PERANG JAMALUDDIN JARJIS DAN SUHAIMI


Pahang Daily | Nampaknya isu khutbah antara Ustaz Suhaimi, Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dengan Ahli Parlimen Rompin Dato' JJ kini semakin berlarutan. Pendedahan yang dibuat oleh Pahang Daily beberapa jam selepas kejadian telah menggemparkan seluruh negara. Isu ini kini mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan telah disiarkan dalam akhbar arus perdana iaitu Utusan Malaysia, Sinar Harian dan beberapa lagi laman blog yang lain semalam.

Paling mengejutkan ialah isu ini juga telah mendapat hits pembaca yang tinggi dalam masa 48 jam di Tranungkite Online [11,534 pembaca] , termasuk di ruangan forum laman berkenaan. Apapun kami amatlah berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Apa yang penting pihak JAIP tidak akan menagmbil tindakan terhadap Jawatankuasa Masjid Felda Keratong 4.

Ini kerana biarpun khatib berkenaan iaitu Ustaz Suhaimi tiada tauliah dari JAIP, namun beliau sebenarnya menyampaikan satu kebenaran dan fakta. Ia jelas sekali bertentangan dengan laporan kononnya beliau berpolitik di masjid berkenaan pada hari kejadian. Banyak juga komen yang diterima dalam blog ini berkenaan isu tersebut. Maka disi kami ingin memetik satu komen yang agak panas berhubung dengan isu itu. Kami juga sertakan jawapan yang dikemukakan oleh Ustaz Suhaimi tentang perkara ini.

Penulis komen tidak menyiarkan nama sebenarnya. Sila rujuk dibawah :-

Anonymous said...

"salam. saya rasa terpanggil untuk menulis comment di sini mengenai kejadian yang berlaku di keratong 4.saya merupakan jemaah yang turut sama berjemaah di masjid tersebut dan merupakan peneroka felda keratong 4. saya begitu terkejut apabila didalam blog ditulis berlainan sekali dengan apa yang berlaku di masjid tersebut. saya sungguh terkejut seseorang yang mengelarkan diri seorang ustaz dan timbalan yang dipertua pemuda pas pahang sanggup menyebarkan fitnah dan didalam islam fitnah itu adalah lebih teruk dari memakan daging saudara sendiri. saya pada mulanya terkejut dengan keterbukaan kerajaan barisan nasional yang sanggup memberi peluang kepada pemimpin besar pas pahang untuk memberikan peluang kepada beliau. ini menunjukkan keterbukaan kerajaan bn -umno. saya selitkan sedikit isi kandungan khutbah ustaz terbabit. beliau memperkatakan isu ISA tapi mengatakan isa adalah lebih teruk dari tahanan yahudi -israel, lebih teruk dari tahanan guantanamo dan menagatakan obama adalah pemimpin yg baik sedangkan kite tidak tahu apakah dasar beliau kerana belum menjadi presiden us kite mengharapkan dasar yg lebih baik. khutbah digunakan menggunakan ajaran yang baik kepada umat islam bukan untuk memburukkan orang dan membuat ceramah politik. ini sudah tersimpang dari pengertian khutbah. oleh yang demikian saya melihat ahli parlimen rompin selepas solat jumaat beliau datang dan bertanya apakah relevan khutbah sebegitu rupa. namun begitu yang melenting ialah ustaz suhaimi dan dato seri j.j mengajak beliau berbincang di luar kerana tidak mahu mencemarkan masjid yg suci dengan isu-isu sebegini.tapi beliau tidak mahu dan tiada samseng umno di luar kerana saya kenal sape yang berada di luar iaitu pegawai2 dato seri. biasalah yb mesti ada pegawai yg megekorinya tidak sepatutnya di gelar samseng sungguh kasar bahasa tersebut. dan yg paling menyedihkan mereka memugut derma untuk tahanan isa untuk ape sebenarnya derma tersebut.sedangkan mereka diberikan makan yg secukupnya.kite lihat adun seputeh yg pada mula mendakwa di beri makanan anjing tetapi akhirnya mengaku yg makanan diberikan adalah mencukupi.isu ini sengaja di putar belitkan.ingatlah ustaz mungkin ustaz boleh menipu rakyat yang berada di luar sana tetapi ustaz tidak mampu untuk menipu YANG MAHA ESA.fikirkanlah ustaz."

Jawapan yang dikemukakan oleh Ustaz Suhaimi tentang persoalan ini :-

Saya terkejut dengan komen beberapa pengunjung yg kononnya ada di masjid mendengar khutbah saya. (Kata beliau selitkan sedikit isi kandungan khutbah ustaz terbabit.")

Jawapan saya : Saya tak pasti sama ada betul atau tidak beliau ada dlm masjid, tapi berdasarkan apa yg beliau tulis saya pasti beliau hanya menerima laporan dari pekakas UMNO kat situ. Kalau betul beliau ada pun mungkin beliau tidur masa tu

Tuduhan : beliau (ust suhaimi) memperkatakan isu ISA tapi mengatakan isa adalah lebih teruk dari tahanan yahudi -israel, lebih teruk dari tahanan guantanamo dan menagatakan obama adalah pemimpin yg baik sedangkan kite tidak tahu apakah dasar beliau kerana belum menjadi presiden us kite mengharapkan dasar yg lebih baik.)

Jawapan saya:
Terus terang memang saya buat 2 perbandingan. Saya stop setakat perbandingan Military Order 378 dengan ISA. Saya tak menggunakan lafaz MALAYSIA LEBIH TERUS DARI ISRAEL. Demi Allah ayat itu tidak keluar dari mulat saya. Perbandingan itu sudah cukup untuk membuktikan siapa zalim tanpa kita sebut lafaz itu. Tentang kem Guantanama - saya katakan, penyokong ISA, apabila mempertahankan ISA mereka cuba menghalalkan tindakan itu dengan merujuk Amerika juga ada kem guantanamo. Saya persoalankan kenapa dlm soal keadilan kita merujuk pada negara kafir. Islam Ada prinsip keadilannya.Bila pulak saya kata lebih teruk dari Guantanamo. Tentang Obama saya tak kata obama baik apa yg saya kata, Kini Presiden Baru Amerika Barack Obama mengumumkan akan menutup kem tersebut. Apa pula alasan kita. Saudara ada betul ke dalam khutbah tu... tuduhan saudara Tak sama dengan apa yg saya ucap.

Tuduhan: khutbah digunakan menggunakan ajaran yang baik kepada umat islam bukan untuk memburukkan orang dan membuat ceramah politik. ini sudah tersimpang dari pengertian khutbah.)

Jawapan saya: saya tak tuduh saya ceritakan fakta kebenaran. Politik yg saya sebut adalah politik Islam Prinsip keadilan dalam Islam.

Tuduhan : oleh yang demikian saya melihat ahli parlimen rompin selepas solat jumaat beliau datang dan bertanya apakah relevan khutbah sebegitu rupa. namun begitu yang melenting ialah ustaz suhaimi dan dato seri jj mengajak beliau berbincang di luar kerana tidak mahu mencemarkan masjid yg suci dengan isu-isu sebegini.tapi beliau tidak mahu dan tiada samseng umno di luar kerana saya kenal sape yang berada di luar iaitu pegawai2 dato seri. biasalah yb mesti ada pegawai yg megekorinya tidak sepatutnya di gelar samseng sungguh kasar bahasa tersebut.

Jawapan saya: Tak benar saya melenting. Ahli karyah masjid yg ada dalam masjid ketika itu. JJ pada awal memang cool bersalam dengan saya. Saya reti adab dengan manusia. Bila JJ kata minggu depan dia nak Khutbah macam saya, saya katakan silalaa datuk khutbah sebab saya pun nak dengar khutbah dato. menyebabkan JJ melenting dan dengan nada yg marah ajak saya keluar dengan alasan untuk berbincang. Saya tak nampak perbincangan boleh berlangsung dengan baik dalam keadaan marah marah. Sebab uti saya ajak beliau duduk untuk bincang. Mana mungkin kalau saya melenting saya nak ajak dia duduk. Org yang melenting tengah duduk pun dia akan berdiri. Nabi mengajar tempat yg paling baik untuk muzakarah adalah masjid, sbb kita akan sentiasa jaga adab muzakarah bila kita duduk dlm rumah Allah.

Tuduhan: dan yg paling menyedihkan mereka memugut derma untuk tahanan isa untuk ape sebenarnya derma tersebut.sedangkan mereka diberikan makan yg secukupnya.kite lihat adun seputeh yg pada mula mendakwa di beri makanan anjing tetapi akhirnya mengaku yg makanan diberikan adalah mencukupi.isu ini sengaja di putar belitkan.

Jawapan saya: Ini menunjukkan jelas beliau tak ada dalam masjid atau beliaun tertidur. Saya tak lancar derma untuk mangsa ISA. Saya sebut dlm Khutbah kedua, kita menghampiri musim persekolah 2009, disana ada anak-anak dan isteri mangsa ISA yang hidup dalam kedaifan, maka saya mohon sumbangan untuk kita bersama ringankan beban mereka, meringankan beban mereka untuk menghadapi sesii persekolahn akan datang. Di Keratong itu pun ada salah seorang tahanan ISA yg masih belum bebas dan anak isterinya hidup dalam kedaifan. Buat apa nak kutip derma untuk tahanan, kalau kutip pun kita tak boleh nak serah pada mereka kerana jeriji besi dan tembok tinggi manghalang kita. Saya lancar derma untuk anak dan isteri tahanan ISA bukan untuk anak isteri JJ. Saya cadangkan saudara ziarah lah anak dan isteri ISA. tengok kesusahan mereka. majoriti mereka beragama Islam.

Kesimpulan
Nampak sangat saudara berbohong. Saudara tak hadir atau mungkin tidur. lepas tu menulis berlagak alim... Betul laa penyokong ISA ni akan sangup menipu, bohong, fitnah untuk menegakkan benag basah. Ingat kita semua akan dibangkitkan di Padang Mahsyar. Kalau saudara tak sangup terimapun kenyataan ini jangan buat dosa fitnah, bohong,

Renungan
Seorang ulama terkenal sezaman dengan Imam Nawawi iaitu Imam Izzuddin Abd salam menegur Raja Zahir Baiber pemerintah Memluk di Mesir dalam Khutbah. Belau menegur pemerintah yg cuba menaikan cukai kerana perbelanjaan tak mencukupi bagi menghadapi peperangan. Imam Izzuddin Abd Salam menyebut "Haram kutip cukai dari rakyat sebelum kamu jual perhiasan mewah dalam istana". Iman Izzudin menambah "Jual diri kamu sebelum kamu jual rakyat kamu."

Suara Keadilan|Sikap pro ISA terserlah apabila Ahli Parlimen Rompin Jamaludin Jarjis membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)terhadap seorang imam di di Felda Kratong 4, Pahang yang mengkritik Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Berkata kepada Suara KeADILan, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Hasyim Yahya berkata, khutbah Jumaat boleh menyentuh pelbagai perkara termasuklah isu Jenayah, kezaliman dan ketidakadilan secara umum kerana pendengar yang hadir pada hari itu terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan fahaman politik.

“Dalam khutbah jumaat, isu keadilan boleh disentuk secara umum kerana jemaah terdiri daripada pelbagai sudut pandangan politik. Bagi saya ia tidak mempunyai masalah,” katanya ringkas kepada Suara KeADILan.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Nur Aflah,
    Apabila terjadinya pekara seperti ini maka ia mengingatkan kita bahawa pembohongan boleh berlaku dalam masjid.

    Oleh kerana itu kita mesti membuat satu pembaharuan, dalam masjid mesti disediakan alat perakam suara bagi merakamkan segala ceramah dan khutbah jumaat oleh imam yang bertugas. Perakam itu akan dijadikan bahan bukti sekiranya terdapat apa-apa kekeliruan tentang penyampaiannya.

    ReplyDelete
  2. AKHIRAT ADALAH PERAKAM TERBAIK

    ReplyDelete
  3. Berapa ramai jemaah yang hadir solat jumaat, sebenonya tak sempat pun nak dgr khutbah..?

    JJ? Lihat saja di dewan rakyat, dia spt bkn seorang yang cool.

    ReplyDelete
  4. Puan, Mungkin itulah 'adab'.

    Simpati pada 'keluarga' amat mendalam...sepatutnya 'siketua' memikirkan keluarga sebelum melakukan apa jua tindakan.....

    Pastikan 'jalan' sebelum bertindak..

    ReplyDelete
  5. salam
    anymous kembali lagi
    saya terkejut dengan jawapan saye apabila iaya mendapat perhatian seluruh blog2

    dan ustaz suhaimi menjawab ape yg diperkatakan oleh saya.satu perkembangan yang positif.
    ini kerana sebelum ini apabila anda menghentam kerajaan semua bersetuju.

    apabila ada yang menetsng haluan anda dan menulis begitu panjang anda melenting. nampak jelas anda di ganggu gugat dan kepanasan apabila orang mempersoalan kesahihan kata-kata anda.

    ANDA TIDAK SANGGUP UNTUK ULAS AYAT SAYA YG TERAKHIR. TUHAN TAHU APA YANG SEBENARNYA.ANDA BOLEH TIPU JEMAAH DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA TETAPI BUKAN TUHAN. INILAH YANG DIKATAKAN PAS KLON PKR BERLAINAN DENGAN PAS ASAL.

    fikirlah sahabat2 dalam blog tidak semua yg ditulis oleh pembakang adalah benar, adakalanya ianya diputarkan belitkan.saya tidak kata kerajaan adalah semua benar tetapi xkan langsung tiada satu apa yg kerajaan dan menteri-menteri yang dia lakukan betul.kalau semua tidak betul maka malaysia tidak akan maju seperti sekarang.

    fikirlah kawan2 sekalian adakah kite nak malaysia diperintah oleh golongan2 yg radikal ini,sanggup menipu walaupun bergelar ustaz.

    saya seb=ndiri pun tidak menyokong ISA tetapi kewujudan isa byk memberi faedah dalam menjamin kemakmuran negara ini.kalau tidak buat salah kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menahan di bawah akta ISA. dan ketua keluarga kena lah fikir apa yg dilakukan adakah menyalahi peraturan negara kalau salah janganlah buat, kelak yg susah anak dan isteri. fikir panjang dulu sblm melakukan sesuatu .

    kuasa ada d i tangan rakyat PRU KE-12 telah buktikan apabila 5 negeri telh jatuh kepada pakatan rakyat.ini bukti spr telus.janganlah dengar sgt dakyah-dakyah dari anwar dia nak jadi pm.sanggup buat apa sahaja.jika tak suka kerajaan sekarang kita tunggu PRU 13 dan buatlah keputusan.UNDI di tangan anda.betul x kawan2.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.