DUA TIMBALAN MENTERI TAK TAHU FAKTA?
Lim Kit Siang mengecam 2 Timbalan Menteri yang gagal memberikan fakta sebenar ketika menjawab soalan di parlimen.
Kata Kit Siang, Datuk Abu Seman Yusof yang menjawat jawatan Timbalan Menteri Pertahanan langsung tidak mengetahui fakta sebenar tentang pembelian helikopter Couger E-375 ketika menjawab perbahasan di Parlimen semalam.
Lim Kit Siang ingin tahu kenapa terdapat 3 angka berbeza tentang nilai sebenar pembelian helikopter tersebut.
“Mula-mula, dia (Datuk Abu Seman) beritahu angka RM 1.604 billion, kedua, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan berikan angka RM 1.1 billion kepada media dan ketiga, PM memberikan angka RM 1.67 billion pada selasa lalu.”
Kata Lim Kit Siang lagi, Abu Seman boleh memberikan alasan perbezaan nilai pembelian itu disebabkan oleh kadar pertukaran wang asing.
“Saya yakin nilai tender helikopter tersebut sudah ditetapkan dalam kiraan matawang Malaysia, yang bersandarkan kepada kadar pertukaran asing, sewaktu tender itu ditutup.” hujah Lim Kit Siang.
Dalam pada itu, Lim turut mempertikaikan kenyataan Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Dalam Negeri tentang jumlah helikopter yang dibeli untuk PDRM kerana bercanggah dengan angka yang disebut oleh Datuk Amirsham Aziz, Menteri di JPM.
“Kenapa Chor bercakap tentang lapan unit helikopter polis sedangkan Amirsham sudah menyatakan 21 unit helikopter polis?” tanya Lim Kit Siang.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
nak buat mcm mana dah pak menteri tak buat kerja..
ReplyDeleteAssalamualaikum Cik Nur Aflah,
ReplyDeleteLim Kit Siang is da man. He rocks. Each time when he opens his mouth, BN braced themselves fearing to hear one weakness after another is exposed.
20 years ago, l though this man is a trouble-maker but today we know what he is saying carry substance and we certainly need more people like Lim to be on the attack at the front line.
Jacques.ah
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Aflah,
ReplyDeletesalah tajuk tu Aflah...
Sepatutnya ditulis begini
"DUA TIMBALAN MENTERI TAK KETAHUAN FAKTA!!!"
Buat LIM KIT SIANG, selagi YB bernama LIM KIT SIANG dan bukannya LIM KIT MALAM, maka selama itulah apa yang YB bawa tetap dianggap sebagai hanya semata isu politik..susah betul bila material menjadi keutamaan pemimpin...amanah lari ke laut...
thx!
THX!