SIAPA KATA RTM TAK ADIL?

Menteri Penerangan berkata isu Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan pandangan atau kritikan anggota Parlimen pembangkang terhadap kerajaan sebenarnya tidak timbul langsung.

"Kementerian sentiasa cuba melihat perkara yang perlu disampaikan berdasarkan nilai berita sama ada ia wajar untuk disiarkan ataupun tidak," kata Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat semalam.

Menurut laporan Bernama hari ini, beliau berkata RTM menghentikan buat sementara waktu tiga program bual bicara iaitu What Say You, Bersemuka Dengan Media dan Bersama Ketua Setiausaha untuk mengkaji tahap kualiti dan kesannya terhadap penonton.

"Untuk program What Say You, saya dimaklumkan oleh pihak pentadbiran untuk menstrukturkan kembali program itu. Ada program yang ditangguh untuk dinilai, dikaji keberkesanan kualitinya," beliau dipetik berkata.

Beliau berkata What Say You yang disiarkan sejam setiap Ahad pada 7 malam didapati mendapat rating rendah walaupun ia keudara di waktu perdana.

"Kalau dilihat dari segi rating untuk program free-to-air dalam negara, ia sangat rendah sekali. Penonton pula sekitar 180,000 ke 190,000.

"Untuk siaran prime time ia rating yang sangat rendah sekali dan kami rasa ia mensia-siakan wang rakyat dengan menyiarkannya pada waktu perdana," katanya.

Menjawab persoalan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) mengenai program Debat Perdana yang turut menjemput parti pembangkang sebagai ahli panel yang dihentikan selepas PilihanRaya Umum Mac lepas, Ahmad Shabery berkata kementerian tiada halangan untuk menghidupkan kembali program itu.

"Itu satu cadangan, dan tiada halangan untuk dihidupkan kembali Debat Perdana, ia satu program yang boleh dihidupkan kembali tiada masalah untuk saya," katanya.

Ahmad Shabery berkata kementerian juga merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hub bidang penyiaran antarabangsa dan sedang merancakkan kerjasama dengan Singapura, China dan Thailand dari pertukaran maklumat, dan eliau memberi contoh rancangan Warta Serumpun yang disiarkan dengan kerjasama Indonesia.

Sumber : Malaysiakini

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.