HARGA BARU PETROL RM 1.85
Kerajaan mungkin menurunkan sekali lagi harga minyak sebanyak 15 sen, untuk kali keenam berturut-turut, awal bulan depan.
Pada masa ini, harga minyak RON97 ialah RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing RM1.90.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, penurunan itu kini dilihat wajar memandangkan minyak dunia kini didagangkan di bawah paras AS$60 setong.
"Saya fikir harga turun lagi. Perbincangan sedang dibuat dengan pelbagai pihak termasuk pengusaha pam minyak.
"Mereka minta jika berlaku penurunan kerajaan perlu menurunkan hanya 10 sen bagi mengelak mereka terpaksa menanggung kerugian 3 sen bagi setiap liter tetapi kerajaan berpendapat 10 sen terlalu rendah,'' katanya di lobi Parlimen semalam.
Sumber: Kosmo
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
Good news.
ReplyDeleteIn the UK, the price of petrol has gone down to 0.92 per liter. At it's peak it cost around £1.90 so that's almost halved.
Let us see if the reduction of petrol price can revitalise this economy.
What do you think Cik Nur Aflah?.
Tak pa...terus turun untuk rakyat juga...
ReplyDeleteOrg2 yg dah komen pasal harga minyak tu...bolelah koman pula..
Pasal harga barang2..kena beza antara barang kawalan dgn barang yang tak dikawal...