MAHATHIR AKAN DEDAHKAN PERASUAH UMNO DI BLOGNYA!


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua laporan yang diterimanya berhubung amalan politik wang dalam Umno akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk tindakan lanjut.

Beliau menegaskan laporan tersebut juga akan diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Jika kedua-dua cara itu tidak berhasil, saya akan siarkan senarai nama mereka yang terlibat itu beserta laporan dalam blog saya," katanya pada sesi soal jawab dalam majlis Dialog Bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan yang berani amat diperlukan ketika ini bagi memulihkan imej dan kedudukan Umno yang didakwanya kian tercemar ekoran amalan politik wang yang semakin berleluasa.

Masalah yang semakin berlarutan itu, menurut Dr Mahathir, menyebabkan Umno seakan dipandang `jijik' oleh pihak lain kerana ia berlaku dengan begitu terbuka dan keterlaluan.

"Jika kita tidak berani mengambil tindakan, Umno akan hancur. Inilah yang akan menunggu kita kalau keadaan ini berterusan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata amalan politik wang adalah faktor utama yang akan memusnahkan Umno dan struktur keseluruhan parti itu.

Sekiranya tidak dibersihkan, negara perlu bersedia menghadapi keruntuhan kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Dr Mahathir yang pernah menerajui Umno selama 22 tahun.

"Apabila mereka menggunakan wang, pandangan pengundi kepada mereka akan lebur. Mereka (pengundi) jijik pada orang macam ini.

Pada pilihan raya akan datang sudah tentu yang akan dapat jadi calon ialah mereka yang kalau tak cekap bodek pun, ialah mereka yang cekap memberi wang kepada pihak tertentu supaya mereka dicalon untuk menjadi calon pilihan raya.

"Rakyat akan pandang mereka ini sebagai calon yang terlibat dengan rasuah. Apakah rakyat akan undi kepada calon-calon ini?," katanya.

Dr Mahathir berkata, hanya ahli yang tidak menggunakan akal sahaja akan mengundi calon yang terlibat dengan rasuah.

"Seperti yang saya katakan, undi daripada ahli sahaja tidak memberikan kemenangan kerana undi dari ahli (Umno) itu sedikit. Kita perlukan undi dari pengundi yang bukan ahli Umno tetapi merupakan penyokong setia Umno," katanya.

Rentetan daripada itu, kata beliau, tidak mustahil untuk BN kalah pada pilihan raya ke-13 akan datang jika para pengundi enggan mengundi calon yang terlibat dengan rasuah.

"Itu bukan mustahil. Sebelum pilihan raya umum Mac lepas, kita fikir kita tentu menang di Selangor, Perak dan Pulau Pinang, tentu kita menang di Kedah, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," katanya.

Sumber: Bernama

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. Apa kepentingan lain lagi yang ada bagi Mahathir?

    Rahsia Fir'aun terdedah jika BN jatuh?
    atau...
    Dia rasa dia dah tak lama lagi dah?

    Saya rasa dia serius. Either reason.

    ReplyDelete
  2. Mahathir adalah spesies burung helang. Dia terbang tinggi tak mengira apa jua halangan yang datang. Tiba masa dia nak mencengkam, dia terus menuju kpd mangsanya.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya berpendapat antara faktor penting yang boleh menyumbang kepada usaha membanteras politik wang dalam UMNO ialah ketegasan dan komitmen tinggi yang diperlihatkan oleh pimpinan tertinggi parti itu (Abdullah dan Najib).

    Hal ini demikian, kerana sama ada Jawatankuasa Disiplin UMNO atau BPR mungkin tidak sebebas mana,dan tindakan mereka masih berada di bawah ruang lingkup "pengaruh" pimpinan tertinggi UMNO/kerajaan.

    Akan tetapi, apabila kedua-dua pimpinan tertinggi UMNO dan kerajaan nampaknya tidak mampu memperlihatkan sikap yang demikian, maka usaha yang dilakukan oleh Mahathir,sebagai bekas pemimpin UMNO yang masih berpengaruh, saya harap akan ada juga kesannya.

    Buat masa ini kita barangkali tidak perlu mempersoalkan motif Mahathir berbuat demikian. Yang penting, kita harapkan tindakan Mahathir akan ada kesannya dan hasilnya.

    ReplyDelete
  4. Pn,Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang........

    Tapi disebalik beratus-ratus laporan perlu dipastikan status laporan tersebut...bukti2 perlu ada...

    Namun sbg penentang politik wang..saya menunggu dgn penuh harap moga pendedahan itu menjadi kenyataan

    Selamat datang!!!!

    ReplyDelete
  5. syabas kepada Tun Mahathir.
    Sebelum terlambat, yg bersalah jgn terlepas kerana tersangat buruk akibatnya kalau pemimpin rasuah menerajui negara

    ReplyDelete
  6. Ketika ini kita lihat dalam blog banyak penulis mengutuk, menghina dan menyumpah parti UMNO dan pemimpinnya. Sama ada tentang kelakuannya atau pun corak pentadbirannya.

    Namun kita perlu ingat hari ini adalah hari UMNO. Bangkrapnya UMNO hari ini kerana kesalahan lampau melibatkan rasuah yang telah jadi darah daging ahlinya.

    Kita boleh ketawa dan mengejek mereka kerana mereka dalam kelemasan. Kita boleh perlecehkan kemampuan mereka kerana kita sudah beroleh kekuatan. Namun kita jangan lupa penyakit rasuah yang ditanggong oleh UMNO boleh berjangkit kedalam parti lain.

    Kita belum lihat parti lain terlibat dalam rasuah secara terang-terangan. Tapi apa kita percaya bahwa parti PAS tidak akan terlibat dalam rasuah politik dimasa akan datang..?

    Apakah kita yakin bahawa parti PKR akan sentiasa telus apabila berlakunya pertandingan merebut jawatan dalam parti...?

    Jika tidak berlaku, maka selamatlah parti itu. Tapi jika berlaku maka kita akan rasa bagaimana ahli UMNO rasakan sekarang.

    Pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang amalan politik wang dalam Umno perlu diambil perhatian oleh semua parti politik seperti PKR, PAS, DAP. Demi kebaikan parti masing-masing.

    ReplyDelete
  7. ASSALAMUALAIKUM PUAN.. SALAM ZIARAH. MEMANG BLOG YANG MENARIK.DAN SAYA GEMBIRA PUAN MEMPUNYAI MINAT POLITIK YANG MENDALAM..

    SAYA ADA MENULIS TENTANG HAL BERKAITAN TAJUK INI DI BLOG SAYA.MOHON TUNJUK AJAR DAN SILA KOMEN MEMBINA UNTUK SAYA.TERIMA KASIH..

    http://lembahbujang.blogspot.com/

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.