MANA SUARA PEMIMPIN PAS?

Hari ini sudah hari Selasa.

Demontrasi kumpulan anti-Fatwa yang dilakukan pada Jumaat lalu berhadapan bangunan KLCC sudah 3 hari berlalu [klik sini]. Namun sehingga kini, tiada langsung suara bantahan ataupun komentar yang saya dengar dari mulut pemimpin PAS dalam ruang siber sehingga ke hari ini. Yang ada hanyalah suara beberapa blogger PAS yang mengecam demontrasi tersebut. Namun itu bukanlah mencerminkan komen rasmi daripada pimpinan PAS.

Mungkin pada sesetengah penyokong PAS, demontrasi tersebut bukanlah 'isu besar'. Tetapi pada saya, isu ini jika tidak dikawal dan dibenteras dari awal, ianya boleh membawa kepada akibat yang lebih buruk jika ianya dibiarkan terus berleluasa. Usaha awal untuk menyekat 'agenda' kumpulan ini harus dimulakan. Kita tidak tahu, apa tindakan seterusnya yang akan diambil oleh mereka. Buruk padahnya jika 'pemikiran golongan yang menghentam fatwa' ini berjaya mempengaruhi minda umat Islam yang masih muda dan masih jahil tentang ajaran Islam yang sebenar.

Maafkan saya jika saya tersilap dalam hal ini. Tetapi, dari pemerhatian saya ke atas lidah rasmi PAS iaitu portal Harakah Daily, tiada langsung komen mahupun suara bantahan dipaparkan oleh mana-mana pemimpin PAS dalam isu demontrasi tersebut. Apakah PAS telah terlepas pandang isu ini ataupun PAS merasakan apa yang disuarakan oleh kumpulan itu adalah tidak penting untuk diperkatakan? Adakah PAS sedang terjerat dengan slogan “PAS for all” mereka?

Kumpulan demontrasi tersebut (walaupun bilangannya sangat kecil), secara jelas memperlekehkan institusi Fatwa. Mereka mengganggap Majlis Fatwa sebagai institusi patriaki dan NGO bukan Islam (Woman Aid Organisation) mendakwa Majlis Fatwa adalah institusi yang menggalakkan penindasan ke atas golongan wanita di negara ini. Pada saya, dakwaan seperti ini sangat merbahaya serta boleh menimbulkan kebencian bukan Islam terhadap institusi Islam di negara ini. Malah, ianya juga boleh menimbulkan kesangsian ke atas umat Islam di negara ini terhadap peranan dan kredibiliti Majlis Fatwa.

Saya bukanlah anti pada demontrasi. Akan tetapi, saya bukanlah penyokong mana-mana demontrasi yang menghentam kredibiliti Islam di negara ini. Banyak lagi isu lain yang boleh didemontrasikan, tetapi kenapa Islam yang dipilih sebagai isu yang ingin didemontrasikan oleh NGO bukan Islam. Ini jelas menunjukkan kepada umum bahawa NGO ini langsung tidak menghormati kedudukan Islam dan sanggup membuat tuduhan liar ke atas institusi fatwa di negara ini.

Ada yang bertanya kepada saya, apakah itu patriaki? Mengikut pemahaman saya, patriaki adalah agenda yang menghadkan kemampuan dan hak sebagai wanita. Tuduhan mereka (NGO bukan Islam) yang menyatakan Majlis Fatwa sebagai institusi patriaki adalah tidak benar sama sekali. Selama ini, wanita di negara ini bebas belajar, bekerja dan membuat apa yang mereka suka sehingga 60% wanita di negara ini mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan memiliki kerjaya yang boleh dibanggakan. Di sesetengah sektor di negara ini, jelas wanita mendahului lelaki sepertimana yang berlaku dalam sektor pendidikan di IPT.

Apakah rasionalnya golongan ini mahu mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa yang telah mengharamkan ‘pengkid’ kerana jelas terdapat golongan pengkid yang mengamalkan hubungan sejenis sepertimana yang dilakukan oleh gay dan pondan. Adakah golongan ini mempunyai agenda tertentu sepertimana yang berlaku di negara luar apabila perkahwinan sesama jenis dibenarkan dan diiktiraf sebagai sah? Apakah golongan ini mahu menjadikan negara ini sebagai ‘syurga’ untuk melakukan perbuatan yang dikutuk oleh Tuhan?

PAS sebagai sebuah parti yang mendukung perjuangan Islam harus bertindak secara pro-aktif dalam mencegah kemungkaran dan menyampaikan yang benar. PAS tidak harus mengambil sikap berdiam diri terutamanya bila terdapat usaha-usaha yang cuba memperlekehkan institusi Islam di negara ini sepertimana yang dilakukan oleh NGO bukan Islam itu. ‘Moderate’ tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada PAS untuk bersuara lantang dan mempertahankan kedudukan Islam di negara ini. Apa yang terjadi kini, istilah ‘moderate’ itu telah memerangkap PAS sehingga suara PAS kian tenggelam dalam agenda mempertahankan kesucian Islam. Yang berani bersuara hanyalah ahli akar umbi PAS, sedangkan pimpinan tertinggi PAS kini dilihat lebih suka menjaga jawatan yang disandang masing-masing.

Saban hari kita mendengar suara pimpinan PAS menghentam kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Apa yang mereka suarakan itu sudahpun diketahui oleh rakyat dan penyokong PAS. Isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, keangkuhan dan penyelewengan pemimpin UMNO dan BN sudahpun diketahui oleh rakyat. Apa yang rakyat mahu dengar dari pimpinan PAS adalah isi dan butiran agenda perjuangan mereka. Selepas PAS berjaya mentadbir 3 buah negeri, apakah perancangan PAS untuk menawan negeri-negeri lain pula. Apakah usaha itu sudah bermula? Apakah kelemahan yang ada pada PAS sebelum ini sudah diperbaiki dan adakah PAS sudah bersedia memerintah negara ini jika ditakdirkan menang dalam PRU ke 13 nanti? Adakah PAS sudah berjaya menambat hati pengundi Melayu dan Islam di negara ini.

Sejak PRU ke 12 dan sehingga ke hari ini, PAS masih lagi terikut-ikut dengan rentak politik Anwar. Isu perlantikan PKNS baru-baru ini jelas menunjukkan PAS masih lagi belum matang dalam menangani ‘isu perkauman’ yang dimainkan oleh UMNO dan BN. PAS seharusnya bebas dari isu perkauman kerana umat Islam di negara ini bukan sahaja terdiri daripada bangsa Melayu, tetapi juga terdiri daripada bangsa-bangsa lain yang mengaku bahawa Allah itu tuhan mereka dan Muhammad itu pesuruhNya. Mahu atau tidak mahu, PAS perlu bijak memilih isu yang perlu diutarakan agar PAS benar-benar dapat diterima sebagai parti untuk semua.

Wallahu a'lam.


Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 comments:

  1. Nak komen buat apa. Pakar pakar Fatwa negara yang mengaku pakar bertindak lah secara pakar.
    Kalau tak tahu bertindak secara pakar maka elok dia diam bisu sahaja.
    Ini lah akibat nya apabila institusi itu di lihat lemah dan tidak berjuang seperti yang di kehendaki selama ini.
    Terima lah akibat nya dan salahkan diri sendiri dan elok lah pakar pakar Fatwa tu melihat kembali tugas dan tanggung jawab mereka dan mengangkat semula imej mereka.

    ReplyDelete
  2. Salam AFLAH,

    Mengapa hendak ditujukan kepada PAS untuk mengangkat isu ini? Mana suara gagah UMNO yang selama ini kononnyha kuat mempertahankan ISLAM??? PAS diam mungkin kerana bimbang ia akan dipolitikkan oleh anasir yang menunggu peluang, tetapi mana jaguh UMNO yang selalu lantang sebelum ini? Adakah mereka sedang berehat dari perang yang pertama atau mengganggap ini bukan isu yang utama perlu diangkat ketika hangat musim pemilihan UMNO.

    thx!

    ReplyDelete
  3. aflah...jangan jolok sarang tebuan ! Check your facts first !

    ReplyDelete
  4. yer ker sarang tebuan?

    he he he......tebuan dah hilang sengat kot?

    ReplyDelete
  5. You have a good point there Puan Aflah..

    Kalau you tak brought up this subject, golongan khayal dalam kemenagan PRU 12 macam saya ini mungkin tidak sedar..

    Kenapa perlu tuju pada PAS persoalan ini kerana PAS perlu tetap jadi pembela agama Islam..

    Apabila ada pertanyaan sebegini daripada rakyat seperti Puan Aflah bermakna rakyat masih mengharap PAS tetap dengan prinsip Islam.Bukan sekadar bermain di tepian menagih simpati dan menjaga hati "orang lain" dan mengenepikan sensitiviti isu islam.

    Good post puan!

    Kadangkala perlu ada juga org menjolok seperti Zulkifli Nordin.Biarlah apa pun PAS dan PKR nak kata..yang penting dia sudah nyatakan pendirian terhadap sikap kurang ajar kepada Islam

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Kalau kita percaya fatwa itu betul, mengapa kita perlu takut kepada demonstrasi yang dijalankan oleh NGO bukan Islam?

    Yang penting di sini JAKIM dan Jawatankuasa fatwa mesti bermampu berhujah dan memberi penjelasan. Tidak perlu pertolongan orang PAS atau orang UMNO.

    ReplyDelete
  7. HENDAK SAYA SAMBUNG SIKIT......
    NGO bukan Islam ini ? SEBENARNYA AGEN YAHUDI PERANAN NYA DIMAINKAN OLEH ORANG-ORANG KRISTIAN.
    Dia orang akan bergerak secara terang pula,
    Kalau-kalau boleh membantu pergerakan mereka.
    Hendak menguji.Dia tidak menentang Umno,jadi tidak payahlah pihak berkuasa mengambil tindakan.Dia cuma bantah soal kebebasan.......
    Dia akan lemah kan Majlis fatwa melalui bantahan awal.
    Tujuan ialah untuk merosakan akidah
    umat Islam.
    keraguan timbul kenapa mereka ini bertindak sedemikian.
    Apa kah disebalik perjuangan mereka.Mereka ini seperti anai-anai perosak.
    Ini taktik peluang untuk PAS dan PKR berdiam diri.
    Apa pemimpin UMNO boleh buat.
    Pemimpin UMNO juga begitu.Tunggu dan lihat satu perkembangan yang tidak sihat.NGO ini dulu berjuang untuk membuat bantahan kenapa buku ilmiahnya tidak boleh diedar kpd pasaran.Palang terbalik katanya tanda protes.Palang itu tetap berpalang walaupun diterbalik kekiri ker -ke kanan ker.
    dibaring ker.Kalau kita tanam tidak boleh timbul lagi.
    Selagi kita biarkan apa lagi dia orang hendak buat.
    Kebebasan berpasangan.
    Persatuang GAY Malaysia.
    Persatuan Lesbian Malaysia.
    Penari pondan (Dijadikan hiburan dalam satu-satu majlis keramaian)
    (saya pernah saksi).Sekarang sudah jadi trend pula.
    Pondan ini menari dgn gaya aksi lucah.
    Seperti menari pada tiang besi.
    (Yang ini baru lagi).
    Kalau bergesel-gesel dengan tiang tu ghairah ke.......
    Kalau perempuan dgn perempuan macam mana.
    iss tak masuk akal...........
    Macam Ngo .......bukan Islam.
    bantah soal kebebasan........
    Hendak bebas apa lagi.......
    Sudah semua boleh.....bebas ...
    Takkan hendak bercium depan orang ramai pulak.
    Hendak jadi mcm orang putih......
    Gila kut.......
    Gila sex.......

    ReplyDelete
  8. Nur Aflah
    Jangan tuding jari kearah Pas, cuba kamu renong kembali siapa yang suka melatah tak ke UMNO yang selalu membuat bantahan, nah sekarang tunujkanlah kekuatan mana dia hulubalang hulubalang , kenapa diam. Nur Aflah kamu menulis untuk mencari kebenaran, tapi kamu ni selalu perjudis terhadap orang lain , kenapa ?
    Tolong jawab kenapa ?

    ReplyDelete
  9. To Anon 1.50pm, saya bukan menuding jari tapi membangkitkan pertanyaan kepada pimpinan PAS. Saya bukan menyuruh pimpinan PAS menganjurkan sebarang demontrasi untuk membalas demontrasi yang dibuat oleh 'puak anti-fatwa' itu. Saya ingin mendengar pendirian dan komentar pimpinan PAS tentang isu ini. Suara mereka langsung tidak kedengaran.

    Menteri UMNO ada membuat ulasan dan memberikan peringatan kepada puak-puak ini supaya jangan mencampuri urusan orang Islam. Sila rujuk pada portal Bernama. Dan, saya tak teruja untuk menujukan isu ini kepada UMNO kerana selama ini, kita sudah tahu dasar UMNO tentang Islam. Masalahnya kini, PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam harus mengambil sikap prihatin terhadap semua isu khususnya yang melibatkan kredibiliti institusi Islam di negara ini.

    Jangan asyik membela beberapa kerat pemimpin DAP dan perhimpunan 'vigil' sehingga tidak perasan ada puak lain yang sedang berusaha memperlekehkan Islam.

    Adakah kerana saya mengkritik beberapa kesilapan PAS, maka saya harus dituduh sebagai prejudis. Adakah PAS itu bersifat maksum dan adakah ahli PAS mahu menjadi penyokong UMNO yang segala tindak-tanduk UMNO adalah benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka?

    Jika anonymous seorang penyokong PAS, maka jadilah penyokong yang tidak taksub sehingga apa yang dilakukan oleh PAS adalah benar belaka. Kalau begitu keadaannya, tiada bezanya sikap Anon dengan penyokong fanatik UMNO.

    ReplyDelete
  10. wow.. as i look at the comments, i am delighted to see people with different opinions voiced out their views! this is encouraging, to say the least. :)

    my point of view are similar to those voiced out by anon 12.44 and tun jeram. although it is not proper for a non-muslim to say this, but it is common knowledge that the majlis fatwa have absolutely no credibility left in the eyes of muslim/non-muslim. So what are there to defend about?

    Why fatwa on these issues when there are much bigger issues which they conveniently drag their feet on...? When a supposedly adult speaks childishly too frequently, people just don't take them seriously anymore...

    which makes me wonder the need for the demonstration...can the practicing of yoga and tomboyish behaviour be abolish with the fatwa? in any case, are there fatwa for cigarette smoking? if there is one, has it worked? and if there is none, then why not?

    as for your question on why Pas has not responded...well, i say congratulations to Pas on this matter. Finally they could see the bigger picture and stop being petty.

    ",...Malah, ianya juga boleh menimbulkan kesangsian ke atas umat Islam di negara ini terhadap peranan dan kredibiliti Majlis Fatwa...."

    sis, non-muslim could differentiate between muslim and islam. i don't hate islam, but i hate any organisation that bears the name of Islam. Simply because islam is just a front for them to push forward their own agenda. PPIM is a good example...hehe...

    sis, i hope you don't interpret this as islam bashing. but by lumping these islamic bodies to the religion and defending them in the process is actually a disservice to the religion...:) imho

    "...NGO ini langsung tidak menghormati kedudukan Islam dan sanggup membuat tuduhan liar ke atas institusi fatwa di negara ini...."

    sis, you starts to write like mahaguru58. surely you understand that fact that respect is earn, not given? you think that by these demonstration people will change their opinion of the fatwa body? whether for good or for the worse?

    "...Apakah golongan ini mahu menjadikan negara ini sebagai ‘syurga’ untuk melakukan perbuatan yang dikutuk oleh Tuhan?..."

    this is too far fetched. to oppose a certain rule is not to encourage what is opposite. you are putting words into others mouth...


    "...PAS sebagai sebuah parti yang mendukung perjuangan Islam harus bertindak secara pro-aktif dalam mencegah kemungkaran dan menyampaikan yang benar...."

    so what you want Pas to do? Organise an even bigger protest? Come to think about it, is the typical muslim so dumb that they doesn't know the boundary of the religion and what not to be done? i seriously doubt so.

    _____________________________

    "....SEBENARNYA AGEN YAHUDI PERANAN NYA DIMAINKAN OLEH ORANG-ORANG KRISTIAN...."

    sigh.......yahudi lagi.....

    bila benda tak betul, orang yahudi
    bila rosak akidah, orang kristian

    ReplyDelete
  11. To Kakiayam, I’m totally disagree when you said “it is common knowledge that the majlis fatwa have absolutely no credibility left in the eyes of muslim/non-muslim. So what are there to defend about?” Of course non-muslim will not respect Majlis Fatwa but why that group want to condemn fatwa? Are they knows fatwa more than muslim knows? What’re they know about Islam? Why they labelled fatwa as patriaki?

    In this case, muslim should not behave like what non-muslim did. They absolutely must follow the fatwa as one of the guideline in Islam after Al-Quran and Sunnah. If they rejected the fatwa, then they’ve to answer in front of Allah. If some muslim managed not to follow the fatwa, that is not the Majlis Fatwa problem’s. That’s an individual matters. So far, the majority of muslim are practising and accept fatwa as one of their guideline.

    I don’t care if you don’t like PPIM. That’s the different story. But Majlis Fatwa is one of the highest entity in Islam. In PAS, they’ve Dewan Ulamak to guide their political act. But in Islam, we’ve Majlis Mufti. I hope you’ll get the clear picture on this issue. I don’t asked PAS to organise the bigger protest. You can refer to my comment at 2.14pm.

    ReplyDelete
  12. "....They absolutely must follow the fatwa as one of the guideline in Islam after Al-Quran and Sunnah. If they rejected the fatwa, then they’ve to answer in front of Allah..."

    Now here comes the problem. What happens when there are different fatwas for the same matter in different country? Whose fatwa is correct? To me, a pengkid and homosexuality is two different thing. To condemn homosexuality is one thing, but banning pengkid?

    I can easily relate smoking to all sorts of health problem which will then cause family problem and subsequently cause moral problems due to neglect and so on and so forth. (tulang besi is good at these sort of reckless justification out of thin air) So why is smoking not banned?

    "...But in Islam, we’ve Majlis Mufti...."

    Yeap, i know. But i seriously don't understand the need for majlis this and majlis that to tell the muslim what to do, when to do, how to do.... Aren't all these specifically stated in the al-quran?

    Majlis Mufti? Well, with the Harussani racist inside, what respect will it earn? Would a sober minded/well read muslim respect these institutions?

    ReplyDelete
  13. Sis Nur, having said all that, I would like to state that whatever measures that is taken by Majlis Fatwa is well within the boundary of the Muslim community.

    I personally thinks that non-muslim should not openly opposed what is not related to them. The non-muslims should not impose their thought and moral standard upon the muslims and vice versa. And for that, I need to repeat my assertion that the demonstration is unnecessary if not improper by the NGO.

    As for the questions and doubt on the Fatwa Council, it was mainly for discussion purposes. Never to ridicule, never.

    Hopes for your understanding.

    God bless!

    KaKiaYam

    ReplyDelete
  14. perlukah bermusuhan dlm menjalankan tugas agama?
    pas x perlu tunggu jakim, jakim x perlu tunggu pas
    ini tanggungjawab, n perkara ini pasti di tny di akhirat kelak
    bediam la diri sekiranye kite redha di hentam dgn agama lain.
    sewajarnye y rase mereka betanggungjwg harus bertindak!!!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.