Prof Hamirdin | Jatuh bangun PAS dalam pilihanraya ke 13 nanti akan banyak ditentukan oleh prestasi satu individu. Beliau adalah Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak. Ini adalah kerena apa yang berlaku di Kelantan lebih kurang telah dapat dibaca oleh pengundi, dan aura Tuan Guru Nik Aziz memang diakui tetapi ia telah mencapai saturation point. Lonjakan baru diperlukan untuk membolehkan PAS mengembangkan pengaruhnya lebih luas lagi.
Dengan sebab itu, prestasi yang benar benar akan mempengaruhi pengundi dan masyarakat umum ialah prestasi yang ditunjukkan oleh negeri lain yang diperintah oleh PAS, iaitu Kedah, bukan Perak. Oleh itu apa juga tindak tanduk yang dilakukan oleh Ustaz Azizan akan diterjemahkan sebagai undi kepada PAS atau undi meredumkan PAS.
Pada peringkat awal pemerintahan Ustaz Azizan, beliau telah score beberapa point yang menunjukkan prestasi yang baik. Tindakan memberi peluang rakyat Kedah menonton perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan Kedah secara percuma adalah satu tindakan popular yang memang akan diterjemah menjadi undi kepada PAS, ditambah lagi dengan anugerah tanpa disangka dalam masa singkat pemerintahan beliau Kedah telah menang tiga trofi berprestij dalam bolasepak. Ini meletakkan beliau seolah Alex Ferguson bagi Malaysia.
Setail pemerintahan yang menunjukkan kematangan dan keintelektualan menjulang prestasi Ustaz Azizan begitu baik sehingga mantan perdana menteri Tun Mahathir pun tabik kepada beliau. Oleh itu beliau harus terus melakukan pembaharuan yang akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia.
Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku kesilapan, ia harus diakui dan diperbetul. Kita tidak mengharap dalam beribu ribu decision yang beliau akan buat sepanjang pemerintahan, kesemuanya akan betul dan melonjakkan imej beliau. Tentulah ada yang kurang popular dan ada juga yang silap. Decision mengenaikkan kuota pemilikan rumah bumiputtra kepada 50% yang beliau umumkan adalah satu decision yang silap. Sebab itu saya tidak setuju dengan pendekatan Roslan SMS yang mempertahankan decision tersebut.
Bagi saya, lorong yang patut dipilih ialah retract dan perbetul semula, berbanding dengan mempertahan dan berdebat yang merugikan secara strategik.
Kita tidak perlu pertahankan tindakan Ustaz Azizan, kerana beliau akan membuat beribu ribu lagi tindakan, tetapi kita kena pertahankan Ustaz Azizan. Pertahankan beliau dengan maksud supaya apa juga tindakan yang beliau lakukan nanti akan sentiasa membawa keuntungan kepada PAS. Cuma apa yang perlu sekarang ini ialah kesedaran ini, idea ini, mestilah sampai kepada Ustaz Azizan supaya beliau mengimbangi semua tindakannya agar setiap tindakan dan decision beliau disenangi rakyat dan diterjemah menjadi undi kepada PAS.
Ustaz Azizan perlu difahamkan bahawa beliaulah sekarang ini memegang obor PAS.
Ditulis oleh : Prof. Hamirdin
Gambar oleh : Mzaidi.com
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
3 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Ustaz Azizan mempunyai karektor yang tersendiri, sehingga saat ini saya merasakan Menteri besar kedah ini adalah pemimpin yang terbaik dan selayaknya bagi rakyat kedah, syabas kedahan, anda mempunyai seorang pemimpin yang hebat...;-)
ReplyDeletep/s secara peribadi ustaz azizan merupakan idola sy;-)
dalam apa perkara pun. less talk more action.
ReplyDeletePAS perlu innovatif dalam pendekatan.
pas perlu mendidik dari menghukum
pas perlu terdahulu dalm kepimpinan masyarakat.
dan .......mcm mcm lagi
Puan, Cabaran terbaru YAB Ustaz Azizan ialah ladang penternakan Babi modern di Kedah...untuk penuhi permintaan kaum bukan Melayu Di Kedah...ramai ke..
ReplyDelete(Sumber Berita TV3)
Spt di Selangor....jangan kaitkan dengan Kerajaan sebelumnya kerana bila kita berkuasa ,kalau tak nak batalkan...Kalau benda lain boleh dibuang dan dibatalkan...kenapa yang ni tak boleh...
Soal 50% atau 30%,arak,judi, nombor ekor belum selesai...dah timbul isu baru pula.....
Mungkin betul kata-kata 'Mengekal lebih payah daripada mencipta'
Lalu bila kerajaan PR sama dengan kerajaan BN dari segi amalinya....apa gunanya...
Renung-renungkanla
Kg Dewan Beta,KB,Kel