PERNIKAHAN KEDUA AZIZ TIDAK SAH!


“Bukan salah dia. Dia tertipu...” kata Afida Es yang mengesahkan anaknya, pengarah dan pelakon terkenal, Aziz M Osman, 46, sudah berpisah dengan ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22.

Afida ketika dihubungi Metro Ahad berkata, kes anaknya dibawa ke mahkamah syariah dan sudah selesai.

“Perkahwinan anak saya tidak sah kerana wanita yang dikahwininya masih dalam tempoh edah. Ketika Aziz merujuk permasalahannya ke mahkamah syariah, status perkahwinannya batal,” katanya yang simpati dengan nasib anaknya.

Menurut Afida, Aziz menceritakan masalah dihadapinya selepas pulang berbulan madu bersama isterinya di Bali, Ogos lalu.

Katanya, sebaik pulang dari Bali, Aziz meninggalkan isterinya kerana kecewa dan berasa ditipu.

“Yang saya tahu, Aziz mengetahui isterinya masih dalam tempoh edah selepas mendapat maklumat daripada bekas suami isterinya. Untuk mendapatkan kepastian, Aziz ke mahkamah syariah dan mendapati maklumat itu benar.

“Begitupun, saya bersyukur perkara itu dapat diketahui lebih awal kerana jika lambat mengetahuinya pasti akan timbul masalah,” katanya.

Afida berkata, dia reda dengan apa yang berlaku dan mengharapkan Aziz bertemu jodoh lebih baik pada masa depan.

“Ini dugaan Allah SWT. Aziz mengimpikan perkahwinan yang bahagia tetapi belum kesampaian,” katanya.

Aziz, duda anak lima, diijabkabulkan dengan Nor Radhiah di Masjid Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu, pada 16 Ogos lalu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Ramli Yusuf, 52, dengan disaksikan Jurunikah Mukim Batu Rakit, Ismail Yusof, 63, yang juga bapa saudara Nor Radhiah.

Aziz mula berkenalan dengan Nor Radhiah ketika mengerjakan umrah pada 9 hingga 20 Mac lalu.

Kata Aziz, kali pertama memandang wajah Radhiah di Madain Saleh di Madinah, dia tertarik dengan rupa parasnya yang lemah lembut dan menawan hati.

SUMBER : METRO

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. Assalamualaikum Cik Nur Aflah,

    'Kata Aziz, kali pertama memandang wajah Radhiah di Madain Saleh di Madinah, dia tertarik dengan rupa parasnya yang lemah lembut dan menawan hati.'

    Aper pulak kener nyer dengan si Aziz nie, kawin cerai kawin cerai. Mengalahkan Jamal Abdillah.

    Tapi jodoh itu adalah ditangan Tuhan.

    Ha ha ha..teman tertarik dengan quote di-atas. Wonder if he says this to every journaalist each time when he fall in love.

    Jacques.ah

    ReplyDelete
  2. Salam Aflah,

    Kalau aziz tak mau saya nak boleh ke??? hehehe!

    Helah bela diri rasionalisasi yang nampaknya digunakan untuk menutup kebodohan aziz ni...sepatutnya sebelum akad nikah pi la check dulu, ni dak, kalut nak kawin...siap pi bulan madu lagi tu...ada juga lagu ni....Bulan madu tak buat apa ke??? kalau buat jadi lagu mana pulak ye??? kena tanya tuan tanah blog "bila sauh dibongkar" moga beroleh ketaqwaan..

    THX!

    ReplyDelete
  3. apolah ustazah ni..
    tak menyompek-nyompek nak kawin..
    kan dah melopeh...

    ReplyDelete
  4. Salam kepda semua ustzah.Saya sedang memcari calon isteri,sudi kiranya awak contact saya.
    saya dahagakan kasih sayanguntuk dibelai,rindu saya kepda wajahmu yang ayu,kauboleh memberikan pendoman .Buatku yang serba kekurangan ini.Kurang darisegi ilmu pengetahuan agama nak kata kacak tidak juga cuma manis adalah.
    kita akan pergi berbulan madu dilangit kebulan kemana aja asalkan kitaboleh berkasih sayang.melepaskan rasa rindu,tampa ada gangguan manusia ini.........
    saya orang baik,bertaqwa pula saya tidak akan melakukan maksiat sebelum kawin,biarlah kita pasti kawin walauapapun berlaku......
    cinta kita sudah dipaterikan bersama .dimanakah janji manismu
    semalam,kau lepaskan tanpa ada rasa bersalah dosa yang kau lakukan.
    kerana aku yakin kau manusia yang bertanggungjawap.
    yang tahu hukum,sabarlah sayang.kau juga yang memaksa aku ...serahkan kesucian ku, buatmu insan yang tersayang.tapi manakahjanjimu,semasa ku serahkan segala harapanku kepadamu.Ustazah aku bukan semacam dia yang durjana.
    akulah kekasihmu yang awal dan akhir...
    drp:
    Lelaki Melayu terakhir.
    Nama samaran-musbima.

    ReplyDelete
  5. apa punya jantan,lepas pi honey moon dan balik kata kena tipu,,,poorrrrahhhh,paria punya jantan,,, ka,ka,ka

    ReplyDelete
  6. kalo boleh,saya pun sudi kena tipu,,,,,!pariah punya jantan,,,

    ReplyDelete
  7. KUALA LUMPUR - Pernikahan pengarah filem terkenal, Aziz M. Osman, 46, dengan Nor Radhiah Ramli, 22, adalah sah di sisi undang-undang dan juga hukum syarak kerana pernikahan Nor Radhiah sebelum ini telah diisytiharkan oleh Mahkamah Syariah sebagai tidak sah.

    Menurut tokoh agama, Datuk Dr. Harun Din, pernikahan seseorang itu adalah sah dengan syarat lima rukun nikah iaitu calon suami, calon isteri, wali, saksi dan juga akad.

    “Urusan pernikahan adalah mengikut peraturan negeri dan melalui jurunikah yang telah ditauliahkan.

    “Jika pernikahan telah diisytiharkan oleh kerajaan negeri sebagai tidak sah maka tidak wujud istilah talak ataupun cerai oleh itu si isteri boleh bernikah lain,” katanya ketika diminta mengulas status pernikahan Aziz ekoran wujud dakwaan menyatakannya tidak sah.

    Ia ekoran dakwaan ibu Aziz, Afida Es bahawa perkahwinan itu tidak sah kerana Nor Radhiah berkahwin dengan Aziz dalam tempoh edah selepas bercerai dengan suaminya sebelum ini.

    Kedua-duanya bernikah pada 16 Ogos lalu.

    Namun, Harun memberitahu, sekiranya si isteri pernah bersetubuh sebelum ini dengan ’suami pertamanya’ yang dikira sebagai ‘bersetubuh dalam kesamaran’ atau wati syubhah maka dia perlu melalui proses edah bagi mengelak keraguan jika mengandung.

    Sementara itu di Kuala Terengganu, Nor Radhiah yang dihubungi memberitahu, beliau terpaksa menunggu tiga bulan lagi untuk mengetahui pengesahan perkahwinan dengan pengarah Aziz daripada Mahkamah Syariah, di sini.

    Katanya, dia sudah mendapatkan borang pengesahan perkahwinan dan berharap masalah yang dihadapi dengan suaminya selesai secepat mungkin
    -Kosmo

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.