BEKAS HAKIM : TAK BOLEH TUKAR AGAMA!


Konsep kebebasan beragama tidak terpakai bagi umat Islam di negara ini, kata seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi hari ini.

Datuk Faiza Tamby Chik berkata berdasarkan undang-undang di negara ini, tidak mudah bagi seorang penganut Islam untuk keluar daripada agama itu.

Sambil mengambil contoh kes murtad Lina Joy, Faiza berkata dalam penghakimannya, mahkamah tinggi memutuskan bahawa mengikut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu akan terus kekal sebagai penganut Islam hingga akhir hayatnya.

“Orang Melayu tidak boleh meninggalkan agamanya melalui surat ikatan pol dan mendapatkan perisytiharan berdasarkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan,” katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk ’Orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan’ pada Seminar Perbandingan Agama Antarabangsa (ISCOM 2008) yang berakhir hari ini.

Seminar dua hari anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu turut disertai ilmuan dari universiti Sydney, Syria dan Filipina.

Kini, Faiza berkhidmat sebagai fellow di Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM.

Bekas hakim itu berkata mahkamah berkenaan juga memutuskan bahawa sekiranya seseorang bukan Melayu memeluk Islam dan kemudian membuat keputusan untuk keluar daripada agama itu, dia perlu merujuk kepada pihak berkuasa agama negeri berkenaan, yang akan membuat keputusan tentang rancangannya itu. - Bernama




Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Hukum murtad sebenarnya harus digunapakai di dalam konteks dan konsep Negara Islam. Tidak kurang dan tidak lebih.

    Kerana bila terkurang atau terlebih, prasangka, salah faham, dan penindasan akan berlaku kepada rakyat. Islam dan bukan Islam.

    Malaysia bukan sebuah negara Islam yang sempurna, malah jauh sekali dari "Baldatun taibatun wa rabbun ghafur". Hukum murtad, mahkamah syariah, dan akta-akta lain semuanya tidak harus dicedok sedikit2.

    Negara Islam harus datang dari sebuah revolusi, bukan reformasi. Kerana reformasi ialah perubahan DARIPADA sesuatu, dan revolusi adalah perubahan KEPADA sesuatu.

    ReplyDelete
  2. Sdr Fadzli...saya bersetuju... dan semua pihak harus bergerak ke arah tersebut....

    Usaha perlu digerakkan dengan niat daulah ISLAM bukan atas niat lain...

    Jika ada pasti ramai menyokong.....
    niat seiring kata, kata seiring laku dan laku dilakukan pada semua keadaan....

    ReplyDelete
  3. Bagi orang yang menganut agama islam melalui keturunan seperti orang melayu tidak menjadi masaalah menjadikan agama itu kekal dalam dirinya sehingga mati.

    Namun yang menjadi masaalah adalah orang yang sudah beragama lain sebelum nya,mungkin dipengaruhi pekara tertentu maka mereka ingin mencuba menghayati pula agama islam.

    Tapi disebabkan tidak dapat bimbingan secukupnya mereka rasa terpinggir atau terbiar dan beranggapan agama islam tidak sesuai baginya maka mereka ambil keputusan mencari jalan keluar.

    Orang jenis ini yang selalu mencemarkan nama baik agama islam dan menimbulkan masaalah dalam konsep kebebasan beragama.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.