BETUL KE MAHATHIR KATA BEGITU?

HINGGA hari ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti tidak berani mengulangi kata-katanya, terhadap calon Timbalan Presiden Umno selain dari Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ‘adalah jokers’.

Dr. Mahathir mungkin tahu, ada bahagian-bahagian yang menyokong Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, turut menyokong anaknya Datuk Mukhriz, bertanding kerusi Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Rugilah dia, kalau bahagian-bahagian yang menyokong Mohd Ali atau Muhammad, Pemudanya tidak menyokong anaknya – yang boleh menyebabkan anaknya, yang tidak berani menyahut cabaran berdebat, mendapat kurang sokongan.

Maklumlah, kebanyakkan Pemuda-Pemuda bahagian, masih ‘malu alah’ dengan kepimpinan bahagian. Kalau bahagian itu mencalonkan (baca: menyokong Mohd Ali) biasanya Pemuda pun akan mengikut sahaja. Tiba-tiba, Dr. Mahathir merendah-rendahkan Mohd Ali, kononnya ‘tidak layak bertanding’, tentulah sedikit sebanyak akan menggugat sokongan terhadap anaknya.

Dr. Mahathir tentunya tahu, apabila terlibat dalam pertandingan, bukan undi penyokong sahaja yang dikehendaki, malahan undi penentang juga diperlukan.

Khabarnya Dr. Mahathir turut menyebut perkataan ‘bodoh’ dan ‘rasuah’ kepada Mohd Ali dan Muhammad ketika menyampaikan ucapan di luar negara, di hadapan pelajar-pelajar Malaysia.

Mungkin, Dr. Mahathir merasakan, selain dari Muhyiddin yang pandai dan tidak rasuah, anaknya Mukhriz juga ‘bersih’ seperti salji.

Dari sumber-sumber Pemuda Umno pula, ada yang menceritakan Mukhriz juga bersetuju dengan pendapat bapanya terhadap Mohd Ali dan Muhammad yang kononnya tidak layak bertanding jawatan Timbalan Presiden, jauh sekali memegang jawatan tersebut. Betul ke Mukhriz? Kalau tidak betul dakwaan ini, kena perbetulkan. Jangan biarkan ia merebak kerana ia tidak sihat kepada politik Umno.

Begitu juga Dr. Mahathir. Kalau dia merasakan dia tersilap cakap, dia tersebut perkataan ‘bodoh dan rasuah’ yang ditujukan kepada dua calon lain, selain dari Muhyiddin, kenalah dia perbetulkan. Jika tidak, terserahlah kepada para penyokong Mohd Ali dan Muhammad untuk ‘mengajar’ Dr. Mahathir dan anaknya, Mukhriz.

Sebenarnya, Umno memerlukan semua golongan berada di dalam parti ini. Bukan keluarga Dr. Mahathir sahaja yang layak menjadi peneraju Umno kerana Umno adalah parti untuk semua orang-orang Melayu.

Dr. Mahathir sedikit sebanyak berperanan memecah-belahkan perpaduan dalam Umno. Ketika dia sukan Tun Musa Hitam, dia mengecewakan Tengku Razaleigh Hamzah dan para penyokong anak Raja Kelantan itu.

Ketika dia bergaduh dengan Musa, Ghafar Baba dijadikan regunya untuk berhadapan dengan Musa. Bukan sedikit penyokong Musa ‘merajuk’ apabila Dr. Mahathir dan Ghafar menang pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden.

Begitu juga apabila Dr. Mahathir bermasalah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umno yang teruk menerima kesannya walaupun Dr. Mahathir masih boleh kekal menjadi Perdana Menteri.

Cuma, ahli-ahli Umno perlu ingat dan sedar, kesan dan akibat perbuatan Dr. Mahathir itu, Parti keADILan ditubuhkan hingga menyebabkan hari ini, Barisan Nasional (BN) terancam dan PKR diwujudkan kesan dari ‘legasi peninggalan’ Dr. Mahathir. Ketika semua orang enggan mempercayai dakwaan Dr. Mahathir terhadap Anwar, sekarang Dr. Mahathir dan anaknya Mukhriz bukan ‘menyerang Anwar’ sebagai musuh Umno dan BN, sebaliknya dua beranak ini menjadikan Presiden Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai ‘musuh dan sasarannya’.

Ketika Dr. Mahathir tidak berkeyakinan terhadap Mohd Ali dan Muhammad, banyak pihak mendakwa Mukhriz juga turut tidak berkeyakinan terhadap Mohd Ali dan Muhammad. Walaupun tidak ada kenyataan secara terang-terangan dibuat oleh Mukhriz, tetapi tidak juga kedengaran Mukhriz mempertahankan Mohd Ali dan Muhammad sebagai ‘berhak untuk bertanding’ jawatan Timbalan Presiden, seperti dirinya berhak untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Sumber : KPMU.net

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. Salam sis,

    Nice blog.. and good writing..

    Regards,

    Fazrul

    ReplyDelete
  2. BUNGARAYA bersuara,
    Ramai suara didalam banyak blog yang 'salute' dengan Tun Dr Mahathir. Saudara nampaknya begitu berani mempamirkan fakta sebenar siapkah Dr Tun Mahathir dulu dan sekarang. Nampaknya Sdr 'consistent' dalam mengeluarkan pendapat. Ada orang dulu mengatakan Mahathir ialah MAHAFIRAUN tapi kini kembali mengiyakan kata-kata Mahathir.
    KEPADA SAYA Mahathir bukanlah pemimpin melayu yang sejati. Beliau adalah serior opportunist sebenar yang pintar dan bijaksana.
    Kata-kata nya langsung tidak bersandarkan perjuangan melayu. Hanya bersandarkan perjuangan melayu jika memberikan keuntungan kepada kepentingan politiknya.
    Mukhriz mencontohi cara dan pendekatan babaknya berpolitik. Bila ketikanya beliau berjuang untuk melayu. Tidak ada sepatah haram suaranya yang terkeluar dari mulutnya seperti suara Datuk Fuad Hassan, Datuk Rohanie Ahmad, Datuk
    Duniatiger ku, dan seperti suara Sdr Iraman Haji Karim...yang saban hari meminta agar bangsaku sedarlah bahawa kini anda didalam keadaan dihina dan dicaci oleh Cina dan India. Lebih teruk dari keadaan sebelum 13 mei 1969.

    ReplyDelete
  3. Kamu ni rupanya sangatlah bodoh Aflah oii... Kalau Mahathir nak menaikkan anaknya, dia boleh naikkan Mukhriz semasa dia memerintah, sama seperti Lee Kuan Yew. Tapi Mahathir memilih sebaliknya. Anak-anaknya dilarang bertanding semasa dia memerintah.

    Kini jika anak-anaknya bawa wang berjuta-juta seperti Muhammad Taib ataupun tidak mempunyai visi seperti Ali Rustam, anak-anaknya juga menerima padah dari Mahathir.

    Pos kamu tidak lebih dari cuba menipu ahli-ahli UMNO dan kamu pun tahu tidak semua orang bodoh seperti yang cuba ditipu oleh Anwar.

    ReplyDelete
  4. jangan bergaduh. mathathir adalah sejarah. dah pencen. buat pe nak dengak apa dia cakap. dia sudah nyayuk. suruh dia pergi masjid lagi baguih !

    ReplyDelete
  5. Salam Aflah,

    Saya sokong pendapat bunga raya...

    kepada sdr anony,
    sedap je kata bodoh kat org... cakap ikut fakta semasa bukan tau nak sapu jer...ni mesti pengikut setia mahathir..setiap yang mahathir cakap adalah sabda yang mesti diikut...

    thx!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Komen anon 10.22pm terpaksa dipadamkan kerana mengandungi perkataan lucah.

    Buat anon 10.22pm, tidak perlu gunakan perkataan lucah untuk menegakkan hujah awak.

    ReplyDelete
  8. Zaman Tun M ramai orang melayu hidup senang.Melayu yang malas siapa jadi PM pun serupa juga.Orang Indon pun bolih pakai kereta Harrier!Jadi hidup mesti rajin jangan sibuk cari salah orang.Kalau benci macam2 nama kita gelar tapi kalau kita suka macam2 kita puji.

    ReplyDelete
  9. since sunber dari kpmu.net anggap lah nota tu mcam baca baca dalam jamban habis baca pam saja. isu mahathir nih semua menarik perhatian ramai...rata rata yang komen dalam nih pasal mahathir hanya guna akal tak guna ilmu...atau fakta. mahathir dah merintah awal 80 an yang komen tak semua lah, masih berhingus. rata rata 10 tahun ke bawah... sobila tak tau selidik, biar adil pada diri sendiri dah adil baru terang pada orang lain. korang dok kutok dia apa dapat ...baiki diri kalau diri masih bergantung harap pada orang lain...lepas tu nak kondem kondem. banyak dia lakukan...mungkin ada juga ada kata bnyak kerosakan dia lakukan.
    ok apa ang rosak...ekonomi ... gawat ekonomi bukan sekarang tahun 72 73 pun berlaku, tahun 85 90 pun berlaku tahun 97 98 pun berlaku global factor semua. hal orang melayu....dah semula jadi orang melayu suka bergaduh...semua sudut phd banyak.. walaupun solat 5 waktu tapi perbuatan saja bukan rohani pun solat....masaallah sosial... melayu juara brmula dari keluarga.tengok sekarang peranan kat umah suruh pembantu buat kerja sebenarnya klu suami isteri tau peranan takder masaalah. so apa isu mahathir di salahkan dlam hal nih...apa yang lain tuh malaikat ker....maksum ker ....pemimpin yang di puja kentut nya wangi ker... mahathir kalu silap maafkan. rugi ker nak maafkan.kalau yang komen tu tahap ilmu mcm nik aziz ker harun din ker hadi awang takpa lah boleh lah dengar...ini baca fatihah dalamsolat pun belum tentu betul tajwid... pirah

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.