SERBIA USIR DUTA MALAYSIA


Serbia mengusir duta Malaysia ke negara itu, Saw Ching Hong ekoran keputusan Kuala Lumpur mengiktiraf Republik Kosovo sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Justeru, Saw mempunyai 48 jam untuk keluar dari negara tersebut.

Awal bulan lalu Serbia turut mengusir duta negara Montenegro dan Macedonia atas alasan yang sama. Terdahulu laporan Bernama awal pagi ini menyebut Malaysia telah mengambil keputusan untuk mengiktiraf Kosovo sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, berikutan itu, Malaysia akan mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan pada masa sesuai.

"Pengiktirafan Malaysia ke atas kemerdekaan Kosovo akan membantu memenuhi aspirasi rakyat Kosovo menikmati sebuah negara yang merdeka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosovo mengisytiharkan kemerdekaannya dari Serbia pada 17 Februari lalu, langkah yang dibantah keras dan diisytihar tidak sah oleh Serbia. Rusia, sekutu bersejarah Serbia, turut membantah kemerdekaan Kosovo. Sehingga kini, 38 negara termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan banyak negara Eropah lain mengiktiraf Kosovo yang mempunyai 2.1 juta penduduk.

Tindakan Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan secara bersendirian itu melengkapkan perpecahan bekas Yugoslavia. Kelmarin, Republik Albania berharap Malaysia akan mengiktiraf kedaulatan Kosovo demi menjamin keamanan dan kestabilan wilayah Balkan.

Timbalan Menteri Luar Albania, Edith Harxhi berkata, wilayah itu telah melalui pelbagai konflik dan selisih faham, dan kini masanya membiarkan peristiwa itu berlalu dan lembaran baru dibuka.

"Saya diberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia sedang mempertimbang mengiktiraf Kosovo. Dengan berbuat demikian, ia akan mewujudkan kestabilan di seluruh wilayah Balkan," kata beliau yang sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia bagi membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Albania.

Harxhi berkata, sejak 17 Februari lalu, sejumlah 51 negara telah mengiktiraf Kosovo.

Sumber : MSTAR

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.