berdasarkan kebenaran tanpa langsung ada agenda perkauman.
"Sekarang ini alhamdulillah, DAP sudah boleh menerima kita dengan baik. Sudah tertolak bahawa PAS ini ektremis dan sebagainya. Ini yang ditakuti Umno," kata beliau.
Baru-baru ini, Nizar secara rasmi telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Perak.
Menurut Nizar, Datuk Ngeh Koo Ham sendiri mengaku, dia adalah orang yang paling tidak percaya kepada PAS sebelum ini.
Tetapi sekarang, dialah yang paling lantang mencadangkan agar PAS memimpin Pakatan di Perak.
"Di Perak sekarang, di peringkat negeri kami akan bermesyuarat dua kali sebulan. Semua majlis di Perak tidak ada lagi majlis PAS, DAP atau PKR...yang ada adalah majlis anjuran Pakatan Rakyat Perak," kata Nizar.
Sehubungan dengan itu, beliau yakin, persepsi PAS menjadi kuda tunggangan DAP akan selesai tidak lama lagi selepas penerangan dibuat kepada rakyat.
"Saya yakin, jika ada pilihan raya kecil, kita akan menang sekitar 35 kerusi untuk memerintah kembali Perak," kata beliau kepada wartawan selepas majlis itu.[SUMBER]
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Gunakan medium yang berhemah bila berbicara pergolakan dalaman parti. Ada satu artikel saya terbaca, orang Pakatan ni banyak yang gila bercakap.
ReplyDeleteLihat Tok Guru Haji Hadi, Lim Kit Siang mahupun DS Anwar. Apatah lagi Wan Azizah. Jarang skali mereka keluar tv mutahir ini. Pemimpin seperti Tok Guru Nik Aziz, Khalid Samad, Zulkifli Nordin dan berbagai lagi terlalu ghairah bercakap di media. Dah tahu media akan mempergunakan kesilapan mereka semaksimum mungkin. Lepas tu salahkan UMNO.
mentaliti pemimpin Pakatan masih mentaliti pembangkang. Ini harus di ubah. Jadilah pemimpin seperti Dato' Mahfuz dan YB Salahuddin. Kata2 mereka bak mutiara, bercakap bila perlu.