Keputusan undian yang saya jalankan di blog ini menunjukkan 75% daripada 111 responden telah memilih untuk mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti.
Manakala 15% lagi responden telah memilih Barisan Nasional dan 10% lagi masih belum membuat keputusan mengenai parti mana yang akan mereka pilih pada PRU ke 13 nanti.
Purata jumlah pengunjung dalam sehari yang melayari blog ini dalam tempoh undian dijalankan adalah seramai 629 orang. Bagaimanapun, hanya 18% pengunjung blog ini yang telah mengambil bahagian dalam undian tersebut.
Persoalannya, adakah anda rasa, keputusan undian ini akan menggambarkan realiti sebenar trend pengundian pada PRU ke 13 nanti?
Meskipun agak keterlaluan jika persoalan ini dibangkitkan hanya bersandarkan kepada bilangan responden yang sangat sedikit, namun saya berharap, kita dapat membincangkan persoalan ini berdasarkan kepada pemerhatian kita sendiri terhadap respons masyarakat di luar sana.
Apapun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil bahagian dalam ‘survey’ yang telah dijalankan di blog ini.
P/S : Survey baru sudah dimulakan di blog ini.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
9 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Salam,
ReplyDeleteResponden yang menyertai undian ini barangkali tidak meliputi "orang tua" dan "orang kampung" yang sebahagian besarnya masih menyokong UMNO.
Kalau mereka ada diwakili, mungkin validiti keputusan undian ini lebih kuat dan boleh dipercayai.
Apa yang Tun Jeram katakan memang benar. Tapi, cuba kita bincangkan tentang respons semasa pengundi di luar sana dan tidak tertumpu kepada hasil undian di blog ini.
ReplyDeleteBilangan pengundi muda semakin ramai dan adakah trend pengundi muda akan dibayangi oleh pengundi tua?
Saya lihat banyak komen-komen dari pembaca yang panjang lebar dan mempunyai isi yang menarik untuk dijadikan pelengkap kepada artikel2 puan Aflah.
ReplyDeleteSaya ingat kalau puan buat satu ruangan atau pos istimewa untuk komen2 ini pun bagus juga, sebagai pemangkin perbincangan yang sihat. Mungkin setiap hari atau setiap minggu.
Pn Aflah boleh jadikan blog Lifehacker sebagai inspirasi. Lihat bagaimana penyusunan dan pengurusan isi dan ruangan dibuat.
-Fadzli
memang ada kebenaran dan boleh di terima pakai. UMNO dan BN hendaklah berani berubah dan mencabar.
ReplyDeleteBerani kerana benar , takut kerana salah.
Pemikiran rakyat kena rasional dan bukan jadi penyokong fanatik.
rosak bangsa dan agama jika kita lalai.
Seorang Yahudi sanggup berjalan lebih jauh untuk membeli barang dikedai yahudi sedangkan kedai Islam dekat dengan rumahnya.
Melayu mengamal budaya tak kisah. Kedai melayu dia buat hutang dan tak bayar.
Kedai Cina di tak berani berhutang.
Cadangan Fazli tu memang baik. Insya Allah, saya akan usahakan yang terbaik untuk menjadikan blog ini sebagai wadah untuk kita saling bertukar pendapat.
ReplyDeleteSaya setuju dengan pandangan Taipingmali yang mahu rakyat berfikiran rasional dan tidak menjadi penyokong yang buta-tuli. Tetapi, saya tidak berapa suka kalau kita menghukum semua Yahudi sebagai jahat. Yang jahat hanya Yahudi yang mendukung fahaman Zionisme. Statement menyatakan Melayu takut berhutang di kedai Cina agak perkauman. Mungkin contoh lain lebih sesuai perlu digunakan.
undian sebegini masih lg kabur peratus kebenarannya.
ReplyDeletebilangan penduduk melaysia bknnye ratusan
tetapi jutaan.
jd,xperlu la utk bazirkan mase utk fikir dan buat bende y belum smpi waktunye
biarkan pru 13 ditentukan pd waktunye.
gunala mase 5 thn utk kukukan negara.
jdkan malaysia y terbaik.
cheers
bukan perkauman aflah...ada cini kafir zimmi ada yang harbi pun ada...tapi bila perangai mereka perkauman dan mereka pandai mengelat...takkan nak di biarkan. selagi sebelum kurang ajar..tengah boleh di ajar nih perlu bertindak...kalau dah jadi singapura....ha tengok lah apa jadi ....saki baki keturunan raja pun di halau..si cina singapura takkan bagi melayu naik tochang.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletesetuju dengan pendapat pertama, tun jeram, undi ini tidak reflek kepada peratusan yang sebenar, kerana saya pasti ramai penyokong tegar kerajaan kurang minat untuk mengambil bahagian dalam undian dalam blog ini...;-) dan mau tak mau akak kena terima, akak adalah penyokong pakatan...;-)
Mengenai pendapat tentang PRU ke 13, saya rasa trend pengundi akan berubah kalau isu-isu semasa dan isu lapuk tidak diambil serius oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang, sy kira sokongan rakyat kepada pakatan bakal merosot jikalau DSAI hanya pandai berkata-kata tanpa suatu tindakan yang konkrit, bukan sy hilang kepercayaan pada DSAI tp kenyataanya tiada yang berubah... kita harus contohi rakyat US yg menyeru seruan YES WE CAN, obama.;-)
To anon 9.58pm, good point from u tapi saya fikir, kita tak perlu 'menghentam' kaum lain. Adalah lebih afdal kalau kita bangunkan bangsa kita sendiri sehingga menjadi bangsa yang dihormati.
ReplyDeleteTo Azurri, agak keterlaluan kalau kita nak bandingkan sistem demokrasi di negara ini dengan US. Di sana, segala ruang demokrasi dibuka luas seperti media dan kempen. Di Malaysia, perkara itu agak terbatas. Cuma, pembangkang di Malaysia agak bernasib baik kerana blog belum lagi disekat.