JANGAN MAINKAN HUKUM AGAMA!


"Saya mahu dengar daripada mulut Fadilah sendiri yang dia bersumpah dan tidak mengaku menjadi isteri saya."

Demikian tegas Nasrudin Dahrom, 24, yang terkejut mendengar pengakuan Noor Fadilah Ahmad, 18, yang menyatakan mereka bukan pasangan suami isteri dan tidak pernah bernikah selama ini.

Menurutnya, mereka telah bernikah 11 Oktober di Batu Belik, Lombok Timur atas persetujuan Noor Fadilah yang sanggup menggunakan wali hakim bagi meneruskan perkahwinan itu.

"Ikut undang-undang di sini, dokumen perkahwinan tidak dapat dikeluarkan memandangkan Noor Fadilah tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan masuk ke negara ini secara haram," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kosmo! semalam melaporkan bahawa Noor Fadilah menafikan beliau pernah bernikah dengan Nasrudin memandangkan tiada sebarang dokumen hitam putih mengenainya dan bertekad mahu melupakan pemuda itu sejak dibawa pulang ke negara ini.

Nasrudin berkata, dia juga tidak rela jika keluarga Noor Fadilah cuba memisahkan mereka berdua dan tetap berpegang kepada janjinya sebelum ini untuk tidak menceraikan isterinya itu.

Sumber : Kosmo

Nur Aflah : Kes ini menjadi kian kompleks kerana melibatkan masa depan Noor Fadilah. Jika benar 'pernikahan' itu berlaku seperti yang didakwa oleh Nasrudin, Noor Fadilah perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Agama mengenai status pernikahannya. Jika 'pernikahan' itu didapati sah mengikut hukum syarak, Noor Fadilah masih lagi memegang status isteri kerana Nasrudin belum menceraikannya. Wallahualam.


Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Salam Aflah,

    Dalam membicarakan soal ini, saya rasa pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum kita mengambil keputusan seperti berikut:

    1) Adakah beliau mengikut 'suami'nya itu secara rela atau ada penggunaan ilmu tertentu yang menyebabkan dia sanggup meninggalkan keluarga untuk berkelana di sebuah tempat yang terlalu baru?

    2) Sahkah si perempuan menggunakan wali hakim dalam keadaan dia mengetahui bahawa walinya masih hidup dan dalam masa yang sama walinya tidak mengetahui anaknya akan berkahwin?

    3) Soal sang suami tidak mahu menceraikan itu rasanya boleh dipermudahkan melalui tuntutan cerai fasakh di mahkamah syariah.(jika dibolehkan mengikut syariat Islam)

    4)Apa yang penting, berilah masa kepada perempuan ini untuk bertenang sebelum sebarang spekulasi dibuat atau adalah lebih wartawan menjauhi dan tidak menjadikan berita ini sebagai suatu yang sensasi(dasar wartawan memang sukakan berita sensasi)...

    5) Ibu dan bapa kepada perempuan ini, sepatutnya mencari punca kepada permasalahan ini agar ia tidak berulang lagi di masa akan datang, moga ia akan menjadi pengajaran terbaik terutama kepada semua ibu-bapa di dunia. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan semua ini berlaku..

    WaLLAhu 'Alam...

    thx!

    ReplyDelete
  2. Salam:
    orang indo. ini ilmu hitam yang hebat.
    Hingga mangsa melalui truma yang serius.
    Tengok sahaja percakapan nya mirip percakapan indo.
    kalau mangsa tidak siuman ketika dikahwinkan adakah dikira sah.
    persetujuan dari pihak perempuan juga ibubapa perlu ada.Begitu juga kawin di selatan thailand adakah sah.kita mesti mengikut dimana negara kita sebenar..(ikut pemerintahan).ADALAH TIDAK LOGIK UNTUK KITA BERKAHWIN DINEGARA JIRAN.DENGAN MEMBAWA PEREMPUAN KELUAR DARI NEGARA ASAL.BANYAK USTAZ KATA SAH.KERANA IKUT SYARAT KAWIN SAH TAPI JANGANLUPA KITA ADA PEMERINTAH.
    BANYAK PERKARA BURUK AKAN BERLAKU SEPERTI PENDAFTAR ANAK BILA DILAHIRKAN,HENDAK SEKOLAH DIMANA SEBAB TIDAK ADA SURAT BERANAK.
    JANGAN MAIN-MAIN.
    MAJLIS AGAMA PERLU MEMBUAT FATWA.
    YANG JELAS.SUPAYA PIHAK PEREMPUAN TIDAK DI TERANIAYA (ABUSING).YANG PEREMPUAN INI KALAU DAH JATUH CINTA KELUBUK API DIA SANGGUP HADAPI.
    JANGAN KWIN BANGLA.
    JANGAN KWIN INDO.
    JANGAN KWIN PAKISTAN.
    DIA TUMPANG KITA.
    KITA HENDAK TUMPANG DIORANG BALIK.
    ITULAH KERJA-KERJA PENDATANG ASING.CARI PELUANG.DIA ORANG PUTAR ALAM LAGI TERUK DARI PEMUDA MALAYSIA.SENANG SUSAH HIDUP DINEGARA KITA LEBIH TERJAMIN DINEGARA SENDIRI.
    ADAT MAKAN LAIN-ADAT BERSOSIA LAIN ADAT PERGAULAN LAIN.ITUKAN SUSAH NAMANYA..CARI YANG SENANG .
    KALAU PEREMPUAN/LELAKI BARAT TIDAK CUKUP SATU KHAWIN BERGILIR-GILIR,ARTIS MALAYSIA SAMA BESOK KAWIN,LUSA KAWIN LEPAS TU KAWIN LAGI-MAIN-MAIN JE.............
    MAIN-MAIN KAWIN. SALAH...TU
    MAIN KAWIN-KAWIN .
    JADI BARANG MAINAN.AKU TIDAK MAIN-MAIN.AKU HENDAK KAWIN.... LAGI.
    (AYAHKU KAWIN LAGI)

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.