IDEA MUSA HASAN TIDAK MUNASABAH?

Cadangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, melarang motosikal memasuki bandar dan pekan bagi mengatasi jenayah ragut dianggap tidak relevan dan hanya menyusahkan golongan berpendapatan rendah yang menjadi pengguna utama kenderaan itu.

Pelbagai pihak berpendapat, walaupun ia mampu memberi kesan positif dalam usaha kerajaan mengurangkan kadar jenayah, tetapi kesan negatif akan lebih dirasai terutama dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu yang memerlukan pengguna berjimat cermat.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pihaknya secara dasarnya menyambut baik perkara itu tetapi mahu ia dikaji secara mendalam sebelum dikuatkuasakan.

"Memang ia mampu mengurangkan kadar jenayah ragut, tetapi kesan kepada golongan lain juga harus difikirkan terutama rakyat berpendapatan rendah atau sederhana yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan bergerak ke mana-mana," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Musa dilaporkan berkata, pihaknya akan mengkaji serta mencadangkan kepada kerajaan untuk melarang motosikal memasuki bandar dan pekan di negara ini bagi memastikan jenayah ragut menggunakan motosikal dapat ditangani dengan berkesan.

Nada sama disuarakan Timbalan Pengerusi Eksekutif Gabungan Persatuan Superbikers Malaysia (SAM), Datuk Rauf Jusoh yang menolak cadangan itu kerana menganggapnya tidak praktikal serta alasan digunakan (mencegah jenayah) tidak berasas.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Wee Hong menjangkakan larangan itu akan memberi kesan negatif kepada penjualan motosikal kerana permintaan yang berkurangan.

Sumber : Berita Harian

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. MUsa Hasan ni dah lupa ramai orang kampung tak ada kemampuan untuk membeli kereta. Itulah tabiat orang yang dah lupa diri. kalau nak buat larangan biarlah semua kenderaan dihalang kecuali kenderaan awam termasuk kereta POLIS. Hang dah sakit jantung, berjalan kakikan menyihatkan badan.

    ReplyDelete
  2. Salam Aflah,

    Takde bende lain ke dia ni nak kaji??? nak bodoh kot tak kena tapi senang cite,,,,

    BODOH BENGONG!!!

    banyak lagi kes yang tak settle, ko bagi settle la dulu baru pikir cadangan ini....

    thx!

    ReplyDelete
  3. kenapa lah dapat IGP benggong.

    ReplyDelete
  4. salam....

    haaaaa...?? cadangan apa ni kak..?? kalau dh larang motosikal masuk pekan, motosikal tu nk guna buat ape..? guna buat merempit kat kampung ke..?? ni idea ke..??

    kalau tak guna moto, org guna keta... tmbah plak masalah kesesakan, kadang rs konpius la,, dlm kepala hotak diorang tu betul ke ada otak... atau ada benda lain...;-)

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.