BREAKING NEWS!!!
Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini memutuskan kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Hakim S.Komathy Suppiah mula membacakan penghakiman ketika sidang bermula pada jam 3.17 petang tadi.
Terdahulu, wartawan sudah mula memasuki mahkamah pada pukul 2.45 petang tadi.
Bagaimanapun, perkarangan mahkamah hari ini agak lengang.
Komathy menetapkan hari ini untuk membuat keputusan bagi mengesahkan sama ada sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada sah atau tidak.
Pada 31 Oktober lalu, peguam bela yang diketuai Sulaiman Abdullah mengemukakan hujah tambahan berhubung isu campur tangan Abdul Gani yang telah menandatangani surat kuasa memindahkan kes tersebut.
Sementara itu, pasukan pendakwa raya turut mengemukakan hujah tambahan berkaitan isu tersebut.
Mahkamah kini mendengar permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes liwat ini ke Mahkamah Tinggi.
Kes Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.
Perbicaraan kes liwat Anwar masih berada di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.
Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
4 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Saya melihat senario perhakiman dan perkara-perkara berkaitannya, sedang mengalami arus perubahan.
ReplyDeletePusingan pertama sudah menang mudah.
ReplyDeletepusingan pertama hanya gula-gula.
Biasa nya soalan pertama memang mudah.
Soalan ke dua rumit.
soalan ketiga tidak masuk akal.
soalan keempat, soalan teka teki.
soalan ke lima ilusi.
soalan ke enam soalan Ahli Nujum.
soalan rekaan.
soalan ke tujuh soalan lawak.
soalan ke 8
soalan yang tiada jawapan.
Soalan ke 9 kenapa saiful di liwat oleh Anwar.
Soalan ke 10 dijawab oleh
Hakim S.Komathy Suppiah sebab saiful belum khwin lagi ,mana boleh bersekedudukan bersama.
(Belum ada surat sah Nikah).
Saiful ini dua alam ker....?
Siapa tangkap mereka?.
Apakah status si siful sekarang.
katanya si saiful hendak buang kes.
kerana dia masih lelaki sejati.
Tidak pernah di liwat pun.
Katanya buntut dia masih ori.Tidak percaya.......ker.
Tiada masa aku hendak tengok buntut hang.
Malas lah, aku nak pi makan sup lak......alamak ,sup apa......
Alhamdulilah, semuga tuan tuan hakim yang arif mendapat petunjuk dan dapat mencari kebenaran dan menghancurkan kebatilan yang berluasa masa kini.
ReplyDeleteGood news indeed.
ReplyDeleteIni lah yang kita semua mahukan.
Sistem undang undang dan keadilan yang telus dan Hakim mengambil keputusan dan pendirian berasas kan lunas lunas keadilan dan bukannya kerana menerima tekanan dari atas saperti yang pernah berlaku satu masa dahulu.
No-one is immuned to the law and nobody is above the law to dictate who is guilty or not.