DI SEBALIK DISKAUN 10% PLUS DAN ELITE?


Diskaun 10% yang diberikan PLUS dan ELITE telah mendapat komen yang pelbagai dari kalangan blogger. Ada yang berterima kasih dan ada juga yang memperlekehkan ‘pemberian’ itu.

Apapun, itu hak masing-masing, samada mahu berterima kasih ataupun sebaliknya.

Bila harga petrol sudah diturunkan, tentunya bilangan kenderaan akan kembali bertambah di jalanraya. Jika dahulu pengguna agak berkira-kira untuk bergerak ke sana ke mari, mungkin kini tidak perlu berkira-kira lagi.

Hasilnya, pengusaha tol akan kembali menjana pendapatan yang lebih. Oleh sebab itu, bila PLUS dan ELITE mengambil keputusan untuk memberikan sedikit diskaun, ianya tidak lebih daripada salah satu strategi pemasaran mereka.

Jumlah aliran trafik pada waktu 12 malam – 7 pagi di laluan lebuhraya PLUS dan ELITE hanyalah 10% daripada jumlah trafik harian mereka. Ini bermakna, jumlah diskaun yang terpaksa ditanggung oleh mereka tidaklah begitu besar angkanya.

Mungkin juga dengan pemberian diskaun ini, bilangan trafik pada waktu malam akan bertambah dan pertambahan itu sudah tentu akan menambahkan pendapatan PLUS dan ELITE.

Tindakan PLUS dan ELITE yang memberikan rebet 5% kepada pengguna kad Touch n Go dan Smart Tag yang membelanjakan lebih RM 200/bulan juga salah-satu daripada strategi pemasaran mereka.

Dengan bertambahnya pengguna yang menggunakan kad tersebut, bilangan tol yang menggunakan tenaga kerja manusia dapat dikurangkan. Ini sudah tentu dapat mengurangkan kos operasi mereka untuk pelan jangka panjang selain dapat menjana pendapatan baru melalui penjualan kad Touch n Go dan alat Smart Tag.

Apapun, tambahan diskaun 10% pada musim perayaan utama wajar juga menerima pujian daripada pengguna. Sekurang-kurangnya, tekanan yang dihadapi oleh pengguna sewaktu mengharungi kesesakan pada waktu ini dapat dikurangkan sedikit bila diskaun itu ingin diberikan.

Tetapi, apa yang selalunya berlaku, pada waktu perayaan, tempoh perjalanan yang biasa mengambil masa 2 jam boleh berlarutan sehingga 5 jam.

Ertinya, perbelanjaan petrol akan bertambah dan jumlah penjimatan yang dapat dirasakan oleh pengguna lebuhraya terlalu sedikit ataupun tiada langsung. Lebih parah lagi, khabarnya harga tambang kenderaan awam bakal dinaikkan sehingga 50% mulai tahun hadapan.

Kesimpulannya, jumlah diskaun yang diberikan oleh PLUS dan ELITE tidak menguntungkan sangat kepada pengguna kerana mungkin pada 2009, diskaun 10% diberikan, tetapi pada 2010, kadar tol pula dinaikkan.

Sekali lagi, pengguna kenalah bijak merancang dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran diskaun yang diberikan pengusaha. Selalunya, tak ada pun udang besar dalam sepinggan mee yang murah harganya.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. ok lah tu..aper nak lagi...itu kan strategi pemasaran... sesiapa yang bekerja pd waktu mlm. bonus lah pada mereka. yang kerja siang terima la keadaan. kalau nk benefit tu 1 jan 09 semua majikan istihar kerja mlm. siang semua pakat tidor...best jugak. sunyi sepi jln raya. penyagak dan kelkatu terpaksa beroperasi siang hari. . he he. bayangkan kalau mlm sibuk orang ke sana ke mari...aku rasa business lagi prodaktif...sebab dah sama dengan barat...purgh kan within time in any bsness dealing.

    he he menambah rakyat pd waktu siang kot...

    segala jembalang toyol hantu raya pun kebingungan.
    kayo lar sykt tol kot.

    ReplyDelete
  2. Salam Aflah,

    nak tau la sape ahli politik johor yang kena tahan

    Politician Detained Under Emergency Ordinance


    JOHOR BAHARU, Nov 19 (Bernama) -- A 44-year-old politician was detained under the Emergency Ordinance two days ago for suspected involvement in crime syndicates in Johor.

    State police chief Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, who confirmed this, said the man , who is from Masai, was detained under the Emergency (Public Order and Crime Prevention) Ordinance 1969.

    "The Home Minister (Datuk Seri Syed Hamid Albar) signed the consent for his detention effective on Nov 17," he told reporters here, Wednesday.

    Mohd Mokhtar said the man was arrested on Sept 20 for involvement in serious crime and disrupting public order.

    The man had been sent to the Simpang Renggam detention center, where he would be detained for two years, he added.

    -- BERNAMA


    thx!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.