MAHATHIR : SAYA TAK CURI 1 SEN PUN


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, projek mega yang disyorkan (semasa beliau menjadi Perdana Menteri) dahulu boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memikirkan sama ada untuk meneruskan projek berkenaan atau tidak setelah mengambil alih tampuk kepemimpinan negara nanti.

Beliau berkata demikian selapas ditanya sama ada Najib perlu meneruskan projek mega selepas menjadi Perdana Menteri setelah mengikut pelan peralihan kuasa.

"Dia boleh kaji sama ada lebih baik untuk menghentikan atau pun meneruskan.

"Kita buat selama beberapa tahun, nampak tiada rugi apa pun," katanya selepas menyampaikan ucapan di Kuala Lumpur International Trade Forum 2008 di sini.

Beliau berkata kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk melaksanakan projek mega bagi pembangunan negara.

"Kalau tidak ada duit, saya tak percayalah. Masa saya berhenti dulu, saya pastikan kerajaan ada cukup duit. Saya tak curi satu sen pun," katanya.

Mahathir menjelaskan bahawa pemberhentian projek mega akan memperlahankan ekonomi.

Katanya, setiap kali kerajaan belanja wang untuk projek mega, ramai yang akan mendapat keuntungan seperti kontraktor, sub-kontraktor, pembekal dan juga pekerja.

"Orang jual nasi lemak pun dapat duit. Bila berhenti yang ni, semua orang ni pun berhenti. Jadi cara itu bukan cara yang bijaklah," katanya.

Sumber: Bernama

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. betulke tak ambik satu sen pun...kalau betul bagusla...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Sen? Siapa mahu sen?
    Yang dicuri berbillion-billion!...
    Ha.. Ha.. Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  3. Statement Saya tak curi satu sen pun tuh kena di baca dengan intonasi yang betul.

    "Saya tak curi satu sen pun"
    Intonasi mendatar

    "Saya tak curi satu sen pun"
    Intonasi menaik (selalunya didahului dengan "eh".

    "Saya tak curi satu sen pun"
    Intonasi menurun (selalunya didahului dengan "Betul..."

    Pandai2 la anda sekalian mentafsir statement tersebut.

    ReplyDelete
  4. Sapa kata dia curi duit, orang pun tak ada kata dollah curi duit. Ini betul-betul sudah cakap berbelit. Orang bukan citer pasal curi duit. Tak curi duit tidak bermakna kamu tak buat salah lain.

    ReplyDelete
  5. PENCURI MANA YANG MAHU MENGAKU DIA YANG MENCURI. SAMDOL JE !

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.